30 May, 2011

Orang Asal @ Orang Asli...

Baru sampai Shah Alam...hari ni bertolak lambat coz byk perkara perlu diselesaikan tadi di kampung....

Saya ingat hujung minggu ni nak beristirehat di Shah Alam pula...almost 2 months ni setiap minggu saya balik kampung...harap-harap dis week tiada apa-apa yang berlaku di kampung...

Saya berharap abah semakin sihat dll...berharap opah juga sihat...Ya Allah..berikanlah mereka kesihatan yang baik...amin...
----------------------------------------------------------------------------------

Esok Isnin...seperti biasa saya agak bz skit...perlu buat voice over untuk skrip..lepastu macam biasa perlu cari contacts baru untuk diwawancara...

Saya berharap this week dapat temuduga Cik Tijah Yok Chopil, wakil NGO Orang Asal..dah lama saya follow up dengan dia tetapi tiada jawapan...

Dulu semasa saya bekerja dengan newspaper, pernah sekali saya interview Cik Tijah...


Banyak isu kami bicarakan mengenai hak-hak orang asal...
Antara isu berbangkit ialah:

a)Menegaskan bantahan masyarakat Orang Asli terhadap Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli yang telah diluluskan oleh Majlis Tanah Negara pada 4 Disember 2009.

b)Menuntut pengiktirafan wilayah adat Orang Asli sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat Orang Asli.

BANTAHAN

Kebanyakan Orang Asli@Orang Asal di negara ini membantah sekeras-kerasnya Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli kerana:

1. Dasar ini digubal dan diluluskan tanpa berunding terlebih dahulu dengan masyarakat Orang Asli.

2. Dasar ini tidak menurut intipati dan niat ikhlas gagasan 1 Malaysia yang menitikberatkan kepelbagaian kebudayaan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Tanpa tanah adat, kebudayaan Orang Asli yang dibanggakan sebagai satu aset dan keistimewaan masyarakat Malaysia menurut konsep 1 Malaysia akan lupus sama sekali.

Justeru, dasar ini tidak menepati Wawasan 2020 yang mengutamakan kebebasan untuk mengamalkan budaya masing-masing.

3. Dasar ini bercanggah dengan kebebasan asas penduduk Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan khususnya artikel-artikel 5 (hak untuk hidup), 8 (Kesamarataan di sisi undang-undang)dan 13 (hak kepada harta benda).

4. Dasar ini digubal dengan tidak mengikut artikel-artikel yang termaktub di dalam UNDRIP yang telah dipersetujui sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia sebanyak dua kali tanpa sebarang pertikaian, iaitu ketika Majlis Hak Asasi dan Perhimpunan Agung pada tahun 2007 bertempat di New York.

5.Dasar ini langsung tidak menghormati hak dan sensitiviti masyarakat Orang Asli sebagai satu kaum yang memiliki keunikan dan identiti yang tersendiri (distinct).

6. Dalam dasar ini, setiap penegasan yang diberi terhadap mana-mana perkara yang disentuh jelas menjurus kepada penghapusan hak asasi Orang Asli sebagai orang asal di negara ini.

Orang Asli bukan saja dinafkan hak untuk menentukan apakah jenis pengiktirafan tanah serta bentuk pengunaannya yang mereka mahu tetapi hak Orang Asli ke atas harta benda, amalan adat budaya dan kepercayaan, mahupun maruah Orang Asli itu sendiri juga turut dicabuli dan ini merupakan sesuatu yang memeranjatkan, Orang Asli dilarang daripada membuat sebarang tuntutan di mahkamah mengenai hak tanah mereka.

7. Dasar ini tidak memaparkan kesedaran dipihak Kerajaan bahawa kawasan atau wilayah adat yang dituntut oleh Orang Asli selama ini adalah apa yang telah dimiliki dan diwarisi semenjak berkurun-kurun dan dari nenek moyang kami, bukannya sesuatu kawasan atau wilayah adat yang baru. Disebaliknya, dasar ini, seolah-olah memberi gambaran bahawa Orang Asli memohon tanah baru yang mereka belum pernah duduki. Sesungguhnya perkara ini amat kami kesali.

8. Dasar ini menafikan pengiktirafan sekurang-kurangnya 64 peratus daripada wilayah adat Orang Asli memandangkan ia hanya tertumpu kepada Rizab Orang Asli dan Kawasan Orang Asli yang telah dilulus untuk diwartakan sebagai Rizab Orang Asli yang mana, buat masa ini merangkumi hanya 15 peratus sahaja daripada keseluruhan wilayah adat Orang Asli.

Sesungguhnya ini bukan sahaja sesuatu penganiayaan terhadap Orang Asli tetapi ia merupakan penafian bahawa Orang Asli adalah orang asal Semenanjung Malaysia.

9. Dasar ini meletakan syarat bahawa pembangunan tanah Orang Asli hendaklah dilaksanakan oleh pemaju. Pengalaman Orang Asli dalam pembangunan tanah sedemikian seperti tanam semula komersial (TSK) rancangan pengumpulan semula (RPS) dan penyusunan semula kampung (PSK)] menunjukan ia tidak mendatangkan keuntungkan kepada Orang Asli, malah membebankan mereka dengan hutang lantaran memburukkan lagi kedudukan ekonomi mereka. Yang meraih faedah ialah pemaju.

Bagi Orang Asli ada beberapa perkara yang ingin dijelaskan kepada PM berkenaan perkara-perkara asas berkaitan dengan konsep serta pengurusan tradisional wilayah adat Orang Asli.

1.Zaman berzaman setiap kumpulan Orang Asli tidak kira sukukaumnya, mengamalkan kehidupan satu kumpulan satu wilayah adat samada di darat, di tasik atau di laut. Setiap wilayah adat ini hanya ditadbir, diurus dan digunapakai mengikut adat istiadat kumpulan Orang Asli tersebut.

2.Pentadbiran dan pengurusan setiap wilayah adat yang diamalkan oleh setiap kumpulan Orang Asli adalah amat jelas dan sistematik. Ini adalah kerana setiap ruang wilayah adat ditadbir dan diurus berpandukan kepada guna tanah dan kepentingannya, yang diputuskan dengan mengambilkira persetujuan semua penduduk setempat dan juga keseimbangan ekologi alam dan jaminan penggunaan yang berkesinambungan.

3.Setiap wilayah adat mempunyai pemecahan guna tanah yang berlainan mengikut amalan tradisi kumpulan Orang Asli masing-masing. Lazimnya, pemecahan guna tanah tersebut dibahagi kepada hampir 20 bahagian iaitu:

i. Kawasan penempatan.
ii. kawasan tadahan air
iii. kawasan suci
iv. kawasan perkuburan
v. kawasan menanam padi
vi. kawasan menanam ubi kayu dan sayuran
vii. kawasan air bertakung/tasek tempat pembiakan ikan untuk memancing
viii. kawasan lembab, berpaya tempat pembiakan hidupan dalam air terutamanya spesis labi-labi, kura-kura dan ikan limbat
ix. kawasan perburuan
x. kawasan jenis tumbuhan untuk upacara ritual/tradisi
xi. kawasan sumber peralatan untuk membina rumah
xii. kawasan herba
xiii. kawasan denai
xiv. kawasan sayur-sayuran tradisi dan ulam-ulaman
xv. kawasan tanaman kontan
xvi. kawasan dusun lama warisan nenek moyang
xvii. kawasan untuk kesenian(kraftangan, peralatan musik)
xviii. kawasan riadah
xix. kawasan melakik (hutan yang hampir menjadi hutan dara)
xx. kawasan jeres ( hutan dara/stok sumber), Kesemua bahagian guna tanah ini adalah amat penting bagi setiap komuniti Orang Asli setempat.

4.Setiap individu dalam kumpulan Orang Asli setempat amat jelas dengan kawasan-kawasan ini serta sempadannya.

Malah, sempadan diantara wilayah yang dimiliki kumpulan berlainan juga dikenali dengan jelas.

Ini adalah sebab setiap sempadan wilayah adat itu ditetapkan dengan berpandukan bukti-bukti kukuh daripada tanda-tanda alam, lagenda dan fakta-fakta sejarah lisan Orang Asli. Untuk mengukuhkan lagi gambaran wilayah adat ini, masyarakat Orang Asli setempat kini telah membuat pemetaan komuniti secara berdikari menggunakan kaedah, peralatan dan teknolagi moden seperti Global Positioning System (GPS) dan Global Information system (GIS).

5. Wilayah adat ini samada di darat, di tasik, di laut dan ruang udara hanya boleh dimiliki, diurus dan ditadbir oleh kumpulan Orang Asli setempat mengikut adat mereka.

Amalan ini menjamin hak asasi semua golongan setempat, baik lelaki, perempuan, remaja mahupun kanak-kanak terus terjamin dan terpelihara. Ia tidak memandang atau mengambilkira kepentingan ketua isi rumah sahaja. Malah, amalan ini menjamin masa depan kaum lelaki dan perempuan sekiranya berlaku sebarang perceraian. Ini adalah kerana mereka boleh kembali ke kampung asal di wilayah adat mereka untuk membina kehidupan baru tanpa sebarang sekatan.

6.Sistem pentadbiran dan pengurusan wilayah adat yang kami amalkan ini telah menjadikan Orang Asli sebagai satu masyarakat yang tabah, berdikari dan menghormati apa yang menjadi hak orang lain.

Fikirkan sejenak apa akan jadi sekiranya dasar ini diteruskan oleh kerajaan???

Jangkaaan atau kebarangkalian masalah yang akan timbul ialah:

1.Sistem pemilikan, pengurusan dan pengunaan wilayah adat tradisional Orang Asli seperti diterangkan di atas akan terhapus memandangkan ia berbeza dengan sistem yang dijurus di bawah Dasar ini. Lantaran itu, segala institusi, amalan serta proses yang berkaitan dengan sistem itu, termasuk proses pembentukan sosial Orang Asli akan lenyap.

2.Sistem hidup secara komunal yang diamalkan oleh Orang Asli sekarang serta faedah-faedah yang dinikmati dari sistem ini, seperti perkongsian sumber-sumber yang terdapat di wilayah adat dan etika dan amalan bermufakat dan berkerjasama dalam perlaksanaan aktiviti-aktiviti setempat yang penting bagi penerusan survival kami akan terhapus memandangkan Dasar ini cenderong kepada corak penghidupan secara individualistik.

3.Sebagaimana diterangkan di atas, Orang Asli akan dibebankan dengan hutang, lantaran memburukan lagi kedudukan ekonomi mereka.

4.Ketegangan dan sengketa akan timbul dalam kalangan Orang Asli atas sebab Dasar ini membolehkan sesebuah komuniti Orang Asli dipindahkan dari wilayah adat mereka sendiri ke wilayah adat yang dimiliki oleh komuniti Orang Asli yang lain. Bagi Orang Asli, perbuatan sedemikian merupakan pencerobohan wilayah adat dan amat ditegah di bawah sistem pemilikan, pengurusan dan pengunaan wilayah adat Orang Asli.

5.Ketegangan dan sengketa juga akan timbul dikalangan komuniti Orang Asli setempat akibat kesan syarat menghadkan keluasan tanah yang akan diberimilik pada nisbah tertentu sahaja. Orang Asli yang mempunyai tanah yang mana keluasannya mengatasi nisbah yang ditetapkan hendaklah melepaskan bahagian yang selebihnya itu untuk diberi kepada orang lain. Mereka pastinya akan terasa tanah mereka dirampas, lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah mengusahakan tanah yang terpaksa dilepaskan itu. Untuk memburukan lagi keadaan, Dasar ini tidak membenarkan tuntutan pampasan dibuat bagi tanah yang hilang itu.

6.Oleh sebab dasar ini membolehkan Orang Asli dipindahkan atau diusir dari wilayah adat mereka, adat budaya, sejarah, legenda, pengetahuan dan kemahiran tradisi mereka yang sememangya berkait rapat dengan wilayah adat mereka dan merupakan asas kepada jatidiri Orang Asli, akan lenyap untuk selama-selamanya. Dan apabila ini berlaku, istilah Orang Asli itu sudah tidak memberi erti lagi. Kerajaan, akibat perlaksanaan Dasar ini, boleh dilihat seolah-olah mengamalkan polisi penghapusan etnik Orang Asli di Malaysia.

TUNTUTAN

1. Berasaskan huraian di atas, Orang Asli menuntut Kerajaan :-

a) Memansuhkan Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli yang diluluskan oleh Majlis Tanah Negara pada 4 Disember, 2009 yang lepas.

b) Mengiktirafkan hak wilayah adat Orang Asli samada di darat, di tasik, di pulau-pulau, di tanah paya (ramsa) atau di laut secara pewartaan sebagai Rizab Orang Asli. Pewartaan tersebut hendaklah diasaskan kepada :-

1. Cadangan pindaan Akta Orang Asli (Akta 134) yang dimuatkan dalam Memorandum yang diserahkan oleh Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah pada 7 Ogos, 2005, yang mana sesalinan disertakan di sini sebagai Lampiran 2. Cadangan pindaan Akta 134 tersebut hendaklah diluluskan.

2. Syarat Pengiktirafan Wilayah Adat Orang Asli secara Pemberimilikan Tanah yang mana sesalinannya disertakan di sini sebagai lampiran 3. Syarat-syarat tersebut hendaklah dimasukan dan diterima sebagai dasar penting dalam memberikan pengiktirafan kepada Wilayah Tanah Adat Orang Asli.

3. Draf Akta Perizapan Tanah Orang Asli yang telah diserahkan oleh Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 30 April 2000 yang mana sesalinan disertakan di sini sebagai Lampiran 4. Deraf Akta tersebut hendaklah diluluskan.

4. Deklarasi Hak Asasi Orang Orang Asal Antarabangsa oleh Bangsa-Bangsa Bersatu yang mana sesalinan disertakan disini sebagai lampiran 5.

5. Kepentingan semua golongan Orang Asli dan juga kesinambungan adat budaya, sejarah, kepercayaan, pengetahuan dan keunikan kami sebagai Orang Asli diambilkira.

c) Pengiktirafan wilayah adat Orang Asli secara pemberimilikan tanah hanya boleh dibuat sekiranya diminta atau dipersetujui oleh komuniti-komuniti Orang Asli berkenaan dan hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di bawah Lampiran 3.

d) Mengembalikan/menggantikan atau dalam alternatif memberi pampasan sewajarnya, mana-mana wilayah adat atau bahagiannya yang telah diambil oleh Kerajaan bagi pewartaan sebagai Rizab Melayu atau telah dilupuskan oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada mana-mana badan berkanun, syarikat, organisasi, pertubuhan, individu dan sebagainya.

e) Membatalkan Rizab Perhutanan, Rizab Tadahan Air, Rizab Perhilitan, Tapak Ramsar, dan sebagainya sekiranya terdapat pertindihan dengan wilayah adat Orang Asli bagi membolehkan pengiktirafan wilayah adat Orang Asli tersebut, samada secara pewartaan sebagai Rizab Orang Asli atau pemberimilikan tanah atau kedua-duanya sekali, dilaksanakan.

Menurut Tijah lagi, Orang Asli juga menuntut kepada Kerajaan perkara-perkara berikut :-

a) Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan merujuk kepada Memorandum yang telah diserahkan oleh Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah pada 7 Ogos, 2005. Memorandum tersebut disertakan di sini sebagai Lampiran 2.

b) Dilulus dan dilaksanakan cadangan-cadangan yang dimuatkan dalam Memorandum POASM bertarikh 14 April 2009 Kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri. Memorandum tersebut disertakan di sini sebagai Lampiran 4.

c) Menghentikan dengan segera sebarang tindakan Kerajaan yang menggambarkan bahawa Orang Asli tidak dilindungi oleh undang-undang berasaskan Fasal 8 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kesamarataan hak untuk semua warganegara dan Fasal 13 yang memberi jaminan pembayaran pampasan yang mencukupi apabila harta diambil atau digunakan secara paksa.

IMPAK
Pengiktirafan tanah yang merujuk kepada tuntutan-tuntutan di atas akan lebih memberi keadilan kepada masyarakat Orang Asli sekaligus menjamin hubungan baik dan keyakinan masyarakat Orang Asli kepada pihak kerajaan berkesinambungan...

Errghh...saya berharap sangat Cik Tijah Yok Chopil kali ni dah tak tukar nombor telefon...pada pendapat saya, ada banyak perkara perlu dibangkitkan secara berterusan...

Orang Asli atau Orang Asal tidak boleh berputus asa menuntut hak-hak mereka terhadap kerajaan...

Jika mereka disogokkan dengan gula-gula, mereka harus sedar kenikmatan gula-gula tersebut tidak lama...selepas habis dikemam, segala keresahan akan kembali semula jika tiada jalan penyelesaian yang baik untuk Orang Asli...

Cik Tijah Yok Chopil...jika Cik Tijah terbaca luahan hati saya ni...harap-harap Cik Tijah dapat emailkan saya nombor telefon baru Cik Tijah di email saya.. s.azmawati@gmail.com dengan kadar segera...

Saya sudah telefon banyak jabatan Orang Asli untuk mendapatkan nombor telefon baru Cik Tijah tetapi tiada seorang pun yang mempunyai no.baru Cik Tijah...

We have no time to solve dis mess matters dah Cik Tijah...coz time passes too quickly..

Perlu follow up semula permasalahan yang berkait rapat dengan rakyat...(risau) erghhh...

No comments:

Post a Comment