Lulur adalah sangat sinonim dgn diriku...setiap kali mandi pasti buat lulur satu badan ni...haha pening orang yang seterusnya nak mandi kalau di kampung la...kalau di rumah Shah Alam ni..sy duk menyewa master room..jadi dlm master room ada toilet...so, takderlah sy menyusahkan org kalau mandi lama-lama pun...
Kenapa perlu melulur badan sekali sekurang-kurangnya setiap hari?
Memang agak sukar hendak melulur badan apatah lagi sekiranya kita ni adalah orang yang jenis bz lah yang teramat..mandi pun nk cepat..itu contohlah...
Lulur badan penting untuk hilangkan daki2 ...
Melulur Membersihkan Kotoran Sekeliling Badan:
טּ Memutih dan Menghaluskan kulit badanr
טּ Mencegah Bintik-Bintik Hitam
טּ Melicinkan Kulit Badan
טּ Memberi Kelembapan & Menyegarkan Kulit Badan
Kebanyakan kita melulur badan apabila hendak menghampiri hari perkahwinan sahaja...hehe itu pun kira ok daripada langsung yg x pernah melulur...
Yang sebenarnya lulur ni adalah lebih baik dibuat setiap hari...tambahan sekarang di pasaran, barangan lulur banyak dijual dengan harga yang murah...dalam rm20-30 satu bekas boleh tahan sebulan...malah bahan lulur ni juga boleh dibuat sendiri kalau rajin...
Asas melulur ini sangat mudah..
Pertama kita mandi dulu macam biasa...sabun badan macam biasa...jirus badan dengan air biasa..pas lap badan baru sapulah lulur di mana tempat yang rasa nk lulur...
Selalunya lebih baik melulur di seluruh badan walaupun memang susah nak buat kalau tanpa bantuan kawan...perlu diingat kalau menggunakan lulur scrub...harus rajin2 skit gosok2...scrub ni ada macam2 jenis...ada yang berbiji dan ada yg jenis masker...
Kalau yg scrub berbiji2 tu skit lebih eloklah digosok2kan...dan kalau yang jenis masker..lebih elok diseratakan ke seluruh badan dengan lembut...sambil melakukan beberapa urutan ...
Selepas dalam 15minit tu...cucilah badan selepas dah melulur ... dari hari ke hari sy lakukan, sy dapati ianya berkesan....
Setakatni bila pergi interview orang, dah dua Doktor Perubatan menegur kulit sy nampak halus sangat ... masa tgh2 makan dengan doktor ni, selalunya bahagian tangan ni memang akan terdedah sebab kene pegang sudu n garpu...
Mungkin doktor2 ni tegur kulit halus sbb mereka terpandang kulit tgn sy. kot...rahsianya x lain doktor, cuma sy kerap melulur satu badan ni termasuk tgn2 dan kaki semua....hehe :D
Jadi kepada kaum wanita di luar sana...marilah kita kerap melulur ... melulur dpt membuatkan kulit lebih nampak sihat..insyaallah...dlm masa yg sama, aroma lulur ni dapat membuatkan kita rasa sedikit tenang...ada macam2 jenis aroma...ada lavender..ada koko..ada green tea haha tp sy lbh suka strawberry...aromannya memang sgt best... :D haha kdg2 rasa dah macam badan ni buah strawberry pulak...ok enough bergurau..haha .. :D
So, mulakan hari ini dengan melulur... :) Selamat mencuba... :D
No comments:
Post a Comment