25 September, 2011

Class...Learning...Long Process....

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum...

Alhamdullilah berjaya jua akhirnya menghadirkan diri untuk kelas for this semester...first class yang sangat bermakna buat saya...

Berjumpa kawan-kawan dan pensyarah-pensyarah UITM yang sentiasa komited dengan tanggungjawap masing-masing....alhamdullilah....

Semester ini saya ambil 5 subjek...Writing for PR, Psychology,Persuasive n Strategic Communication, Marketing Communication and Ethnic Relations....kesemuanya 16 kredit hours dengan yuran belajar RM1,646.00...

Alhamdullilah dengan duit simpanan yang ada, untuk degree, saya tidak membuat pinjaman PTPTN....kalau boleh saya pun tidak mahu buat pinjaman pelajaran nanti hendak bayar semula mungkin susah...setakat buat masa ini, saya guna duit simpanan dulu untuk bayar yuran belajar dan beli semua buku2 rujukan....

Kelas Pertama = Pensyarah Pn.Roy (Writing for PR)

Puan Roy adalah seorang pensyarah part time...beliau bekerja di PNB...saya seronok belajar dengan Pn.Roy...Pn.Roy seorang yang saya boleh klasifikasikan sebagai seorang pensyarah yang penuh dedikasi ketika mengajar....

Beliau agak funny orangnya...dan beliau paling tidak suka kalau pelajar dalam kelas senyap diam seribu bahasa...beliau mahukan kami semua sentiasa ada 2ways communication...

Itulah Pn.Roy.. :)
------------------

Kelas kedua = Pn. Amelia (Psychology)

Seorang anak Melayu yang further her studies di US dulu...

Agak funny but quite straight...

Dalam kelas suka membincangkan isu-isu semasa yang berkaitrapat dengan subjeknya...

Contoh: obesiti, stress dll...

Bila mengajar suka mengaitkan apa yang ada di program tv dengan keadaan situasi yang berlaku sekarang pada anak-anak kecil...

Itulah Pn. Amelia :)
--------------------

Kelas Ketiga = Pn. Hasnita (Persuasive and Strategic Communication)

Pn.Hasnita seorang pensyarah yang agak serius dan particular dengan assignment...

Beliau daripada awal sudah pesan tidak suka kalau students buat main-main...

"Kalau dengan full time students, saya memang straight sangat, dengan part time ni, saya beri sedikit kelonggaran, tetapi saya harap awak faham kelonggaran ini tidak bermakna saya tidak straight dengan apa yang saya mahukan"....

Itulah Pn.Hasnita :)
--------------------

Kelas Keempat = En. Ahmad (Marketing Communication)

Muka macam chinese look rupa-rupanya orang kampung saya juga...orang K.Kangsar...

Agak serius apabila membincangkan tentang apa yang diajarnya...

Seorang yang suka memberi contoh apabila mengajar dan mengaitkannya dengan industri semasa dan pengalaman kerja rakan-rakan....

Lebih suka 2 ways communication dengan students....

Pensyarah yang saya kira mempunyai pengalaman luas dalam marketing...

Itulah Encik Ahmad :)
--------------------

Kelas kelima = Dr. Huzaimah (Hubungan Etnik)

Seorang pensyarah yang sempoi ...

Asyik gelak je dalam kelas bila dengar beliau mengajar...

Suka minta pendapat students mengenai perbincangan yang lebih mendalam...

Sambil mengajar, beliau seorang yang saya kira suka ingat-memperingati antara satu sama lain especially hal-hal agama...

Kami banyak berbincang mengenai Allah dan Nabi Muhammad ...alhamdullilah...saya suka sangat Dr. Huzaimah sebab kata-katanya sentiasa mendorong saya untuk melihat perspektif kejadian dunia ini hanyalah bersifat sementara...

Jadi itulah Dr. Huzaimah :)
---------------------------

Overall setakat kelas yang saya hadir ni semuanya best-best....harap for this semester saya lebih fokus dan boleh score yang terbaik...mudah-mudahan...amin...

Ya Allah, berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk meneruskan kelas-kelas seterusnya dan permudahkanlah urusanku Ya Allah...amin Ya Rab...

# Perlu rajin study untuk future...kesiankan anak-anak nanti dan suami...harap dapat lakukan yang terbaik untuk mereka...harap

loves,
sha

24 September, 2011

To Take Decision or Make Decision..phew :( & ):

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Assalamualaikum ....

My imsonia come back...arghhhh again i can't sleep...so i decided to write a few things that happened to me a long dis week...

hmmm...ok let me first talking about "Decision Making"...

it is quite hard to make a decision...to me there's difference btw to take decision n make decision ...hmmm...usually not easy for people like me in making a decision...sometimes we make a decision by seeing what's around us but not what's good for the future...

for example...whatever decision we are making will be effected to the future dat we undertaking...well in other words make a decision suggests make your mind up rather than as it were sit on the fence....meanwhile take a decison is make your mind up and follow through...

eg: you start making a decision to further your studies in master or phd..and then d war starts, thus you have to study hard n smart in ensuring you always get d best result for ur future....my lecturer Puan Roy always gv an advice to us "alang-alang dah belajar, biarlah result gempak" ... hehe first time dgr i feel like "WOW"...but now i feel like seems everything will be impposible if u working hard on what you want...u can do it sharifah...you can do it... :D bismillah..permudahkan urusanku Ya Allah...

in dis week...i hv made d decision to bring a few changes into my life in order to become a better person...insyaallah... :) Ya Allah pegang hatiku kuat2...pls make du'a for me dat I shall continue on d path I hv chosen...amin Ya Rab..

p/s: ...
further study while working is not easy...you hv to sacrifice in many things...be strong

loves,
sha

23 September, 2011

Sucikan Hati

SUCIKAN HATI
petikan : http://syifamardiyyah.blogspot.com/2011/04/aduhai-hati.html

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana akhlaqnya.

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa. Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga. Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta. Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...

~ tulang rusuk yang bengkok -

loves,
sha

21 September, 2011

Langkah Pertama - Nukilan Mazidul Akmal Sidik

Ahad, Julai 27, 2008
Langkah Pertama

Awal pagi tadi, jam 1.03 saya tiba di Plaza Tol Bukit Lanjan, Petaling Jaya, Selangor. Pegawai dan anggota Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah menjalankan operasi pemeriksaan kenderaan.

“Bang, boleh ambil gambar?"

“Awak dari mana?,” soal saya kepada anak muda kelihatan kemas berkemeja lengan pendek itu.

“Saya Najhan dari BERNAMA, baru kerja dua minggu,” ujarnya.

Selain Najhan, Zak, Azma dan Yue, wartawan dan jurugambar suratkhabar Sinar berusia antara 23 dan 26 tahun berada di lokasi sama. Tanpa berlengah Zak merakamkan gambar menggunakan kamera berharga RM2500.

Klik! Klik!

“Aku pulak,” kata Zak meminta Najhan merakamkan gambar kami berdua.

Azma dan Yue bergegas menyelit di kiri kanan. Saya melihat ‘semangat’ pada jiwa mereka semua. Muda pada usia, baru memulakan kerjaya. Paling lama bertugas, Yue.

“Saya dah setahun setengah,” katanya sewaktu ditanya berhubung tempoh perkhidmatannya.

“Saya tak suka 360,” ujar Najhan berterus-terang kepada semua.

Spontan dia memegang dan menyapu bahu kanan saya berulang kali sambil tersenyum. Barangkali berasa bimbang kenyataannya menyentuh hati kecil saya.

“Tak apa,” balas saya ringkas.

Najhan, 26 tahun, sama usia adik bongsu saya, Mushairil Azmil kini bertugas di Pulau Langkawi, Kedah. Senyuman mereka juga lebih kurang sama, manis bak gula.

Terfikir, manis gula sekalipun, tidak semua gemarkannya. Begitu juga 360. Ada meminati, ada tidak. Tertakluk kepada citarasa individu. Jika tidak masakan ramai melontarkan permintaan berbeza sewaktu di kedai makan ..

“Teh ‘O’ ais kurang gula”, ‘Teh ‘O’ ais, manis sikit ya’, ‘Teh ‘O’ ais tak mau gula’.

Saya dan krew sekadar bekerja memastikan isu diutara pada setiap minggu memberikan ilmu sekaligus pengajaran kepada purata 2.3 juta penonton di seluruh negara. Itu matlamat jelas kami.

“Bang, apa pesanan kepada kita orang ni, baru bekerja?,” soal Zak kepada saya sewaktu jam tangan menunjukkan pukul 2.17 pagi.

Kali pertama saya berasa ‘tua’ dalam melaksanakan kerjaya sama.

“Buat kerja ni kena ada ‘soul’, kena ada jiwa. Kalau tak ada jiwa, kita akan buat kerja separuh hati,” ujar saya ringkas kepada mereka berempat.

“Tunggu bila semua kahwin nanti. Tengok cabarannya jadi semakin besar. Kalau suami, isteri, anak tak faham, payah,” sambung saya.

Maksud saya, kerjaya sebagai wartawan maupun jurugambar menuntut semua bekerja pada ‘odd hours’. Ketika orang lain tidur lena, kita bekerja. Tanggungjawb mampu menggugat hubungan keluarga.

“Kalau suami atau isteri cemburu susah la. Abang dulu macamana?” celah Azma.

Bijak dia meringkaskan intipati perbincangan sebenar. Saya ceritakan kepada mereka, sewaktu isteri mengandung anak pertama, pernah saya membawanya mengikut saya ke lokasi operasi di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur.

“Bentangkan tikar kat tepi jalan, suruh dia duduk. Lama-lama bila dah pagi, tak larat dia. Lepas tu dah tak ikut terus,” kata saya tersenyum mengimbas kenagan silam.

Perjalanan jauh bermula dengan langkah pertama. Saya sudah lama melangkah, langkah mereka baru bermula. Bagaimanapun, saya yakin mereka memiliki semangat kental dalam meneruskan kerjaya seperti semangat saya sewaktu muda belia.

-Nukilan Mazidul Akmal Sidik Jam 12:01 PM-

__________

Assalamualaikum...cerita di atas adalah hasil nukilan En. Mazidul Akmal Sidik...masa beliau menulis tentang kami semua, saya baru sahaja kerja sebagai wartawan di Sinar Harian...

Masa tu banyak perkara yang saya tanya juga kepada En. Mazidul tambahan lagi baru saja bekerja di bidang media ni...

Bukan soal pada aspek kerja sahaja tetapi soal lain juga termasuk percaturan masa hadapan yang saya sendiri pun tak tahu apa akan jadi pada saya jika sudah ada family nanti...

Kerja perlu ada jiwa..perlu ada soul... itu pesanan Mazidul...perlu kental dan kini saya sedang menghadapinya...

Saya berharap sepanjang saya bekerja sebagai wartawan ini..saya tabah menghadapi liku-liku perjalanan yang begitu rumit sekali such as manage time n stress...

Semoga nasihat-nasihat ini akan saya pegang selagi saya mampu...insyaallah...

Ya Allah..tabahkanlah aku...amin Ya Rab...

loves,
sha

18 September, 2011

Sakit Mata

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum...

Saya agak tidak berapa sihat dis week...tak tahu dapat sakit mata ni daripada siapa...in short doktor kata sakit mata ni bukan boleh buat main-main..kalau saya tak jaga mata lelok saya berkemungkinan boleh jangkit pada orang lain pula...so doktor bagi cuti 2hari...n if dakit ni masih x sembuh, doktor suruh datang semula Isnin ni...

Bukan x nak jumpa doktor...instead doktor kata akan suruh cuti lg..hmmmm...ntahlah...

Just wait n see...jika teruk lagi matani..alamatnya kene jumpe doktor lagi..n now I'm avoiding to see people...hehe sian nanti berjangkit...habislah "pecah tokang" opis dah sume dpt sakit mata berjangkit....kang nama sy juga jd sebutan pembvawa virus ini...haha macam2 ada dalam opisni..payahkan bagai..hi2...

Oklah semoga cepat sembuh sakitni...amin..

Supaya cpt dpt masuk opis semula sebelum hari2 terakhir meninggalkan apa yg patut...

:D worries 2much is not so good... Trying to face all the challanges with "senyuman dan sabar"...good luck sharifah...perjalanan selepas ini lebih mencabar...semoga Allah sentiasa melindungi saya...amin Ya Rab..

loves,
sha

14 September, 2011

UPSR 16 Tahun Yg Lepas

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum pembaca budiman...hari ini saya hendak coretkan sedikit mengenai UPSR...

16 tahun lepas, saya menduduki UPSR di sebuah sekolah di Kuala Kangsar...Saya tak duduki peperiksaan UPSR itu keseorangan diri sebalinya saya duduki bersama kembar saya, Sharifah Azlawati...

Untuk makluman, saya bukanlah dilahirkan sedia pandai...saya hanya pelajar biasa...cuma apabila arwah auntie saya dapat detect ada kelebihan pada kami berdua dalam mengingati fakta, arwah yg bujang minta keizinan abah untuk mengambil kami duduk bersama arwah dari selama 3 tahun..bermula darjah empat hingga darjah enam...

Arwah merupakan guru pakar bahasa Inggeris di Kuala Kangsar...jadi abah pun membenarkan kami berdua duduk dengan auntie...

Bermula saat itu, hidup saya penuh dengan disiplin...bangun pagi pergi sekolah, balik rest sekejap, jam 3ptg dah mula buat berbagai2 jenis latihan...arwah menekankan banyak perkara untuk berjaya...alhamdullilah akhirnya saya dan kembar, 2-2 dapat 4A dalam peperiksaan UPSR...


Kemudian kami dapat sambung belajar ke SBP...alhamdullilah...syukur...

Arwah kembali kepada rahmatullah pada 01/01/11 hari tu...sebelum meninggal, malam tu saya hantarkan arwah makanan dan bersembang banyak perkara dengan beliau...

Beliau menangis malam itu...minta saya doakan selalu utk arwah...keesokan subuh pagi arwah meninggal dalam tidor..rupa-rupanya saya org yg terakhir yg arwah dakap malam itu sebelum pergi...subhanallah..indahnya ukhwah ini Ya Allah..indahnya kasih sayang ini...tak terungkap dengan kata-kata...subhanallah..seolah-olah arwah macam dah tahu yang dia takkan lama dah...

"Dearest auntie...i loveu so much...words mb couldnt enough to describe how much i love u, but trust me...that i love love love u so much...insyaallah i will always pray for u... :'( " ... semoga kita dipertemukan di syurga nanti auntie..insyaallah...amin...

salam sayang daripada anakanda saudaramu...

loves,
sha

13 September, 2011

Alhamdullilah Terjaga..

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..alhamdullilah untuk sahur hari ni, saya terjaga jam 4.46am...

Agak sedikit kepenatan semalam...jam 8.30 pagi dah perlu gerak ke assignment di kl..meredah segala kesesakkan jalanraya memang memenatkan....

Sampai di pejabat, siapkan story istana negara dan kemudian buat follow up isu telco...call Dr.Jacob ... haha satu perkara yang ada pada Dr.Jacob ialah d way he speaks..dia bersembang macam boss kesayangan saya bagi komen pula, hehe....

Dr.Jacob ucap selamat hari raya kepada saya...rasa sedikit terharu...

Dr.Jacob George ini adalah Presiden Persatuan Pengguna Subang..Penang born, Dr. Jacob George is a Theologian & Corporate lawyer, a tireless social worker and a consumer advocate for over 37 years.

A Lawyer by profession, he has worked with the government, notably, at the Socio Economic Research Unit (SERU) at the Prime Minister’s Department, Centre of Policy Research (CPR) at Universiti Sains Malaysia, in the corporate sector, as Senior Administrator at Subang Jaya Medical Centre (SJMC) and several non-governmental organizations.

Among them, the Consumers Association of Penang (CAP), Sahabat Alam Malaysia (SAM), and as Legal Adviser to Federation of Malaysian Consumers Association (FOMCA).

He is the deputy Chairman of the Internationally recognized NUMAN FOUNDATION which address educational & scientific studies, human rights, development and social issues, irrespective of religion, political affiliation, race or creed.

He is the Hon President and Legal Adviser of the Consumers Association of Subang And Shah Alam, Selangor (CASSA)...jadi inilah skit info tentang Dr.Jacob...

Ok, talking back about istana negara, masa di istana negara, punyalah ramai pelancong semalam...haha ada yang ramai juga hendak ambil gambar bersama dengan rakyat Malaysia...

Mungkin pelancong-pelancong ini suka tengok rakyat Malaysia kot yang mempunyai pelbagai jenis kaum...budaya dan lain-lain lagi...

Ada pelancong daripada Arab yang agak peramah juga...dan murah rezeki dengan senyuman manis macam saya juga....ecececeh perasanlah tu... hehe :P

Whew...(saya tersenyum)...

Oklah till then...nanti saya sambung menulis semula...saya nak kemas baju jap dalam almari dan kemas buku-buku...haha mesti hubby pening nanti dengan saya tengok buku bertimbun2 walaupun belum lagi sambung master...

HAHA...wahai en.hubby, saya suka membaca...sayang u nanti jangan pening-pening tau tgk wife u suka membaca...hehe membaca dapat memperluaskan ilmu di dada..insyaallah...

12 September, 2011

Thanks Card For Mak n Abah...


Assalamualaikum...

Jika balik kerja awal hari ni, saya ingat hendak pergi kedai stationary jap...hiks nak beli kertas saiz A4 bermacam warna yang keras skit...

Sudah 2 thn lebih tak buat kad untuk mak abah...dulu masa zaman belajar full time, saya rajin buat kad-kad ni ucapkan "terima kasih" pada mak abah kerana mendidik saya dengan penuh kasih sayang...

Selain itu juga, dalam kad selalunya saya sempat minta mak abah doakan kejayaan saya...alhamdullilah berkat doa mak abah yang berpanjangan, saya akhirnya dapat juga jadi best student di kolej dulu...dapat anugerah Menteri Besar Pahang dan juga dapat anugerah Yayasan Pahang...3 anugerah ini semuanya dengan izin Allah..alhamdullilah..syukur...

Terima kasih Ya Allah...
Terima kasih mak abah...
Terima kasih pensyarah2 yang sentiasa prihatin akan nasib anak2 didiknya..
Terima kasih semua kawan2 yang sentiasa membantu saya...terima kasih semua...

Cuma bila sudah kerja ini, saya berasa sedikit kekangan untuk menumpukan dan fokus 100 peratus untuk meneruskan belajar ni...dugaan sentiasa silih berganti...

Bagaimanapun masuk semester baru ini, saya berharap saya dapat score yg terbaik untuk semua subjects...hopefully dapat A semuanya...cuba melakukan yang terbaik untuk masa hadapan anak-anak dan suami..insyaallah...

amin..

Kelebihan Puasa Enam...


Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)

Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat.

Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.

Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.

Lalu, sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.

Kemudian, Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.

Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya. Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.

#kredit http://shamatun.blogspot.com/2009/09/kelebihan-puasa-6-syawal.html

Kekuatan itu hilang...


Assalamualaikum...

Alhamdullilah selesai pikul tanggungjawap sebagai hambaNya...tadi selepas isyak, saya masih lagi buat solat hajat...

Lately, saya banyak fikir kot sampai kadang-kala rasa kekuatan itu hilang dengan sendiri...

Bertanya kepadaNya..."Mengapakah kekuatan ini hilang Ya Allah?..."

Saya sedar kekuatan itu perlu dicari semula...tidak boleh hanya menunggu ia datang dengan sendiri...tapi kadang kala di persimpangan jalan itu, ada saja rasa putus asa...Saya sedang mencuba untuk mencari kekuatan itu...

Ya Allah bantulah hambaMu yg lemah ini...Ya Allah ya Tuhanku....imanku semakin merosot dari hari ke hari...setiap kali aku membelek Al-Masurat, aku cuba baca...pastiku akan menangis Ya Allah...

Aku dah tak kuat Ya Allah....banyak sudah aku lalai Ya Allah...ampuni aku Ya Allah..

Malam sunyi yang penuh doa ini...ku sebut namaMu Ya Allah...jadikanlah aku perempuan yang baik...perempuan yang solehah...dan isteri yang solehah insyaallah...

Aku bimbang berhadapan denganMu Ya Allah...

Ampuniku Ya Allah...ampuniku Ya Allah...show me to the true path...amin Ya Rab...

:'(

loves,
sha

11 September, 2011

Don't just wait...

Assalamualaikum...hahai on some days...i felt like a zombie from the lack of some issues...haha dulu comei lotei je but now muka pun dah ada byk pimples...stress for a while when too exhausted...

Sometimes...after identifying some goals...especially when trying to create more balance in my life and rediscover myself, i can see which bits i need to spend more time on...lately rasa penat skit bila pk on some issues..

Rasa nak pergi cuti jauh cari skit ketenangan...i need someone to talk...think of all the different aspects of life besides work...hmmm such as family, friends, spirituality and relations...

My life then pretty much revolve around work..i always ask myself...y do our careers influence us so much?...

To me when giving dat much of ourselves to one thing, it's inevitable that it starts to play a major part in our identity and sense of self...penat rasanya...

I know, i myself now "Married 2 My Job"...

hmm...i spent more time a day in d office rather than out of it...dream about work and deadlines at night...

then every single thing i speak about relates back to work....aduhhh...so bilanya nak merasa like the others people talking about family, children, father n mother in law n so on...

Sometimes feel like only loves can move you feel dis such matters...falling in love make us feel more alive..happy..and vibrant...

And mb insyaallah i can ward off depression and anxiety...so what should i do now is always make du'a..du'a and du'a...find Allah and then ask Him to send me my love...Ya Allah pls help me...

Amin Ya Rab... :'(

loves,
sha

Tahjud Cinta...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Alhamdullilah selesai 5 perkara baik hari ni ditambahkan dgn solat hajat satni...Sudah lama juga saya tidak membuat solat hajat untuk jodoh...mulai malam ini, insyallah saya akan lakukan solat hajat untuk jodoh....

Solat hajad ini ibarat tahjud cinta saya kepada Tuhan Yang Maha Esa...solat-solat lain pun sama juga cuma solat hajat ini pastilah ada hajat yang hendak disampaikan pada Tuhan Yang Satu...

Saya berdoa dalam tahjud sy...banyak saya berdoa td...meluahkan perasaan pada Allah...sebak juga dibuatnya....entahlah saya sendiri pun tak boleh ceritakan di sini secara detail apa yang saya hajatkan....yang pasti ia berkisar mengenai jodoh...

Saya berdoa agar Allah pertemukan saya dengan seorang insan yang boleh menerima saya seadanya..saya berdoa agar Allah menyatukan kami andai kata inilah dikatakan jodoh setelah berjumpa dengan dia..saya berdoa lagi agar dia jadi pemimpin saya di dunia dan akhirat...saya berdoa kami agar kami dapat saling lengkap melengkapi antara satu sama lain...saya berdoa agar dia boleh menerima kekurangan saya...

Saya ini banyak kelemahan...dan ada lagi doa yang saya tak boleh nak ceritakan di sini....

Dia lain daripada yang lain...selalu menasihatkan saya...dia caring...bila saya demam panas tetiba semalam selepas kena hujan, dialah yang dulu ambil berat...

Ya Allah Ya Tuhanku...satukanlah kami bagi mencari keredhaan cintaMu Ya Allah...

Kami ini cuma insan biasa Ya Allah...tambahan diri ini yang sentiasa melakukan kesilapan...

Ya Allah Ya Tuhanku...kabulkanlah permintaan hambaMu yg kerdil ini...

Amin Ya Rab.. :'(

loves,
sha

10 September, 2011

Wahai Sahabatku Yang Kecewa...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya.

Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku.

Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki.

Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah.

Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya.

Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta.

Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki.

Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai.

Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang.

Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai?

Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah.

Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui.

Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik.

Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki.

Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya.

Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu.

Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya?

Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya.

Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta.

Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta?

Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,

Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu.

Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian.

Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan.

Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah.

Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya.

Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta.

Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat.

Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,

Bersabarlah…

kredit to Rakan Masjid UTP