31 May, 2011

Kasihku...


Qasehku Abadi...
Sesungguhnya kita sangat memerlukan kepada senyuman...
Wajah yang ceria...
Hati Yang lapang....
Akhlak yang menawan...dan
Jiwa yang lembut.... (:

Dah Masuk Azan Subuh... (*v*)

Azan Subuh dah berkumandang...semoga hari ni segala urusan lbh baik daripada smlm...

Dah boleh solat...alhamdullilah... :)

Mari kita mengerjakan solat subuh awal... after solat subuh boleh buat solat dhuha jap kul 7lbh sat lg...solat dhuha adalah kunci rezeki...mari cuba praktiskan setiap pagi sblm pergi kerja...insyaallah rezeki melimpah ruah dgn izinNya... :)

Kawan saya seorang dari zaman sekolah dah buat...saya perhatikan dia sangat menitikberatkan solat dhuha dalam hidupnya...sampai sahaja di pejabat awal masa bekerja di UPM dulu, saya selalu nampak dia buat solat dhuha...katanya murah rezeki... :) insyaallah dear...

O'h oklah malas nak menulis ... stop here n jom solat... :)

Jatuh Katil...errghhh (-_________+)

Satni saya jatuh katil...x tahulah mimpi apa sampai jatuh katil...sedar2 dh ada kat atas carpet...haihai2 sheyfah kenapa jadi sampai macamni...rasanya tak pernah pun tidur sampai jatuh katil..hari ni boleh pula jatuh katil...erghhhh mb sbb semalam penat sgt tersesat jauh kat dalam ampang...

30 May, 2011

Orang Asal @ Orang Asli...

Baru sampai Shah Alam...hari ni bertolak lambat coz byk perkara perlu diselesaikan tadi di kampung....

Saya ingat hujung minggu ni nak beristirehat di Shah Alam pula...almost 2 months ni setiap minggu saya balik kampung...harap-harap dis week tiada apa-apa yang berlaku di kampung...

Saya berharap abah semakin sihat dll...berharap opah juga sihat...Ya Allah..berikanlah mereka kesihatan yang baik...amin...
----------------------------------------------------------------------------------

Esok Isnin...seperti biasa saya agak bz skit...perlu buat voice over untuk skrip..lepastu macam biasa perlu cari contacts baru untuk diwawancara...

Saya berharap this week dapat temuduga Cik Tijah Yok Chopil, wakil NGO Orang Asal..dah lama saya follow up dengan dia tetapi tiada jawapan...

Dulu semasa saya bekerja dengan newspaper, pernah sekali saya interview Cik Tijah...


Banyak isu kami bicarakan mengenai hak-hak orang asal...
Antara isu berbangkit ialah:

a)Menegaskan bantahan masyarakat Orang Asli terhadap Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli yang telah diluluskan oleh Majlis Tanah Negara pada 4 Disember 2009.

b)Menuntut pengiktirafan wilayah adat Orang Asli sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat Orang Asli.

BANTAHAN

Kebanyakan Orang Asli@Orang Asal di negara ini membantah sekeras-kerasnya Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli kerana:

1. Dasar ini digubal dan diluluskan tanpa berunding terlebih dahulu dengan masyarakat Orang Asli.

2. Dasar ini tidak menurut intipati dan niat ikhlas gagasan 1 Malaysia yang menitikberatkan kepelbagaian kebudayaan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Tanpa tanah adat, kebudayaan Orang Asli yang dibanggakan sebagai satu aset dan keistimewaan masyarakat Malaysia menurut konsep 1 Malaysia akan lupus sama sekali.

Justeru, dasar ini tidak menepati Wawasan 2020 yang mengutamakan kebebasan untuk mengamalkan budaya masing-masing.

3. Dasar ini bercanggah dengan kebebasan asas penduduk Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan khususnya artikel-artikel 5 (hak untuk hidup), 8 (Kesamarataan di sisi undang-undang)dan 13 (hak kepada harta benda).

4. Dasar ini digubal dengan tidak mengikut artikel-artikel yang termaktub di dalam UNDRIP yang telah dipersetujui sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia sebanyak dua kali tanpa sebarang pertikaian, iaitu ketika Majlis Hak Asasi dan Perhimpunan Agung pada tahun 2007 bertempat di New York.

5.Dasar ini langsung tidak menghormati hak dan sensitiviti masyarakat Orang Asli sebagai satu kaum yang memiliki keunikan dan identiti yang tersendiri (distinct).

6. Dalam dasar ini, setiap penegasan yang diberi terhadap mana-mana perkara yang disentuh jelas menjurus kepada penghapusan hak asasi Orang Asli sebagai orang asal di negara ini.

Orang Asli bukan saja dinafkan hak untuk menentukan apakah jenis pengiktirafan tanah serta bentuk pengunaannya yang mereka mahu tetapi hak Orang Asli ke atas harta benda, amalan adat budaya dan kepercayaan, mahupun maruah Orang Asli itu sendiri juga turut dicabuli dan ini merupakan sesuatu yang memeranjatkan, Orang Asli dilarang daripada membuat sebarang tuntutan di mahkamah mengenai hak tanah mereka.

7. Dasar ini tidak memaparkan kesedaran dipihak Kerajaan bahawa kawasan atau wilayah adat yang dituntut oleh Orang Asli selama ini adalah apa yang telah dimiliki dan diwarisi semenjak berkurun-kurun dan dari nenek moyang kami, bukannya sesuatu kawasan atau wilayah adat yang baru. Disebaliknya, dasar ini, seolah-olah memberi gambaran bahawa Orang Asli memohon tanah baru yang mereka belum pernah duduki. Sesungguhnya perkara ini amat kami kesali.

8. Dasar ini menafikan pengiktirafan sekurang-kurangnya 64 peratus daripada wilayah adat Orang Asli memandangkan ia hanya tertumpu kepada Rizab Orang Asli dan Kawasan Orang Asli yang telah dilulus untuk diwartakan sebagai Rizab Orang Asli yang mana, buat masa ini merangkumi hanya 15 peratus sahaja daripada keseluruhan wilayah adat Orang Asli.

Sesungguhnya ini bukan sahaja sesuatu penganiayaan terhadap Orang Asli tetapi ia merupakan penafian bahawa Orang Asli adalah orang asal Semenanjung Malaysia.

9. Dasar ini meletakan syarat bahawa pembangunan tanah Orang Asli hendaklah dilaksanakan oleh pemaju. Pengalaman Orang Asli dalam pembangunan tanah sedemikian seperti tanam semula komersial (TSK) rancangan pengumpulan semula (RPS) dan penyusunan semula kampung (PSK)] menunjukan ia tidak mendatangkan keuntungkan kepada Orang Asli, malah membebankan mereka dengan hutang lantaran memburukkan lagi kedudukan ekonomi mereka. Yang meraih faedah ialah pemaju.

Bagi Orang Asli ada beberapa perkara yang ingin dijelaskan kepada PM berkenaan perkara-perkara asas berkaitan dengan konsep serta pengurusan tradisional wilayah adat Orang Asli.

1.Zaman berzaman setiap kumpulan Orang Asli tidak kira sukukaumnya, mengamalkan kehidupan satu kumpulan satu wilayah adat samada di darat, di tasik atau di laut. Setiap wilayah adat ini hanya ditadbir, diurus dan digunapakai mengikut adat istiadat kumpulan Orang Asli tersebut.

2.Pentadbiran dan pengurusan setiap wilayah adat yang diamalkan oleh setiap kumpulan Orang Asli adalah amat jelas dan sistematik. Ini adalah kerana setiap ruang wilayah adat ditadbir dan diurus berpandukan kepada guna tanah dan kepentingannya, yang diputuskan dengan mengambilkira persetujuan semua penduduk setempat dan juga keseimbangan ekologi alam dan jaminan penggunaan yang berkesinambungan.

3.Setiap wilayah adat mempunyai pemecahan guna tanah yang berlainan mengikut amalan tradisi kumpulan Orang Asli masing-masing. Lazimnya, pemecahan guna tanah tersebut dibahagi kepada hampir 20 bahagian iaitu:

i. Kawasan penempatan.
ii. kawasan tadahan air
iii. kawasan suci
iv. kawasan perkuburan
v. kawasan menanam padi
vi. kawasan menanam ubi kayu dan sayuran
vii. kawasan air bertakung/tasek tempat pembiakan ikan untuk memancing
viii. kawasan lembab, berpaya tempat pembiakan hidupan dalam air terutamanya spesis labi-labi, kura-kura dan ikan limbat
ix. kawasan perburuan
x. kawasan jenis tumbuhan untuk upacara ritual/tradisi
xi. kawasan sumber peralatan untuk membina rumah
xii. kawasan herba
xiii. kawasan denai
xiv. kawasan sayur-sayuran tradisi dan ulam-ulaman
xv. kawasan tanaman kontan
xvi. kawasan dusun lama warisan nenek moyang
xvii. kawasan untuk kesenian(kraftangan, peralatan musik)
xviii. kawasan riadah
xix. kawasan melakik (hutan yang hampir menjadi hutan dara)
xx. kawasan jeres ( hutan dara/stok sumber), Kesemua bahagian guna tanah ini adalah amat penting bagi setiap komuniti Orang Asli setempat.

4.Setiap individu dalam kumpulan Orang Asli setempat amat jelas dengan kawasan-kawasan ini serta sempadannya.

Malah, sempadan diantara wilayah yang dimiliki kumpulan berlainan juga dikenali dengan jelas.

Ini adalah sebab setiap sempadan wilayah adat itu ditetapkan dengan berpandukan bukti-bukti kukuh daripada tanda-tanda alam, lagenda dan fakta-fakta sejarah lisan Orang Asli. Untuk mengukuhkan lagi gambaran wilayah adat ini, masyarakat Orang Asli setempat kini telah membuat pemetaan komuniti secara berdikari menggunakan kaedah, peralatan dan teknolagi moden seperti Global Positioning System (GPS) dan Global Information system (GIS).

5. Wilayah adat ini samada di darat, di tasik, di laut dan ruang udara hanya boleh dimiliki, diurus dan ditadbir oleh kumpulan Orang Asli setempat mengikut adat mereka.

Amalan ini menjamin hak asasi semua golongan setempat, baik lelaki, perempuan, remaja mahupun kanak-kanak terus terjamin dan terpelihara. Ia tidak memandang atau mengambilkira kepentingan ketua isi rumah sahaja. Malah, amalan ini menjamin masa depan kaum lelaki dan perempuan sekiranya berlaku sebarang perceraian. Ini adalah kerana mereka boleh kembali ke kampung asal di wilayah adat mereka untuk membina kehidupan baru tanpa sebarang sekatan.

6.Sistem pentadbiran dan pengurusan wilayah adat yang kami amalkan ini telah menjadikan Orang Asli sebagai satu masyarakat yang tabah, berdikari dan menghormati apa yang menjadi hak orang lain.

Fikirkan sejenak apa akan jadi sekiranya dasar ini diteruskan oleh kerajaan???

Jangkaaan atau kebarangkalian masalah yang akan timbul ialah:

1.Sistem pemilikan, pengurusan dan pengunaan wilayah adat tradisional Orang Asli seperti diterangkan di atas akan terhapus memandangkan ia berbeza dengan sistem yang dijurus di bawah Dasar ini. Lantaran itu, segala institusi, amalan serta proses yang berkaitan dengan sistem itu, termasuk proses pembentukan sosial Orang Asli akan lenyap.

2.Sistem hidup secara komunal yang diamalkan oleh Orang Asli sekarang serta faedah-faedah yang dinikmati dari sistem ini, seperti perkongsian sumber-sumber yang terdapat di wilayah adat dan etika dan amalan bermufakat dan berkerjasama dalam perlaksanaan aktiviti-aktiviti setempat yang penting bagi penerusan survival kami akan terhapus memandangkan Dasar ini cenderong kepada corak penghidupan secara individualistik.

3.Sebagaimana diterangkan di atas, Orang Asli akan dibebankan dengan hutang, lantaran memburukan lagi kedudukan ekonomi mereka.

4.Ketegangan dan sengketa akan timbul dalam kalangan Orang Asli atas sebab Dasar ini membolehkan sesebuah komuniti Orang Asli dipindahkan dari wilayah adat mereka sendiri ke wilayah adat yang dimiliki oleh komuniti Orang Asli yang lain. Bagi Orang Asli, perbuatan sedemikian merupakan pencerobohan wilayah adat dan amat ditegah di bawah sistem pemilikan, pengurusan dan pengunaan wilayah adat Orang Asli.

5.Ketegangan dan sengketa juga akan timbul dikalangan komuniti Orang Asli setempat akibat kesan syarat menghadkan keluasan tanah yang akan diberimilik pada nisbah tertentu sahaja. Orang Asli yang mempunyai tanah yang mana keluasannya mengatasi nisbah yang ditetapkan hendaklah melepaskan bahagian yang selebihnya itu untuk diberi kepada orang lain. Mereka pastinya akan terasa tanah mereka dirampas, lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah mengusahakan tanah yang terpaksa dilepaskan itu. Untuk memburukan lagi keadaan, Dasar ini tidak membenarkan tuntutan pampasan dibuat bagi tanah yang hilang itu.

6.Oleh sebab dasar ini membolehkan Orang Asli dipindahkan atau diusir dari wilayah adat mereka, adat budaya, sejarah, legenda, pengetahuan dan kemahiran tradisi mereka yang sememangya berkait rapat dengan wilayah adat mereka dan merupakan asas kepada jatidiri Orang Asli, akan lenyap untuk selama-selamanya. Dan apabila ini berlaku, istilah Orang Asli itu sudah tidak memberi erti lagi. Kerajaan, akibat perlaksanaan Dasar ini, boleh dilihat seolah-olah mengamalkan polisi penghapusan etnik Orang Asli di Malaysia.

TUNTUTAN

1. Berasaskan huraian di atas, Orang Asli menuntut Kerajaan :-

a) Memansuhkan Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli yang diluluskan oleh Majlis Tanah Negara pada 4 Disember, 2009 yang lepas.

b) Mengiktirafkan hak wilayah adat Orang Asli samada di darat, di tasik, di pulau-pulau, di tanah paya (ramsa) atau di laut secara pewartaan sebagai Rizab Orang Asli. Pewartaan tersebut hendaklah diasaskan kepada :-

1. Cadangan pindaan Akta Orang Asli (Akta 134) yang dimuatkan dalam Memorandum yang diserahkan oleh Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah pada 7 Ogos, 2005, yang mana sesalinan disertakan di sini sebagai Lampiran 2. Cadangan pindaan Akta 134 tersebut hendaklah diluluskan.

2. Syarat Pengiktirafan Wilayah Adat Orang Asli secara Pemberimilikan Tanah yang mana sesalinannya disertakan di sini sebagai lampiran 3. Syarat-syarat tersebut hendaklah dimasukan dan diterima sebagai dasar penting dalam memberikan pengiktirafan kepada Wilayah Tanah Adat Orang Asli.

3. Draf Akta Perizapan Tanah Orang Asli yang telah diserahkan oleh Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 30 April 2000 yang mana sesalinan disertakan di sini sebagai Lampiran 4. Deraf Akta tersebut hendaklah diluluskan.

4. Deklarasi Hak Asasi Orang Orang Asal Antarabangsa oleh Bangsa-Bangsa Bersatu yang mana sesalinan disertakan disini sebagai lampiran 5.

5. Kepentingan semua golongan Orang Asli dan juga kesinambungan adat budaya, sejarah, kepercayaan, pengetahuan dan keunikan kami sebagai Orang Asli diambilkira.

c) Pengiktirafan wilayah adat Orang Asli secara pemberimilikan tanah hanya boleh dibuat sekiranya diminta atau dipersetujui oleh komuniti-komuniti Orang Asli berkenaan dan hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di bawah Lampiran 3.

d) Mengembalikan/menggantikan atau dalam alternatif memberi pampasan sewajarnya, mana-mana wilayah adat atau bahagiannya yang telah diambil oleh Kerajaan bagi pewartaan sebagai Rizab Melayu atau telah dilupuskan oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada mana-mana badan berkanun, syarikat, organisasi, pertubuhan, individu dan sebagainya.

e) Membatalkan Rizab Perhutanan, Rizab Tadahan Air, Rizab Perhilitan, Tapak Ramsar, dan sebagainya sekiranya terdapat pertindihan dengan wilayah adat Orang Asli bagi membolehkan pengiktirafan wilayah adat Orang Asli tersebut, samada secara pewartaan sebagai Rizab Orang Asli atau pemberimilikan tanah atau kedua-duanya sekali, dilaksanakan.

Menurut Tijah lagi, Orang Asli juga menuntut kepada Kerajaan perkara-perkara berikut :-

a) Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan merujuk kepada Memorandum yang telah diserahkan oleh Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah pada 7 Ogos, 2005. Memorandum tersebut disertakan di sini sebagai Lampiran 2.

b) Dilulus dan dilaksanakan cadangan-cadangan yang dimuatkan dalam Memorandum POASM bertarikh 14 April 2009 Kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri. Memorandum tersebut disertakan di sini sebagai Lampiran 4.

c) Menghentikan dengan segera sebarang tindakan Kerajaan yang menggambarkan bahawa Orang Asli tidak dilindungi oleh undang-undang berasaskan Fasal 8 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kesamarataan hak untuk semua warganegara dan Fasal 13 yang memberi jaminan pembayaran pampasan yang mencukupi apabila harta diambil atau digunakan secara paksa.

IMPAK
Pengiktirafan tanah yang merujuk kepada tuntutan-tuntutan di atas akan lebih memberi keadilan kepada masyarakat Orang Asli sekaligus menjamin hubungan baik dan keyakinan masyarakat Orang Asli kepada pihak kerajaan berkesinambungan...

Errghh...saya berharap sangat Cik Tijah Yok Chopil kali ni dah tak tukar nombor telefon...pada pendapat saya, ada banyak perkara perlu dibangkitkan secara berterusan...

Orang Asli atau Orang Asal tidak boleh berputus asa menuntut hak-hak mereka terhadap kerajaan...

Jika mereka disogokkan dengan gula-gula, mereka harus sedar kenikmatan gula-gula tersebut tidak lama...selepas habis dikemam, segala keresahan akan kembali semula jika tiada jalan penyelesaian yang baik untuk Orang Asli...

Cik Tijah Yok Chopil...jika Cik Tijah terbaca luahan hati saya ni...harap-harap Cik Tijah dapat emailkan saya nombor telefon baru Cik Tijah di email saya.. s.azmawati@gmail.com dengan kadar segera...

Saya sudah telefon banyak jabatan Orang Asli untuk mendapatkan nombor telefon baru Cik Tijah tetapi tiada seorang pun yang mempunyai no.baru Cik Tijah...

We have no time to solve dis mess matters dah Cik Tijah...coz time passes too quickly..

Perlu follow up semula permasalahan yang berkait rapat dengan rakyat...(risau) erghhh...

29 May, 2011

Books...

Hari ni mengemas buku2 di rumah yang hampir 2tahun ditinggalkan...saya jumpa banyak buku yang saya beli dulu yang belum habis dibaca...

Kakak sy suruh bawa semua buku2 tu ke rumah saya di Shah Alam...erghhh memang nak bawa pun tambahan malam sekarang selalu sangat imsonia...sewaktu imsonia bolehlah habiskan masa membaca buku2 ni semua...

Saya juga kumpul semula buku2 rujukan saya di UITM...insyaallah mana tahu suatu hari nanti buku-buku ni akan digunakan di kemudian hari...jika berjaya jadi seorang lecturer suatu hari nanti..kalau mengajar subjek yang sama...mungkin akan menggunakan buku ini semula sebagai bahan rujukan....lecturer saya Mr. Edin di UITM selalu pesan pada saya sharifah, bz sama sekali pun u hv to make time ...

Pernah sekali saya stress masa belajar sambil kerja masa semester pertama, saya hantar email pada lecturer saya yang ni...

Saya cakap..

"Mr.Edin, sorry i can't make time...i'm so dissapointed today because of my carry marks...what should i do now...help.."

Mr.Edin ni bujang lagi ...cuma dua tahun je tua daripada saya..tapi saya dah anggap dia sebagai kawan...

Dia dibesarkan di US...pernah bekerja dengan syarikat GLC tetapi akhirnya memilih kerjaya sebagai pendidik@pensyarah di UITM...

Banyak perkara dia menasihati saya...

Pertama: Jaga pemakanan semasa tengah belajar...dia x bg saya ambil yg heavy sangat foods...dia suruh saya banyak makan protein...

Kedua: Mr.Edin suruh saya rajin-rajin baca journal..sebab journal banyak membantu kerja saya dan belajar ...

Ketiga: Mr.Edin selalu pesan kalau saya dah buat phd suatu hari nanti, rajin2 beli bahan bacaan kat online references ....

Edin kata di US ada banyak bahan bacaan yang bagus tetapi kita perlu beli online references tu untuk buka page dia..

Mahal juga bahan baacan online yang diselia kawal ni oleh pengeluar....kalau hendak buat research, dia beritahu setahun dia habis beribu2 ringgit beli online references ni...

Kadang-kala pening juga dengar bila seseorang yang bersungguh-sungguh hendak beli bahan bacaan yang agak expensive semata-mata untuk lengkapkan kertas2 phd ni...

Kalau ada rezeki sambung, sambung dan sambung belajar lagi sampai phd pasni..mungkin segala pesanan Mr.Edin ni pula akan saya turuti...nampaknya daripada sekarang saya selalu dah kena banyak membaca...agak risau bila sudah lama meninggalkan budaya membaca ni...erghhh ...

So saya ingat, kembalinya ke Shah Alam hari ni...esok atau lusa kalau ada kesempatan saya hendak pergi beli rak buku jap...nak susun rapi2 semua buku2 yang pernah saya beli dahulu ...ergghh macam mana hendak habiskan berpuluh2 buku yang x saya baca ni lagi...takper Sheyfah...make it slow...take ur time dear utk habiskan semua buku2 tu...hmmmmmm...

Oklah..nk packing brg balik ke Shah Alam dah...banyak pula kalini barang2 sy bawa kembali ke Shah Alam...kan best kalau ada rumah sendiri di area KL ni...boleh mengemas macam2 dan cantik2 rumah...semuanya mendatangkan ilham bila rumah kemas ...hati pun rasa sejuk...hmmm...

27 May, 2011

............................

I am going back home to Kuala Kangsar...

Jalan jam teruk..budak-budak dah start cuti sekolah...

Balik kali ni...akan mengemas rumah di sebelah masjid Talang...

Mahu mengemas bilik bawah untuk abah duduk...

Mak dan Abah akan duduk semula di rumah Talang sejak abah jatuh sakit baru-baru ni...abah dah tak lalu naik tangga tinggi2 di rumah Lubuk Merbau...

So alhamdullilah akhirnya rumah Talang itu akan meriah semula ...saya pun dah rinduuu sangat nak tidur di bilik saya...

Selalunya kalau balik kampung, saya akan tidur di Lubuk Merbau...Rumah Talang terbiar begitu sahaja...dah nak dekat 2tahun juga terbiar kalau tak salah saya...

Bagi saya rumah ni rumah paling best sebab betul2 terletak sebelah masjid Talang..keluar je pintu pagar tepi terus masuk pintu pagar masjid...

Setiap hari Jumaaat pula, kalau dulu saya berada di kampung, saya suka dengar khutbah Jumaat dari bilik saya di atas...

Saya rinduuu nak solat subuh, maghrib n isyak berjemaah bersama2 orang kampung...

Kalau bulan puasa paling best sebab boleh berterawikh pada malamnya dan bertadarus pada siang harinya...

Saya rinduu sangat2 suasana ini...

Semoga kedatangan Rejab, Syaaban dan Ramadhan yang dh x lama lagi ni akan memberikan seribu makna kepada saya tahun ni...

Ya Allah...aku rindukan rumah ibadahmu...aku rindukan segala-galanya tentangMu...

Dekatkanlah diriku denganMu Ya Allah...tunjukkan aku jalan yang lurus...

amin.. :'(

Imsonia...

Errghhhh saya imsonia lagi nampaknya malamni....

Malamni imsonia gara-gara kereta jiran rosak alarmnya...setiap 15 minit...alarm kereta dia akan berbunyi memekak satu taman ni...

Aduhh...dahla saya jenis bukan tidur mati...nampaknya tak boleh tidur lagi malamni...and expect that tomorrow will be my dizzy day...errrgghhhh stress for a while ....

Aduhai...

25 May, 2011

Missing Babah so much...errghhh... :'(

Missing Babah so much....

Rinduuu nk bermanje2 ngan abah lg....

Babah...anak2 abah sume remember times when u comforted us over a dissapointment or a sadness n how happy u would be 4 us when things going well...

Abah...we also remember how u listened patiently to our ever forming thoughts n ideas.....but Babah most of all...we remember u wise..helpful n caring father..

We all love u so much Abah... get well soon..

love...

Surah 2:285-6 Amanar Rasul

Bismillaah ar-Rahman ar-Raheem
Amanar-rasulu bima unzila ilayhi min rabbihi wal-muminun
Kullun amana billahi wa mala ikatihi wa kutubihi wa rusulih
La nufarriqu bayna ahadin min rusulih
Wa qalu sami'na wa a-ta'na ghufranaka rabbana wa ilaykal masir
La yukallifullahu nafsan illa wus'aha
Laha ma kasabat wa alayha maktasabat
Rabbana la tu akhidhna in nasina au akhta'na
Rabbana wa la tahmil alayna isran kama
Hamaltahu alalladhina min qablina
Rabbana wa la tuhammilna ma la taqata lanabih
Wa'fu anna, waghfir lana, warhamna
Anta maulana fansurna alal-qaumil-kafirin

Saddaqallah hul Azim

In the Name of Allah, the Beneficent, the Merciful.
The Apostle, and the believers with him,
believe in what has been bestowed upon him from on high
by his Sustainer: they all believe in God, and His angels,
and His revelations, and His apostles,
making no distinction between any of His apostles; and they say:
"We have heard, and we pay heed. Grant us Thy forgiveness, O our Sustainer,
for with Thee is all journeys' end!
"God does not burden any human being with more than he is well able to bear:
in his favor shall be whatever good he does,
and against him whatever evil he does.
"O our Sustainer! Take us not to task if we forget or unwittingly do wrong!
"O our Sustainer! Lay not upon us a burden such as Thou didst lay upon those
who lived before us!
O our Sustainer! Make us not bear burdens which we have no strength to bear!
"And efface Thou our sins, and grant us forgiveness, and bestow Thy mercy upon us!
Thou art our Lord Supreme: succor us, then, against people why deny the truth!"

Allah, the Most High, speaks the truth.

If one recites only a portion of a surah, it is necessary to say at the end of the selection:
Saddaqallah hul Azim (Allah, the Most High, Speaks the truth.)

Translated by Muhammad Asad...

Ya Allah...hambaMu ini sedang berada di dalam kesulitan...hati ini berat sebenarnya...Engkau lebih memahamiku Ya Allah...pls...pls...pls...show me to the true path Ya Allah...amin...

I feel so nervous for a few days...thinking too much...

Mimpikan Arwah... Al-fatihah untuk Sharifah Intan Norkiah Syed Harman

Jam 1 pagi lebih tadi saya bermimpikan arwah auntie saya yang kembali kepada rahmatullah pada 1/1/11 haritu...

Saya bermimpi arwah memberikan saya satu cd...arwah tak bercakap dalam mimpi tu tapi apa yang saya faham dalam mimpi tu dia minta saya akhiri kerjaya sebagai pendidik..

Arwah merupakan guru pakar Bahasa Inggeris...saya duduk dengan arwah dari darjah 4-6...arwah banyak mengajar saya erti kehidupan ini...

Arwah seorang yang agak tegas dan seringkali memikirkan nasib2 anak generasi didiknya di sekolah...sepanjang saya hidup bersama arwah, saya nampak arwah merupakan seorang yang ikhlas bila mendidik...tak kira anak siapa pun, kadang-kala bila time cuti sekolah, ada saja beberapa anak muridnya yang lain akan tidur di rumah arwah dan belajar bersama saya dan kembar saya...bila terkenangkan arwah, kadang-kala rasa nak menangis juga...


Lebih kurang dua minggu sebelum arwah hendak meninggal...saya ambil cuti tanpa gaji..ketika itu saya bekerja di Siasah..saya ambil cuti lima hari menemankan arwah yang ketika itu ada kursus di Pangkor...sebulan sebelum tu, arwah minta saya siapkan semua assignments arwah berkaitan dengan kursus dan peperiksaan yang perlu dihadirinya di Pangkor...

Saya faham arwah ketika itu sudah sakit tenat..pernah terdetik ketika itu, saya mengatakan arwah dah tak lama apabila melihat keadaannya yang sakit tenat tetapi perlu juga ambil peperiksaan di Pangkor...

Arwah ada kencing manis@diabetis...katarak...tetapi apabila arwah meninggal dunia, doktor mengesahkan arwah pergi kerana serangan jantung pada malam itu...arwah meninggal dalam tidur...

Semasa di Pangkor...saya membantu arwah banyak perkara...saya bacakan buku, saya hadiri sekali kursus itu dan catatkan semua nota yang disampaikan oleh penceramah dalam masa lima hari itu..saya bawa arwah pergi mandi..saya suapkan dia makan dan minum..semasa arwah cirit-birit atas tilam di Pangkor...saya cucikan semua dan mopping lantai dalam bilik hotel tu...saya dah rasa ketika itu arwah takkan hidup lama dah...


Semasa sebelum hendak tidur..saya bacakan semua nota yang saya sempat catatkan sewaktu hadiri ceramah pada siang harinya...saya sempat bergurau dengan arwah...

"Auntie...auntie dengar x ni azma baca apa ni..auntie...auntie...auntie...janganlah tidur...kalau auntie tidur, macam mana hendak lulus exam..."

Seketika itu saya faham auntie sudah terlalu mengantok sangat...auntie macam mamai jawap soalan saya...

"Azma baca jer..auntie tak tidur ni,,auntie sedarni..."

Subhanallah...auntie sewaktu dalam sakit tenat dengan tak boleh berjalannya waktu tu..dgn mata kiri kene katarak..dengan cirit-biritnya tetapi saya dapat rasakan auntie seorang yang sangat komited dalam apa sahaja yang dilakukannya...

Beberapa malam di Pangkor...auntie banyak tinggalkan pesanan pada saya...auntie berkali-kali hendak mewasiatkan salah satu rumahnya yang berharga sekitar rm200 ribu mungkin pada saya...sewaktu hendak tidur tu, saya cakap saya tak mahu harta auntie...yang saya hendak hanyalah melihat auntie sihat...dan ketika itu...kalau auntie dah tiada...saya berjanji x kan lepaskan doakan auntie setiap hari....saya menangis malamtu tidur...saya sedih sebab saya tahu auntie dah tak lama...

Selepas balik ke Shah Alam..seminggu sebelum auntie pergi selama-lamanya..auntie asyik mencari saya..auntie called saya banyak kali..tetapi waktu tu saya memang sangat busy...auntie saya telefon semua adik beradik saya tanya mana saya? kenapa saya tak jawap phone?....

Malam 31/12/10...saya sampai di Kuala Kangsar...saya bawakan auntie makanan...bila saya sampai...auntie nampak saya jer terus auntie menagis sambil memeluk saya seerat-eratnya...auntie cakap...

"Azma...auntie hanya ada kamu untuk doakan auntie...auntie takut..auntie takut sangatni...auntie tak harapkan orang lain untuk mendoakan auntie..auntie hanya ada kamu Azma..."

Saya replied ...

"Auntie janganlah cakap macamtu..kan semua ada ni...semua orang akan mendoakan auntie..."

Saya rasa auntie mungkin fikir manusia sering alpa...hanya mengingati kematian bila ada hal-hal kematian...bila seseorang sudah pergi lama..mungkin hendak sedekahkah al-fatihah pun susah sebab masing-masing sibuk akan hal dunia...

Auntie pesan saya malam tu tolong bawakan auntie pergi ke IJN pada 2/1/11...tapi auntie siap pesan..jangan bagi tahu siapa-siapa auntie hendak pergi IJN...auntie ada menyebut beberapa nama pada saya ketika itu yang dia tak mahu orang lain tahu yang dia akan pergi ke IJN...

Auntie pesan biar saya dan abah sahaja yang bawa auntie pergi ke IJN...auntie pesan lagi pada saya malam itu, auntie nak pinjam mesin pengurut kaki abah...dia mintakan saya bawa mesin pengurut tu pagi esoknya...

Keesokannya ketika saya hendak bawakan mesin itu..sedang ketika saya menyinggah sekejap di sebuah kedai untuk belikan nasi lemak untuk auntie..saya mendapat panggilan daripada abah...abah cakap auntie dah takder...ketika itu, saya rasa macam hendak luruh jantung saya...orang terakhir malam tadi sebelum auntie pergi...auntie berjumpa dengan saya..rupa-rupanya pesanan-pesanan terakhir dia itu menandakan dia akan pergi selama-lamanya...

Saya rushing balik rumah..cari baju kurung...terus ke rumah arwah...saya menangis tgk arwah....mak saya seorang nurse..sebelum doktor sampai di rumah auntie..mak abah, sedara mara dan beberapa jiran dah sampai rumah auntie terlebih dahulu...mak kata mungkin auntie hypo sebab gula dalam badan kurang...auntie meninggal dalam tidur...doktor pula melihat sejarah sakit auntie dan doktor kata auntie kena serangan jantung...mana satu yang betul ni??? yang saya tahu...saya dah dapat rasakan arwah akan pergi selama-lamanya semasa saya di Pangkor lagi....

Saya menangis sebab seminggu terakhir sebelum auntie pergi selama-lamanya..auntie memang asyik mencari saya...bila jumpa auntie malamtu x sangka pula subuh pagi esoknya auntie pergi selama-lamanya...sedih sebab masa saya kecil..saya teringat lagi..auntie percaya antara azma dan azla@kembar saya...azma banyak ikut auntie...auntie kata azma ni mungkin jadi cikgu atau pendidik suatu hari nanti...masih terngiyang-ngiyang di telinga luahan hatinya ketika itu...

Auntie mungkin cakap begitu sebab tengok cara kekemasan kerja yang saya buat sewaktu bersamanya...saya selalu membantu auntie stapler kan semua kertas soalan...saya bindingkan soalan2 dan latihan2 untuk auntie bawa pergi sekolah...auntie banyak mengajar saya tentang kekemasan kerja...subhanallah...semua yang auntie ajar tu masih dalam ingatan azma...azma x kan lupa jasa baik auntie mendidik kami dengan sepenuh jiwa raga auntie...

Auntie...insyaallah azma akan akhiri kerjaya sebagai cikgu@pendidik@pensyarah suatu hari nanti..cuma buat masa ni..azma kena habiskan belajar dulu..ada lebih kurang 3 tahun lagi hendak habiskan pjj ni kalau takder drop apa-apa subjek insyaallah...

Segala pesanan auntie...azma akan ingat dan insyaallah azma akan lakukan seboleh yang mampu...

Al-Fatihah untuk arwah yang merupakan seorang yang bujang juga...arwah mempunyai seorang ibu angkat dan menjaga 4 anak yatim piatu...

Sekarang kesemua anak yatim piatu diambil semula oleh ibu-ibu saudara mereka..sementara ibu angkat auntie yang berumur hendak dekat 90 tahun ini dijaga oleh anak angkatnya yang lain Syed Ahmad di Shah Alam di seksyen 4...

i loveu so much auntie... :'( ... untuk makluman auntie...azma sekarang dah rajin pergi ikut kelas Bahasa Inggeris...azma rasa Bahasa Inggeris ni penting auntie...insyaallah azma akan sentiasa majukan diri azma...walaupun tak dapat jadi cikgu Bahasa Inggeris..tapi insyaallah sekurang-kurangnya dengan penguasaan Bahasa Inggeris..azma boleh bantu mengajar anak-anak sedara yang lain buat sementara azma tengah bujang ni... dunia sekarang memang penuh mencabar auntie...tanpa ilmu dan rajin, kita akan ketinggalan belakang...

Doakan azma sukses auntie...

Salam sayang untuk auntie...love from azma...

---/<@ a rose for auntie ... love :'(

23 May, 2011

This is what I look like today
And I'm trying not to pull out my hair
I'm trying not to show it 'cause I'm far too shy to grow it back there
That's probably why I like wearing hats
There's no denying I'm deferring the facts
Avoiding confrontation
Lacks tact in a situation
Behind every line is a lesson yet to learn

But if you ask me
The feeling that I'm feeling is overwhelming
And oh, it goes to show
I've so much to know

I wrote this for my prettiest friend
Who while trying not to prove that I care
Trying not to make all my moves in one motion and scare her away
Well she can't see she's making me crazy now
I don't believe she knows she's amazing how
She has me holding my breathe
So I'd never guess that I'm a none such unsuitable, suited for her

But if you ask me
The feeling that I'm feeling is complimentery
And oh, it goes to show
The moral of the story is boy loves girl
And so on the way that it unfolds is yet to be told

I know that I should be brave
Even pretty can be seen by the blind
I know that I cannot wait
Until the day we finally learn how to find each other
Redefining open minds

And if you ask me
The feeling that I'm feeling is overjoyed
And it's golden, it goes to show then
The ending of this song should be left alone
And so on 'cause the way it unfolds is yet to be told

Abah...Get Well Soon Yer..Loveu..

Semoga urusan abah di kampung semua dipermudahkan...
Ya Allah berikanlah abah dan mak kesihatan yg baik...
Cairkanlah darah abah..aku risau Ya Allah abah dapat stroke...
Sembuhkanlah cepat kaki kiri abah...amin...

Abah..cho syg sgt abah...words mb couldnt enough to describe how much i love u abah...but trust me, dat my love for u is forever n ever...semoga abah cpt sembuh...muahh untuk abah..cho dah lama sampai opis hr ni jam 8 pagi td...doakan anak abah ni berjaya dunia dan akhirat hendaknya...amin...

Doakan anak abah cekal hatinyaye abah..ok..dah settlekan semua kerja ..tgh mencari contact baru untuk dis week abah...doakan anak abah selalu dapat contact yg bagus2 untuk settlekan segala skrip ini abah...abah doakan anak abah ini semakin matang dalam hal urusan kerja..doakan anak abah boleh jadi cool macam abah yer yer yer???


::MIss Babah n Mak So Much::

22 May, 2011

Ya Allah... :'(

Weekend baruni saya balik kampung lg di Kuala Kangsar...ada kenduri tahlil pemergian bapa cousin beberapa hr yang lepas dan dalam masa yg sama Sabtu baru-baru ni kenduri perkahwinan anaknya...

Saya tumpang sedih dan berharap keluarga cousin tabah menghadapi segala duguaan dan ujiannya...saya belajar banyak perkara minggu ini...semuanya tentang kematian...apabila melihat cousin saya yang telah pun melangsungkan perkahwinannya dengan ujian pemergian bapanya...saya rasa saya tak sekuat cousin saya walaupun kami sama umur...saya rasa saya tak mampu jadi sekuat cousin saya...saya pula yang sedih dan ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Kangsar hr tu.. menitis juga air mata saya akhirnya mengenangkan cousin sy...entahlah sedih bila kenduri kahwin tanpa ada mak atau abah...

Ya Allah..aku pohon padaMu...berikanlah abah dan emak kesihatan yang baik...berikanlah mereka kesempatan untuk menunaikan haji...berikanlah mereka kesempatan untuk melihat aku dan adik bongsuku mendirikan rumah tangga...sekurang-kurangnya abah dan mak kurang risau jika mereka tahu siapa bakal suamiku dan bakal isteri adikku...berikanlah kesempatan untuk aku membalas jasa mereka walaupun sedikit...Ya Allah...aku tak sekuat cousinku...aku x tahu macam mana nak hadapi semua ini..aku sedih Ya Allah...hanya padaMu tempatku mengadu.....

Ya Allah pagi tadi bila aku hantar abah ke wad kecemasan..hatiku bimbang yg teramat Ya Allah...aku bimbang bila doktor memberi banyak pesanan...doktor kata abah akan dapat stroke bila-bila masa...aku bimbang Ya Allah..aku asyik menangis je bila fikirkan kesihatan abah...aku bimbang abah x sempat menunaikan haji..aku bimbang banyak perkara Ya Allah...

Ya Allah masa abah nyaris tumbang di wad kecemasan tadi..aku sempat menyambutnya...aku bimbang kaki abah akan terus sakit...aku bimbang macam mana abah nk teruskan kerjanya beberapa hari jika tanpa ada orang memimpinnya jalan..YA Allah..berikanlah kesihatan yg baik pada abah..sembuhkanlah cepat kaki kiri abah yang sakit...abah nk angkat kaki masuk dalam kete pun x lalu...

Aku risau Ya Allah...bila aku pegang kaki abah..aku angkat kaki kiri abah perlahan-lahan bawa masuk ke dalam kete...aku rasa nk nangis...seketika aku teringat masa aku kecil2 dulu...bila abah balik kerja, kami adik-beradik akan berebut nak buka stoking abah...bukankah kaki ini yang banyak berkorban membesarkan kami semua...aku cuba menahan air mata tadi...aku sedih Ya Allah...aku berdoa padaMu Ya Allah..sekurang-kurangnya berikanlah abah dan mak kesempatan untuk merasa pengorbanan kami pula untuk mak abah...panjangkanlah umur mereka Ya Allah...walaupun ajal dan maut semua itu rahsia...tetapi satu ku pinta Ya Allah daripadaMu...berikanlah kesempatan kami adik-beradik untuk membalas jasa abah dan mak....amin...

Ya Allah...aku tak tahu macam mana hendak luahkan padamu kerisauanku ini...aku berharap abah cepat sembuh...janganlah darah abah pekat sgt..aku risau Ya Allah kalau abah dapat stroke...aku risau banyak perkara Ya Allah...

Mak pun sempat pesan pada aku tadi Ya Allah...mak pesan Rejab dan Syaaban dah nk dekat..banyakan berpuasa dan melakukan solat di tgh mlm...berikanlah aku kekuatan Ya Allah untuk aku byk beristiqamah...byk bermuhasabah...pegang hatiku kuat2 Ya Allah...

Didikanlah aku jadi orang yang sabar Ya Allah...didikanlah aku jadi perempuan yang baik Ya Allah..didikanlah aku jadi isteri yang solehah...didikanlah aku sebaik2nya Ya Allah mencari keredhaanMu Ya Allah...aku x kuat macam orang lain Ya Allah..seringkali aku menangis ...aku sedih Ya Allah..tgk anak kucing kene langgar dengan kete pun aku menangis...nape hatiku x kuat macam orang lain Ya Allah? napa hatiku lembut sangat Ya Allah sampai kadang-kala aku risau banyak perkara melihat keadaan di sekelilingku...sedih Ya Allah...entahle...aku pohon padaMu Ya Allah...didiklah aku sebaik-baiknya...aku nak masuk syurgamu Ya Allah...takperlah kalau aku susah di dunia pun..di akhirat nanti semoga aku dapat meraih kejayaan penat lelah di dunia...

Ya Allah...aku rasani je aku nak meluahkan padaMu setakat ini...berikanlah aku kekuatan Ya Allah..amin..

20 May, 2011

Mind Map..

Semalam dpt msg drpd bekas tunang di fb...bekas tunang kata dia teringat sy pernah post entry mengenai mind mapping..

Msg dia:

Salam. Sy pernah terbaca entri awak pasal buku teknik menghafal. Boleh sy tahu apa tajuk buku tu?

Sy reply:

W'slm..tajuk buku tu The Ultimate Book of Mind Maps by Tony Buzan...the price is not too expensive lor... x salah i seratus lbh je.. u boleh dpt kat mph pun ada rasenye....

Actually awak..sy sebenarnya pun dah lama x gunakan buku ni utk study...sy dah sedekahkan pun buku ni pd cousin sy yg akan amik PMR thn ni...Masa bekerja di UPM dulu, saya ada beli dua buah buku Tony Buzan...

Selepas interview Tony Buzan, sy rasa buku ni ok je...lbh kurang cam buku mind mapping yg lain..cuma tinggal rajin dan tak rajin je lg nk buat mind mapping....

Satu lg buku Mind Maps for Kids Tony Buzan, sy beli untuk berikan pada cousin yg baru berumur darjah 1 waktu tu...

Errrr hopefully mereka semua menggunakan buku ni... kalau x, membazir je beli buku kalau sikap rajin tu tetap takder...kene bentuk sikap rajin ni pd diri sendiri..kalau tak, sampai bila pun x maju...anak2 kecil ni kalau dididik sebaiknya daripada kecil ttg teknik belajar yg betul..insyaallah dia akan berjaya dlm pembelajarannya...

p/s: maybe dia tiba2 teringatkan sy kot semalam sbb smlm kiranya cukup 2 thn anniversary perpisahan kami berdua...haha ingat lg berpisah di tepi tasik UPM...ada hikmah perpisahan ni...Allah tahu siapa yg terbaik buat kita...positif..

19 May, 2011

Duhai Cintaku..Sayangku...lepaskanlah... :P errr



tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang rindu yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap

sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
memenuhi mimpi-mimpimu malam kita

reff:
duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
dan kini hanya ada aku dan dirimu
sesaat di keabadian

jika sang waktu bisa kita hentikan
dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan
www.rizkyonline.com
meleburkan semua batas
antara kau dan aku, kita

Morning Walk, Abah, Jodoh, dan Hartanah...errrr :P

Hari ni sy bangun kira awal juga..selepas memunaikan solat subuh..berzikir jap..tiba2 rasa nk pg morning walk...

Jam 7 lbh sy pergi morning walk sambil bawa purse n kunci umah..

Sy morning walk di taman perumahan dan selepastu sy pg kedai mamak pekene roti canai sekeping dan teh ais...haha tanpa teh ais mmg x sah...mamak tu pun dah tahu air kesukaan sy... :P

Sy rasa rinduu sgt nak morning walk sama abah...abah suka morning walk dgn cucu2...danish plg slalu ikut abah morning walk...danish pun mmg suka main dengan abah...wlpn br berusia 4thn, danish dan abah suka play hide n seek...

Kalau dalam rumah pun jadi...minggu lepas balik kampung, bila danish datang umah..abah cepat2 nyorok tepi katil...haha danish kecoh cari abah x jumpa n asked me so many times mana atok? "Wan Cho mana atok?" errrr sy gelak2 je tgk gelagat danish cari abah sampai 15 minit juga baru jumpa...

Itupun jumpa selepas danish ternampak tangan abah..hehe ...


Sy bersyukur dapat abah yg sgt sygkan kami dan cucu2 semua...abah sgt caring...sy berharap dapat jumpa bakal suami yg macam abah...


Ciri-ciri yg ada pada abah byk mempengaruhi sy sebenarnya...

1:Abah seorang yang rajin
2:Abah penyayang..jujur..bertimbang rasa...
3:Abah tak kedekut bab2 makanan...kalau kami berada di kampung, pagi2 lagi abah dan rajin ajak saya keluar cari kuih-muih n macam2 lagi di pasar....
4:Abah humble orangnya...
abah suka menolong orang...
selalu dulu kawan2 abah datang ke rumah pinjam duit dengan abah sebab mereka dah takde duit nak beli susu anak2...

Byk lg ttg abah yg mempengaruhi hidup sy...sekurang2nya jika suatu hari sy ditemukan jodoh...sy berharap jodoh sy mempunyai byk ciri2 macam abah...tak byk pun, sikit pun jadi...

Sy risau jika sy dpt jodoh yg berkira...yg kurang prihatin dgn keadaan sekeliling..yg malas bangun pagi...yg malas menguruskan hal rumah, balik kerja terus buat hal sendiri ke...errr sy harap sy x ditemukan jodoh macamtu...sy harap bertemu jodoh yg respect each other...tolerate each other..gv n take...serta jodoh yg boleh bimbing sy dunia dan akhirat insyaallah...

Tp kalau dh dpt jodoh yg x senonoh pangainya...itu namanya takdir, qada dan qadar..sy harus menerimanya dgn hati yg sabar selagi boleh tahan...mudah-mudahan x dipertemukan jodoh yg malas..yg kedekut...yg berkira...yg selfish dll yg yg yg x elok..errr menyeramkan perkahwinan ni...wlpn perkahwinan adalah sunnah tp...perkahwinan juga membuatkan kebanyakan wanita dihantui pelbagai trauma selepas berkahwin gara2....fikirlah sendiri...

Hmm..oklah nk buat research skit pasal hartanah..ptgni nk interview sri kandi yg jual2 hartanah ni...errr never go through about dis seriously but today hv too...

Harap2 semua shooting berjalan lancar hari ni wlpn terpaksa balik lewat skit malam ini...errrr doing skit research skang... help help hehe :P

18 May, 2011

Awak yg bernama Cinta... :)


Awak yg bernama cinta...

Awak yg memberi rasa...

Awak yg ilhamkan bahagia...

Hingga saya rasa indah.... :) ...

Awak...saya tak tahu nak cakap macam mana...tp malamni sy rasa macam ada kekuatan bila awak ajak saya dating*...

Saya sebenarnya risau ... kalau saya keluar dengan awak...saya akan jatuh hati dengan awak...

Errrr....nak buat macam mana ni awak...awak nanti jumpa saya jgn pandang mata sy direct tembus terus masuk biji mata sy..haha sy risau sy boleh jatuh hati kpd kekasih org...errrr errrr...apakah dugaan ini... err errr



Saya harap bila jumpa awak nanti...takder garpu atau sudu terlepas daripada tgn sy semasa tgh makan macam mula2 sy dinner bersama bekas tunang sy dulu...errr garpu terlepas ke bawah..haha kerana nervous sgt...

Errr sy tak tahu nak cakap apa..cuma sy rasa berdebar2 utk first dating ni... (sambil memegang dada, rasa seperti degupan jantung ini sepantas kilat menyambar).. eerrrr senyum :D ... agak2lah journalist ni bila menulis..errrr haha...

ok2 enough meluahkan perasaan di sini...sambung edit photobook semula... :)

17 May, 2011

Dunia lulur ... :D



Lulur adalah sangat sinonim dgn diriku...setiap kali mandi pasti buat lulur satu badan ni...haha pening orang yang seterusnya nak mandi kalau di kampung la...kalau di rumah Shah Alam ni..sy duk menyewa master room..jadi dlm master room ada toilet...so, takderlah sy menyusahkan org kalau mandi lama-lama pun...


Kenapa perlu melulur badan sekali sekurang-kurangnya setiap hari?

Memang agak sukar hendak melulur badan apatah lagi sekiranya kita ni adalah orang yang jenis bz lah yang teramat..mandi pun nk cepat..itu contohlah...

Lulur badan penting untuk hilangkan daki2 ...
Melulur Membersihkan Kotoran Sekeliling Badan:
טּ Menghilangkan Sel-Sel Kulit Mati
טּ Memutih dan Menghaluskan kulit badanr

טּ Mencegah Bintik-Bintik Hitam

טּ Melicinkan Kulit Badan

טּ Memberi Kelembapan & Menyegarkan Kulit Badan
Kebanyakan kita melulur badan apabila hendak menghampiri hari perkahwinan sahaja...hehe itu pun kira ok daripada langsung yg x pernah melulur...


Yang sebenarnya lulur ni adalah lebih baik dibuat setiap hari...tambahan sekarang di pasaran, barangan lulur banyak dijual dengan harga yang murah...dalam rm20-30 satu bekas boleh tahan sebulan...malah bahan lulur ni juga boleh dibuat sendiri kalau rajin...
Asas melulur ini sangat mudah..
Pertama kita mandi dulu macam biasa...sabun badan macam biasa...jirus badan dengan air biasa..pas lap badan baru sapulah lulur di mana tempat yang rasa nk lulur...
Selalunya lebih baik melulur di seluruh badan walaupun memang susah nak buat kalau tanpa bantuan kawan...perlu diingat kalau menggunakan lulur scrub...harus rajin2 skit gosok2...scrub ni ada macam2 jenis...ada yang berbiji dan ada yg jenis masker...
Kalau yg scrub berbiji2 tu skit lebih eloklah digosok2kan...dan kalau yang jenis masker..lebih elok diseratakan ke seluruh badan dengan lembut...sambil melakukan beberapa urutan ...
Selepas dalam 15minit tu...cucilah badan selepas dah melulur ... dari hari ke hari sy lakukan, sy dapati ianya berkesan....
Setakatni bila pergi interview orang, dah dua Doktor Perubatan menegur kulit sy nampak halus sangat ... masa tgh2 makan dengan doktor ni, selalunya bahagian tangan ni memang akan terdedah sebab kene pegang sudu n garpu...
Mungkin doktor2 ni tegur kulit halus sbb mereka terpandang kulit tgn sy. kot...rahsianya x lain doktor, cuma sy kerap melulur satu badan ni termasuk tgn2 dan kaki semua....hehe :D
Jadi kepada kaum wanita di luar sana...marilah kita kerap melulur ... melulur dpt membuatkan kulit lebih nampak sihat..insyaallah...dlm masa yg sama, aroma lulur ni dapat membuatkan kita rasa sedikit tenang...ada macam2 jenis aroma...ada lavender..ada koko..ada green tea haha tp sy lbh suka strawberry...aromannya memang sgt best... :D haha kdg2 rasa dah macam badan ni buah strawberry pulak...ok enough bergurau..haha .. :D
So, mulakan hari ini dengan melulur... :) Selamat mencuba... :D

Maghrib..


Azan dah berkumandang....masa untuk menunaikan tgjwp sebagai hambaNya..

Malamni nk cuba habiskan 1 jus...

Beberapa hari yg lepas, bedek2 Azla punya Al-Quran elektronik...

Memang best sgt baca sbb ada suara 4 imam dari mekah...

Aduh...tp bila tanya berapa harga Al-Quran elektroniktu? Azla bagi tahu harga dia RM500...

Hehe terdiam sekejap....insyaallah satu hari nanti, saya akan dapatkan juga Al-Quran ni...Best baca Al-Quran elektronik sbb dlm masa yg sm, dia betulkan mana2 ayat Al-Quran yg kita tersalah baca....

Hopefully dpt hadiah kahwin ke nanti...dptlah Al-Quran ni...

P/s: Kpd bakal jodoh sy..hehe wlpn sy x tahu siapa lg jodoh sy ni..sy harap awak dpt belikan sy Al-Quran ni...sy x nk beg yg mahal2..sy x nk kasut yg mahal2 atau benda2 lain yg mahal2....yg syg nak, Al-Quran ni..hehe kalau bolehler abg...abg dgr x ni? hehe oklah syg nk mandi, solat n bertadarus jap mlmni..mlmni syg baca Al-Quran..doakan syg dpt habis satu jus..hehe menguji iman betulni abg.. :) assalamualaikum..

Badminton... :) rinduunya







Hai...

Sudah lama x main badminton...planning to buy badminton racket ... huhu nk aktifkan diri bersukan malam selepas ni...

Last main badminton bersama rakan2 sek.rendah...hampir kesemua mereka ni dah jadi mak bapa orang..haha perut pun sudah menampakkan mereka matang dgn seusianya...

Haha kdg2 masa tgh main tu..sy tergelak juga...macam2 gelagat ada...

Hebat kawan2 sy ni...main sambil membawa perut mereka yg semakin membesar...tetapi masih nampak fit semuanya...bagus..alhamdullilah...Ya Allah berikanlah kesihatan yg baik kpd semua kawan2 sy ni...amin...

Kami sewa dewan dan bermain smash sana sini...smashes..haha

Haha my team berjaya tewaskan kembar saya punya team...

Eventhough sy x tahu sgt rule games ni..haha an at least i can smash ...

Berpeluh2 selepas main adalah satu nikmat menandakan sihat...

Best main badminton ni...haha masa main mmg dh x ingat dunia...pakai kasut apa pun jadi asalkan dapat buat smash kat kembar sy..haha sian Azla asyik kene smash je mlm tu...maaflah ya Azla...haha x berniat nk smash but d games teach us to smash our enemy ...haha..

Jadi malam itu juara adalah team sy... kami menang bergaya..ceewahh...haha..

Survey Rumah Baru

Hari ni terpaksa tundakan segala perancangan awal...

Memikirkan harga rumah semakin lama semakin naik...sy ingat slps lunch sat lg nk pg survey umah baru....

Hari tu ada umah jual di Giant tp semuanya macam xder yg berkenan di hati...

Ada yg berkenan pula, one of my friend suruh tunggu dulu...kalau tak waktutu dh byr dduit booking rumah...rumah tu akan siap pada March thn dpn dan dekat sgt dgn UITM Puncak Alam... x sampai 5minit dah sampai...so nampaknya rumah yang ni tiada rezekilah..pastilah dah ada orang lain booking...

Thus, hari ni tgh hari sat lg nk pg survey rumah baru jap...memandangkan thn dpn rumah sewa ni pun sudah habis contract....sedikit pening bila memikirkan mana hendak letak set almari n katil yang ada sekarang kalau x cari rumah baru daripada sekarang......

Rumah yg ada kat taman ni pula quite expensive...harga semua hampir RM400 ribu...pada hal harga asal rumah area ni rm255 ribu utk bumiputera...betullah kata orang, rumah lagi lama lagi mahal....

Tp kami yang muda ni..memang x da duitla kalau hendak beli rumah bayar deposit sampai rm80 ribu perlu ada dalam akaun...betul ke x jiran saya ni minta sampai macamtu sekali? arghhhh takper bersabar skit..pasti ada rumah yg sesuai dgn ms depan di sini...

hmm ... jadi bujang kdg kala membuatkan kita perlu bertindak lbh cpt drpd yg dh ada family...ini pendapat sy lah..haha sbb yg bujang jarang dpt share money dgn org lain...kalau nk membeli semua kene fikir n senarai lelok dulu apa yg penting dan yg x penting...takut boros berbelanja...nk mintak duit kat siapa lg...berbanding org yg dah ada pasangan...at least mereka boleh cover up semula mana yang telepas pandang...at least kalau dah kahwin, pendapatan keluarga berbeza berbanding dgn si bujang...

16 May, 2011

Cinta...


Hai rasanya sudah lama tidak menulis tentang cinta...

19 Mei ni jika x salah sy..sudah genap 2 tahun kami putus...dan dia sudah pun berumah tangga pada tahun lepas..alhamdullilah...semoga awak jadi anak yg soleh, suami yg soleh ... sy kalau boleh x mahu dh tgk awak menyakitkan hati mak awak dah...awak ank sulong...ank sulong ni harus menjadi contoh yg baik kpd adik2...semoga awak sukses dlm apa yg diceburi....sy sentiasa mendoakan kejayaan awak dr jauh...


Seorang kawan bertanya pada saya bilakah akan sy mengakhiri zaman bujang ni? memandangkan kawan-kawan di opis selepas sorang-sorang kahwin...

Sy tersenyum lebar dan hanya mampu menjawap ini kerja Allah...sy dh usaha banyak dah...cuma buat masani mungkin Allah tahu apa yang terbaik buat saya....

Setiap kali selepas solat dan bila tgh memandu... x henti2 mulut ni terkumat-kamit berdoa agar dipertemukan jodoh yg sekufu hendaknya...

Bimbang jika mendapat bakal suami yg amik mudah ttg hidup ini...seorang suami atau seorang insan yg waras di dunia ini mesti tahu matlamat yg jelas kenapa dia hidup ...



Wanita...

Seorang pemuda bertanyakan pada penulis kolum Mustafa Amin :-

“Wanita bagaimanakah yang harus dikawini? Adakah dia harus berkahwin dengan perempuan berpelajaran, yang menguasai banyak bahasa asing, agar dia dapat menemani melancong ke Eropah atau Amerika? Atau wanita cantik dan menarik yang akan mendampinginya dalam pesta pertemuaan yang disinari berbagai lampu? atau wanita yang bekerja sehingga memahami makna kerja dan mengambil berat kepayahan, kesukaran serta hanyut dalam kerjanya? Atau wanita yang dapat menjadikan rumahnya syurga, tempat berehat dari kesengsaraaa daripada bekerja terus menerus?”


Mustafa Amin menjawab :-

“Kamu perlu berkahwin dengan seorang wanita yang memiliki beberapa sifat. Wanita yang kamu kahwini haruslah bagaikan tongkat yang dapat kamu gunakan ketika kamu mendaki gunung. Ataupun, bagai payung yang dapat kamu gunakan untuk melindungi kepalamu dari hujan dalam bahtera kehidupan.”

“Kamu memerlukan lampu yang dapat menerangimu ketika berjalan dalam gelap, kompas yang dapat kamu jadikan pedoman arah kebingungan, Dia adalah umpama almari yang selalu bersedia menyimpan rahsiamu, enjin yang dapat mengendalikan perjalananmu sehingga bersemangat membara dan kuat keika menghadapi serangan lawan, ubat kepala ketika kamu pening, suara merdu yang dapat mendodoikanmu agar matamu dapat terpejam ketika hendak tidur, sapu tangan untuk mengusap air matamu dan mengeringkan keringatmu ketika kamu penat, pembalut yang dapat merawat lukamu, penawar yang dapat menghalang sampainya hiruk pikuk ke telingamu. Dia adalah teman berunding dalam merundingkan masalah yang kamu hadapi. Jika kamu mencari orang bijak untuk menyelesaikan masalahmu, kamu dapati dia dalam pelukkanmu. Jika kamu memerlukan teman , dia adalah sahabat setiamu. Dan jika kamu kehilangan ibu, kamu dapati pada isterimu kasih sayang yang melimpah ruah seperti kasih sayang ibumu. Serta, dia rela berkorban dan berjuang bersamamu.”

“Lelaki biasa hanya memerlukan wanita yang biasa. Tetapi lelaki yang bertuah, bermakna lelaki yang luar biasa sehingga memerlukan wanita yang luar biasa juga. Dia sanggup memikul beban melebihi wnaita biasa, yang lebih sabar daripada Nabi Ayub a.s, yang tegar bak gunung, yang menjadi tiang penyokong lelaki yang fakir hati dan akalnya.”

“Dia yang dapat mengembalikan harapanmu ketika kamu sedang berputus asa. Dia yang dapat membangkitkan semangat dan kemantapan hatimu ketika kamu sednag bergolak. Dia yang dapat membuatmu tersenyum ketika kamu tidak tersenyum. Dia yang penyantun ketika kamu terhimpit. Dia yang dapat bergaul sesama manusia dengan baik, sedangkan dia sedang berkuasa bagai ratu dn menahan diri dari membazirkan harta. Sewaktu reputasi tinggi, dia semakin tawaduk. Sewaktu kedudukan meningkat , dihulurkan tangannya untuk mencapai orang yan jatuh di atas tanah. Jika suaminya mempunyai kedudukan yang tinggi, ditariknya supaya merendahkan diri. Jika suaminya muflis, dia melayannya seperti orang yang paling kaya dimuka bumi.”

Pemuda itu berkata ” Mustahil aku mendapat isteri seperti itu!”


Mustafa Amin menjawab :-

“Setiap Wanita yang benar-benar mencintaimu dapat bersikap seperti isteri ideal seperti apa yang kamu inginkan, jika dia benar-benar mencintaimu!”

Demikian paparan Mustafa Amin. Sesungguhnya, beliau ingin meyakinkan pada pemuda itu bahawa dia boleh mendapatkan isteri yang ideal, apabila isteri itu mencintainya. Ini kerana orang yang cintanya sejati, pada hakikatnya , tidak akan derhaka pada kekasih yang dicintainya. Dia akan selalu melaksanakan apa yang diinginkan kekasihnya. Jika dia mengaku mencintainya tetapi sifat, dan perilakunya sering kali membuatkan hati orang yang dicintainya sedih, maka sesungguhnya dia tidak mencintainya. Dia mencintai kekasihnya hanya pada mulutnya sahaja , bukan mencintai secara tulus.


Muhammad Iqbal, pujangga sufi dan ahli falsafah Islam , bersyair :-

Apabila diri menjadi kuat dengan cinta

Kuasanya Menguasai seluruh dunia

Langit yang menghiasi angkasa dengan bintang

Mencantas putik ini dari dahan diri

Tanganya menjadi tangan Tuhan

Bulan terbelah dengan jari-jemarinya

Dialah penimbang tara pada semua sengketa dunia


Itulah rahsia cinta. Cinta menjadikan yang jauh menjadi dekat, yang berat menjadi ringan dan yang pahit menjadi manis. Sebaliknya, Kebencian menjadikan yang dekat menjadi jauh, yang ringan menjadi berat dan yang manis menjadi pahit.

14 May, 2011

Mengemas Rumah..fuuhh penatnye.. :D



Salam....huh penatnya...

Pagini sy berada di Kuala Kangsar...smlm pulang bersama pakcik di Sungai Buloh...

Pagi ni bangun, kemas2 dapur di rumah mak di Lubuk Merbau...cuci dapur..moping dll...penatnya...berpeluh2 sy...dh lm x buat kerja mengemas dapur...huhu mmg benarlah kata org jadi suri rumah lbh penat sebenarnya...

Pastu pergi umah mak di sebelah masjid Talang...mengemas pula umah....mengemas taman, pasu2 bunga dan buang sume dahan-dahan kering...fuuuhhhh penatnya yg teramat...lbh penat drpd jogging...berpeluh2 angkat bata dan pasu2 bunga....rasa mcm dh buruh binaan jap..haha :p whatever ...

Cuti 2 hari di kampung ni akan dimanfaatkan sepenuhnya...harus spend dis quality time dgn aktiviti yg berfaedah...fuuuhhh...

Tgh hari nk pg ke Taiping jap..ke pasar TAiping nk beli ikan, ayam dan sayur di sn...Taiping ni best juga sbb dia punya pasar macam kat Chow Kit Road...

Murah2 dan fresh2 semuanya...

Okalah till then...nk mandi jap slps penat mengemas taman2 bunga...

:)

11 May, 2011

Zeeraa oh zeeera


Hari ni first time hantar Zeeraa pergi ke nursery...

Umienye x leh hantar Zeera pg ke nursery sbb pukul 6dh nk bertolak drpd Putrajaya pergi kerja ke Hospital Ampang...

Sementara walidnya pula kene oustation sampai Jumaat ni...

Yahoo yeay merasa sekejap jadi ibu hantar anak2 ke nursery...

Hopefully masa saya akan ada juga utk bertemu dgn jodoh yg baik..mudah-mudahan..amin...

::Suka budak2 n suka tgk mereka membesar di dpn mata::

Semoga Zeera menjadi anak yg solehah..amin...

Muahhh sayang...

10 May, 2011

During My Twin Kawin..



Masa ni berat cuma dalam 43-45kg..kalau x salah, 43kg rasanya..haha skang dah berganda2..macam mana ni mak...takutnya bila berat badan naik mendadak..takmo takmo takmo camtu ye Shhefahh...

Persiapan Kenduri Aqiqah Utk Anak2 Sedare.. :)

0



Tiada apa yang boleh dilakukan hanya menolong apa yang patut... :) dh lama tiada kenduri di Kuala... penatnye...

Realized so many things sejak akhir-akhir ini..



Tak semua yg kita ada akan menjadi hak milik kita...

Btw since kerja banyak perkara sy cuba related kan dengan pesanan orang di sekeliling...

Ada banyak perkara yg terjadi pada sy dalam 3 thn ni sgt related dgn kehidupan sy sendiri...

Cth..

1: Kejayaan yg kita ada hr ni x semestinya kekal kalau kita malas...

2: Harta-harta kita yang kita miliki hari ni x semestinya akan sentiasa ada...cth, pergi kerja tetiba accident, kereta totally lost, dah x boleh pakai...naik moto jerlah pastu pg kerja...(haha yg ni hanya imaginasi but hopefully x jd betul la)

3: Sahabat-sahabat yang ada hari ni..mungkin esok lusa hilang entah ke mana...ada yg pergi selama-lamanya mengadap Illahi...

4: Kesihatan pun begitu...hari ni mungkin kita boleh berbangga kerana mempunyai kesihatan yg baik...bercakap besar..ego dll...tp sekali Allah tarik nikmat tu, dah duduk atas wheel chair...

5: (sambung sendiri) ... hehe malas nk nulis sebenarnya...

Fikirlah mn yg terbaik...kalau kita hidup asyik nk membanggakan diri...apa yg kita ada...apa yg kita boleh buat dll....atau kita pandai ke blajar sampai ada master n phd..tp kalau idup ni nk menyakitkan hati org lain...x perlulah sampai macamtu sekali...

Apa faedahnya mengherdik orang? seolah-olah dia saja yg betul...

Apa faedahnya kita buat orang menangis? bila dia diaibkan dihadapan orang ramai...

Apa faedahnya kita riak dengan apa yang kita ada? sedangkan bila tidur malam, kita asyik fikir jalan macam mana hendak settle hutang di sekeliling pinggang...

Apa faedahnya? Apa faedahnya? Apa faedahnya kita membesarkan diri untuk post di blog menceritakan segala-gala rahsia rumah tangga kononnya rumah tangga berasa aman sedangkan rumah tangga sebenarnya seperti air yang berkocak-kocak di dalam kolah...

Haha spesis ni ramai ada pada kalangan wanita bekerjaya...rasa diri dia je betul....haha sy sendiri perasan perkara ni berlaku kepada kawan2 yg suka menunjuk2 rumah dia besar..dapat itu dapat ini daripada husband, mak mertua dll..haha walhal umah tangga berkocak2...(grggg dengar sajalah bila org bercakap besarni, nyampuk skit pun idak)...

haihaihai umah tangga berkocak2 ? peribahasa mana saya petik ni..haha whatever...membayangkan semua ini adalah palsu ekoran saya kerap kali ditipu oleh org sekeliling....hati-hatilah apabila nak menipu ada umah besar sama sekali pun...sbb sy journalist yg jenis menyiasat...

Malu sgt kah mengaku yg sebenarnya ada umah kecik je? jatuh ke maruah ngaku yg kita ni hanya ada kete kecik je? x faham org2 yg camni yg idup suka menipu je kejenya...peribahasa ada mengatakn sekali kamu menipu...Kamu akan terus menipu...cukup-cukuplah menipu tu....

Sy x perlu pandang kemewahan harta benda yg ada pd kamu...sy hanya perlu pandang pd jiwa yg besar yg suka membantu org di sekeliling dan x membanggakan diri .. huhu whateverlah... malas nk layan org yg suke ckp besar.. :p bye2 makcik2 sume yg suke membanggakan diri..haha kesian..