16 May, 2011

Wanita...

Seorang pemuda bertanyakan pada penulis kolum Mustafa Amin :-

“Wanita bagaimanakah yang harus dikawini? Adakah dia harus berkahwin dengan perempuan berpelajaran, yang menguasai banyak bahasa asing, agar dia dapat menemani melancong ke Eropah atau Amerika? Atau wanita cantik dan menarik yang akan mendampinginya dalam pesta pertemuaan yang disinari berbagai lampu? atau wanita yang bekerja sehingga memahami makna kerja dan mengambil berat kepayahan, kesukaran serta hanyut dalam kerjanya? Atau wanita yang dapat menjadikan rumahnya syurga, tempat berehat dari kesengsaraaa daripada bekerja terus menerus?”


Mustafa Amin menjawab :-

“Kamu perlu berkahwin dengan seorang wanita yang memiliki beberapa sifat. Wanita yang kamu kahwini haruslah bagaikan tongkat yang dapat kamu gunakan ketika kamu mendaki gunung. Ataupun, bagai payung yang dapat kamu gunakan untuk melindungi kepalamu dari hujan dalam bahtera kehidupan.”

“Kamu memerlukan lampu yang dapat menerangimu ketika berjalan dalam gelap, kompas yang dapat kamu jadikan pedoman arah kebingungan, Dia adalah umpama almari yang selalu bersedia menyimpan rahsiamu, enjin yang dapat mengendalikan perjalananmu sehingga bersemangat membara dan kuat keika menghadapi serangan lawan, ubat kepala ketika kamu pening, suara merdu yang dapat mendodoikanmu agar matamu dapat terpejam ketika hendak tidur, sapu tangan untuk mengusap air matamu dan mengeringkan keringatmu ketika kamu penat, pembalut yang dapat merawat lukamu, penawar yang dapat menghalang sampainya hiruk pikuk ke telingamu. Dia adalah teman berunding dalam merundingkan masalah yang kamu hadapi. Jika kamu mencari orang bijak untuk menyelesaikan masalahmu, kamu dapati dia dalam pelukkanmu. Jika kamu memerlukan teman , dia adalah sahabat setiamu. Dan jika kamu kehilangan ibu, kamu dapati pada isterimu kasih sayang yang melimpah ruah seperti kasih sayang ibumu. Serta, dia rela berkorban dan berjuang bersamamu.”

“Lelaki biasa hanya memerlukan wanita yang biasa. Tetapi lelaki yang bertuah, bermakna lelaki yang luar biasa sehingga memerlukan wanita yang luar biasa juga. Dia sanggup memikul beban melebihi wnaita biasa, yang lebih sabar daripada Nabi Ayub a.s, yang tegar bak gunung, yang menjadi tiang penyokong lelaki yang fakir hati dan akalnya.”

“Dia yang dapat mengembalikan harapanmu ketika kamu sedang berputus asa. Dia yang dapat membangkitkan semangat dan kemantapan hatimu ketika kamu sednag bergolak. Dia yang dapat membuatmu tersenyum ketika kamu tidak tersenyum. Dia yang penyantun ketika kamu terhimpit. Dia yang dapat bergaul sesama manusia dengan baik, sedangkan dia sedang berkuasa bagai ratu dn menahan diri dari membazirkan harta. Sewaktu reputasi tinggi, dia semakin tawaduk. Sewaktu kedudukan meningkat , dihulurkan tangannya untuk mencapai orang yan jatuh di atas tanah. Jika suaminya mempunyai kedudukan yang tinggi, ditariknya supaya merendahkan diri. Jika suaminya muflis, dia melayannya seperti orang yang paling kaya dimuka bumi.”

Pemuda itu berkata ” Mustahil aku mendapat isteri seperti itu!”


Mustafa Amin menjawab :-

“Setiap Wanita yang benar-benar mencintaimu dapat bersikap seperti isteri ideal seperti apa yang kamu inginkan, jika dia benar-benar mencintaimu!”

Demikian paparan Mustafa Amin. Sesungguhnya, beliau ingin meyakinkan pada pemuda itu bahawa dia boleh mendapatkan isteri yang ideal, apabila isteri itu mencintainya. Ini kerana orang yang cintanya sejati, pada hakikatnya , tidak akan derhaka pada kekasih yang dicintainya. Dia akan selalu melaksanakan apa yang diinginkan kekasihnya. Jika dia mengaku mencintainya tetapi sifat, dan perilakunya sering kali membuatkan hati orang yang dicintainya sedih, maka sesungguhnya dia tidak mencintainya. Dia mencintai kekasihnya hanya pada mulutnya sahaja , bukan mencintai secara tulus.


Muhammad Iqbal, pujangga sufi dan ahli falsafah Islam , bersyair :-

Apabila diri menjadi kuat dengan cinta

Kuasanya Menguasai seluruh dunia

Langit yang menghiasi angkasa dengan bintang

Mencantas putik ini dari dahan diri

Tanganya menjadi tangan Tuhan

Bulan terbelah dengan jari-jemarinya

Dialah penimbang tara pada semua sengketa dunia


Itulah rahsia cinta. Cinta menjadikan yang jauh menjadi dekat, yang berat menjadi ringan dan yang pahit menjadi manis. Sebaliknya, Kebencian menjadikan yang dekat menjadi jauh, yang ringan menjadi berat dan yang manis menjadi pahit.

No comments:

Post a Comment