"Although they plan...Allah also plans...and Allah is the best of planners" ~ Surat Al-Anfal: 30
17 June, 2011
15 June, 2011
Ya Allah.. :'(
Ya Allah...hatiku berdebar-debar td...
Sewaktu menunaikan solat zohor...
Tidak pernah ku merasa debaran ini...
Jantungku berdegup laju....ku rasakan seperti ajal mahu mendekatiku...
YA Allah ...aku takut....
Aku hanya hambaMu yang sering melakukan dosa...
Aku hambaMu yang lalai Ya Allah...
Aku takder apa-apa yang istimewa Ya Allah... :'(
Aku hanyalah aku...
Ampunkan aku Ya Allah seandainya beberapa hari ini aku banyak lalai...
Ampunkan aku Ya Allah...
Ampunkan aku....ampunkan aku...
Aku menulis warkah ini dengan hati yang bimbang Ya Allah...
Setiap hari yang ku lalui penuh dengan ujianMu..
Kadang-kadang aku tewas...
Aku akan menangis...menangis dan menangis...
Bila aku berjaya pun..aku akan menangis....
Aku resah tanpaMu Ya Allah...
Ampunilah aku Ya Allah...
Jauhkanlah aku daripada perkara yang melalaikan...
Sibukkanlah aku dengan urusanMu...
Agar aku mendekatiMu Ya Allah...
Agar aku sentiasa berasa selamat dengan peringatan-peringatanMu...
Agar...agar aku ada Kamu bila aku hendak mengadu masalahku...
Ya Allah...pegang hatiku kuat-kuat...:'(
Amin Ya Robbal Alamin... :'(

10 June, 2011
Derhaka Kepada Ibu Bapa???
Derhaka kepada ibu bapa? Perkara kedua yang Allah haramkan ialah menderhakai ibu bapa.….berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa….(Al-An’am : 151
Ayat ini membawa maksud bahawa ibu dan bapa perlu dilayan denga baik semasa mereka tua…mengapa semasa tua? Jawapannya kerana semasa mereka masih muda, anak-anak masih kecil dan tidak mampu menjaga dan melayan mereka.
Tetapi selepas anak-anak menjadi dewasa dan sudah berdikari sementara ibu bapa pula sudah tua, ketika itulah mereka dapat dijaga dan dilayan dengan baik kerana penjagaan dan layanan yang baik itu memerlukan pengorbanan dari sudut kewangan dan sebagainya. Oleh yang demikian berbuat baik dengan ibu bapa hanya dituntut semasa ibu bapa sudah tua. Mengapa anak-anak dituntut berbuat baik dengan ibu bapa? Kerana ibu dan bapalah yang menyebabkan anak-anak lahir ke dunia…mereka berdualah yang memelihara anak semasa kecil…berjaga malam apabila anak sakit…maka sepatutnyalah jasa ibu bapa dibalas apabila mereka berada di penghujung usia…Rasul S.A.W bersabda di dalam sebuah hadis :
“Syurga di bawah tapak kaki ibu”
Jika kita mahu Allah S.W.T memberikan kita balasan yang baik, kita hendaklah memelihara diri dari melakukan perkara yang boleh menimbulkan kemarahan ibubapa. Ada satu peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W, kisah seorang pemuda yang bernama Alqamah. Dia seorang pemuda yang sangat bersungguh sungguh dalam mentaati Allah dengan banyak melakukan solat sunat, puasa sunat dan banyak bersedekah. Suatu hari dia telah jatuh sakit yang teruk lalu isterinya pergi berjumpa dengan Nabi S.A.W dan menceritakan kepada Baginda bahawa suaminya Alqamah sedang nazak.
Nabi pun menghantar beberapa orang sahabat iaitu Ammar, Suhaib dan Bilal untuk mengajarkan kepada Alqamah ucapan syahadah. Apabila sahabat Nabi tadi mengajarkan kalimah syahadah kepada Alqamah, lidahnya kelu tidak dapat menyebut apa yang diajarkan kepadanya. Sahabat-sahabat tadi pun menceritakan keadaan itu kepada Nabi lalu Baginda pun bertanya adakah Alqamah masih ada ibu atau bapa. Kemudian Baginda diberitahu bahawa ibu Alqamah masih hidup dan dia sudah tua lalu Nabi pun mengutus seseorang kepada ibu Alqamah untuk meminta dia datang bertemu Nabi S.A.W sekiranya mampu. Jika tidak mampu, Baginda sendiri akan pergi bertemu dengannya. Setelah pesanan Baginda itu disampaikan kepada ibu Alqamah, dia pun memilih untuk datang bertemu Nabi kerana kedudukan Baginda yang lebih tinggi.
Lalu Ibu Alqamah pun memaut pada tongkatnya lalu berjalan dengan tongkat tersebut untuk bertemu Nabi S.A.W. Apabila sampai dia pun memberi salam kepada nabi dan Baginda pun menjawab salamnya. Nabi pun bersabda kepada ibu Alqamah : “Wahai ibu Alqamah! Bercakap benarlah denganku. Jika kamu berdusta, wahyu Allah memberitahuku kisah sebenar. Bagaimanakah keadaan Alqamah sebelum ini?” Dia pun menjawab : “Alqamah adalah seorang yang banyak solat, banyak puasa dan banyak bersedekah”. Nabi S.A.W bertanya lagi : “Apa pula halnya dengan diri kamu?” Ibu Alqamah menjawab : “Aku marah kepadanya” Nabi bertanya lagi : “Mengapa kamu memarahi dia?” Dia menjawab : “Alqamah telah melebihkan isterinya berbanding aku dan dia menderhakaiku” Nabi pun bersabda : “Sesungguhnya kemarahan ibu Alqamah telah membuatkan lidahnya kelu dari menyebut kalimah syahadah”.
Kemudian Nabi pun bersabda lagi : “Wahai Bilal! Engkau pergi kumpulkan kayu api yang banyak dan bawakan kepadaku”. Arahan Baginda membuatkan ibu Alqamah bertanya kehairanan : “Apa yang hendak Engkau lakukan wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Aku akan membakar Alqamah di hadapanmu” Ibu Alqamah pun berkata :”Aku tidak sanggup melihat Engkau membakar anakku di hadapanku” Nabi berkata kepada Ibu Alqamah: “Wahai Ibu Alqamah! Azab Allah lebih dahsyat dan kekal. Untuk menyelamatkan Alqamah, engkau pohonlah keampunan Allah untuknya dan berilah keredhaan kepadanya. Demi jiwaku ditanganNya…Tidak akan bermanfaatlah segala solat, puasa dan sedekahnya selagi kamu masih memarahinya”.
Ibu Alqamah pun berkata : “Dengan disaksikan Allah S.W.T, para malaikatNya dan semua orang islam yang ada di sini, sesungguhnya aku telah meredhai anakku Alqamah“. Nabi pun menyuruh Bilal pergi melihat keadaan Alqamah adakah dia sudah boleh mengucap syahadah atau tidak. Harapan Baginda moga-moga ibu Alqamah meredhai anaknya dengan kata-kata dan juga hati, bukannya pada mulut sahaja. Apabila Bilal sampai di rumah Alqamah dia mendengar Alqamah sudah boleh menyebut kalimah syahadah.
Alqamah meninggal pada hari itu juga dan Nabi dating menziarahi jenazahnya lalu baginda menyuruh dia dimandi dan dikafankan kemudian Nabi melaksanakan solat jenazah ke atasnya. Baginda juga mengiringi jenazahnya ke perkuburan kemudian Nabi pun berdiri di atas kuburnya dan bersabda :
“Wahai sekalian kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang melebihkan isterinya berbanding ibunya, dia akan mendapat laknat Allah, MalaikatNya dan manusia seluruhnya. Allah tidak akan menerima amal kebajikan yang dilakukannya melainkan dia bertaubat kepada Allah Azza Wajalla. Hendaklah dia berbuat baik kepada ibunya dan mencari keredhaannya. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu begitu juga dengan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu”
Begitulah kita lihat betapa besarnya kedudukan ibubapa di sisi Allah S.W.T. Sesungguhnya menderhaka dan mengundang kemarahan ibubapa merupakan sebahagian daripada dosa-dosa besar yang sepatutnya dielakan oleh orang islam. Demikian adalah untuk mengenang jasa ibubapa dan juga demi keredhaan Allah S.W.T yang menyuruh berbuat baik kepada mereka.
Sambungan…
Perkara ketiga yang Allah haramkan selepas syirik dan menderhakai ibu bapa ialah membunuh anak. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
…dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu Kerana kemiskinan, kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka…(Al-An’am : 151)
Ayat ini disebut dua kali di dalam Al-Quran. Pertama di dalam surah Al-An’am seperti di atas dan kedua di dalam surah Al-Isra’ ayat ke 31 yang bermaksud :
Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu Kerana takut kemiskinan. kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar. (Al-Isra’ : 31)
Sebahagian ahli ilmu mengatakan bahawa kedua-dua ayat tadi bersamaan antara satu sama lain. Tetapi yang sebenarnya adalah tidak sama antara satu sama lain. Ayat di dalam surah Al-An’am berbunyi ….kerana kemiskinan… yang membawa makna kemiskinan itu telah ada. Dalam ayat ini seorang bapa itu sudah miskin dan dengan kedatangan anak baru dia takut kemiskinannya akan bertambah lalu Allah menenangkan hatinya dengan memberi jaminan bahawa rezekinya tidak akan berkurangan sedikit pun dan rezeki anaknya sudah tersedia.
Sementara ayat di dalam surah Al-Isra’ pula berbunyi …kerana takut kemiskinan…. Yang memberi makna kemiskinan itu belum ada lagi. Seorang bapa takut dengan kedatangan anaknya akan menyebabkan kehidupannya yang senang berubah kepada miskin. Akan tetapi ketakutan itu dijawab oleh Allah bahawa janganlah dia takut kerana rezekinya dan anaknya telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan terjamin.
Pengharaman membunuh anak samalah pengharamannya dengan membunuh jiwa yang tidak berdosa. Allah yang menjadikan sang anak dan Allah lah yang menghendaki anak itu hidup di dunia ini. Oleh yang demikian rezekinya sudah terjamin seperti difirmankan Allah di dalam surah Huud ayat 6 yang bermaksud :
Dan tidak ada suatu binatang melata di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya
Mengapa hendak mengkufuri pemberian Allah dengan membunuh anak…Allah sudah menjamin rezeki seorang bapa dan anaknya itu?!
Seterusnya perkara yang Allah haramkan ialah perkara-perkara keji.Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
…dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi… (Al-An’am : 151)
Derhaka Ibu Bapa
Keji bermaksud melampau contohnya zina adalah satu perbuatan melampau begitu juga dengan meminum arak sehinggalah kepada perkara-perkara lain yang termasuk dalam kategori dosa-dosa besar. Dalam ayat ini Allah haramkan perkara yang nampak terlebih dahulu, mengapa? Jawabnya kerana Allah tidak mahu dosa-dosa itu berlaku secara terang terangan sehingga ianya bermaharajalela dan menjadi ikutan di dalam masyarakat….sehingga hilangnya rasa malu. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :
Setiap umatku diampunkan dosanya kecuali orang yang melakukan dosa secara terang terangan...
Kredit to: http://www.mahyuddinwasoh.com/renungan/allah-yang-meletakan-peraturan-hidup-untuk-kita-siri-3-kemaskini/

Pagi Jumaat yang sangat indah....alhamdullilah
Baru dapat msg daripada kawan sepejabat, meeting jam 3.30 petang ni...ada task baru perlu dipikul..hopefully can do the best...mudah-mudahan Allah permudahkan segala niat yang baik hendaknya...amin...
Pagi ni datang pejabat awal...x tahu nak buat apa, buat sedikit research sambil dengar ayat2 suci Al-Quran...rasa tenang sangat bila dengar ayat-ayat suci ni...dalam hati rasa nak menangis sebab memikirkan ajal maut yang datang...semoga pemergianku dalam iman yang terjaga hendaknya...
Sambil-sambil cuba menghafal surah yang panjang sambil kerja ni, rasa sedikit kekurangan...kalau dulu boleh hafal surah yassin dalam masa sekejap je, sekarang saya dah tiada kekuatan tu...memori ingatan semakin lama semakin lemah bila umur sudah meningkat...
Ya Allah Ya Tuhanku...perliharalahku dari segala yang tidak baik...berikanlah aku kekuatan untuk menyelami ayat-ayat suciMu...berikanlah aku ingatan yang kuat...dan permudahkanlah segala urusan yang baik ini Ya Allah...amin...
love you so much... <3 ...="..." br="br">
Daripada hambaMu yang kerdil...3>

09 June, 2011
Bihun Singapore :D pheww utk sayang nanti
Hai sayang..
I tak tahu siapa bakal jodoh i...sebab Allah pun tak bagi apa2 lagi petunjuk untuk menjodohkan kita...
Tapi sayang...dinda di sini tengah sibuk belajar memasak..haha dinda tak berapa terror masak but willing nak belajar seadanya...
Beberapa minggu yang lepas bila balik kampung...mak ada ajar macam mana nak goreng bihun singapore..insyaallah satu hari nanti kalau kita ada jodoh...kanda akan merasa masakan dinda...
Cara-cara nak masak bihun Singapore:
1. bihun secukup rasa nak makan...rendamkan bihun kasi lembut skit...
2. sedikit udang .. sama ada nak pakai udang apa pun terserah...tapi abah kata kat saya masa tengah masak2 hari tu, lebih sedap kalau pakai udang kering...
3. sedikit carrot..
4. sedikit squid..dalam 200gram pun cukup kot..bergantung pada anda sendiri nk macamne masak..
5. minyak masak dalam 3 sudu besar..
6. sedikit garam secukup rasa..
7. sedikit air...
Kemudian bahan2 utk minced:
1.sedikit lada hitam
2.sedikit shallot
4.sedikit garlic..
Kemudian bahan-bahan untuk garnish:
1. telur ommellete n u need to slice thinly ya sayang..hehek :P
2. cili potong sliced it juga ya sayang...
Cara nak masaknya sayang:
1. panaskan minyak dan masukkan minced ingredients tadi..
2. masukkan udang n squid them..
3. masukkan sedikit garam dan air
3. masukkan bihun yang dah direndam tadi n gaul gaul skit..
4. bila dah macam sebati digaul semua bahan tadi...biarkan sekejap bihun tu then boleh angkat dah...
5. nk hias cantik skit, omelette dgn cili potong yang dihiris cantik2 boleh letak atas bihun untuk dihidangkan...haha tapi yang ni dah x cantiklah sebab dah dimakan oleh me la sayang...
Nantilah sayang, kalau dah kahwin nanti...rajin2 kita sama2 membantu di dapur tolong apa yang patut..masak bersama2 lg romantik kot sayang.. :) semoga kita cepat dipertemukan jodoh bersama...amin..

Meh Masak Bersama-sama..
Belek2 album lama..terjumpa masakan lain yang pernah dimasak oleh saya sendiri...
Kuang-kuang rasa nak tergelak pun ada bila tengok masakan ni...saya memasak daging masak kicap dan beberapa lagi lauk-pauk yang lain...
Yang pasti, kakak sulung dan kembar saya melahap makanan ini dengan penuh riang-ria...haha ayat x tahan betul...kerana apa riang-ria? sebab mereka ada maid di dapur tolong masakan untuk mereka dan yang lain-lain...tidak lain tidak bukan..maidnya adalah saya sendiri...haha...kuang kuang kuang... :P
Daging masak kicap ala maid yang diimport khas dari Shah Alam..jeng jeng jeng...
Mula-mula:
hiris apa yang patut...(bawang besar, bawang putih, cabai masak,ubi kentang dan apa2 yg rasa nak dihiris)...haha
pastikan kalau nak sedap..lada hitam jangan diblender..kasi tumbuk dengan lesung anak batu skit...haha ayat x boleh blah...kuangkuangkuang ayat memang x boleh jadi profesional chef sebenarya..huahuahua :P...
Selepas itu, daging yang sudah dihiris mengikut urat2 daging, masukkan ke dalam kuali ... goreng daging sekejap biar sampai daging2 tu semua empuk skit...jangan terlalu banyak taruh minyak sebab daging itu sendiri setelah digoreng pun akan mengeluarkan sedikit minyak...kalau tak percaya boleh test sendiri kepada siapa-siapa yang tak pernah masak..haha :P...
Selepas dah goreng daging tu..asingkan sekejap..then tumis semua barang asas yang dihiris tadi...masuk sedikit kicap pekat, garam sedikit dan siapa yang nak pedas lagi, boleh masukkan cili padi yang dihiris halus2...
Dah macam sebati je sumua bahan asas itu, masukkan daging yang dah digoreng tadi...gaul gaul gaul gaul sampai sebati bersama bahan asas yang dah ditumis tadi...biarkan lama sedikit atas dapur...
Taraaa pas tu boleh hidangkan kepada makcik2 dan pakcik2 yang memang dah lapar kat rumah...haha..deme akan bedal je apa yang kita masak walaupun tak sedap...haha seban deme2 sume tengah lapar..dan deme harus bersyukur sebab ada maid tengah rajin nak masak ketika itu...
Kalau ada suami yang nak marah-marah sebab masak tak sedap ke ape ke..boleh selepas ni suruh mereka masak sendiri pula di dapur...buat sistem barter...haha tengok pula camne suami masak..kalau dia masak sedap, alhamdullilah..kalau dia masak 2x5 dgn kita je...cakap kat dia bersyukurlah ada orang nk masak daripada langsung asyik membeli je kat luar..langsung x merasa air tangan isteri kalau byk sgt membebel...haha sebab kadang-kala lelaki ni terlalu banyak complaint....

Sara Hidup... ???
Assalamualaikum...
Alhamdullilah semuanya agak berjalan lancar bersama segmen 'Sri Kandi' yang ditugaskan kepada saya...selepas ini bermula lagi satu episod baru pada Jumaat ini.... saya dan beberapa team segmen yang lain ditugaskan untuk membuat liputan ke atas segmen baru yang diberi tajuk "Sara Hidup"...
'Sara Hidup' akan merungkai pelbagai masalah yang berkait rapat dengan rakyat ekoran beberapa tekanan dikenakan sejak akhir-akhir ini ke atas harga barang naik...
Insyaallah kami akan merantau ke mana-mana daerah bagi tujuan mengupas permasalahan yang semakin menjelikkan rakyat...
Baru hari ni rakyat dikejutkan lagi dengan kenaikan harga roti...semua ini berlaku berkemungkinan besar sejak kerajaan menaikkan harga bayaran untuk penggunaan tarif elektrik...
Kerajaan memgumumkan pelarasan kadar tarif elektrik sebanyak tujuh peratus atau 2.23 sen/kwj berkuatkuasa 1 Jun lepas...
Ini menjadikan kadar tarif elektrik baru ialah 33.54 sen/kwj berbanding 31.31 sen/kwj yang dinikmati rakyat sebelum ini...
Alasan yang diberikan pelarasan itu perlu dibuat adalah kesan daripada dua komponen iaitu pelarasan harga gas kepada RM13.70/MMBtu daripada RM10.70MMBtu...
Secara tidak langsung, impak kenaikan tarif elektrik ini mungkin menyebabkan banyak pengusaha kilang apa jua barangan selepas ini mengambil keputusan yang sama untuk menaikkan harga barang biarpun bermula dengan kadar kenaikan harga barang sebanyak sepuluh sen...
Jika dalam masa seminggu untuk bulan ini, kenaikan harga barang melonjak tinggi, maka yang menjadi mangsa adalah rakyat...
Rakyat masih dibelit dengan desakan mekanisme subsidi yang tidak dirancang secara baik dan diimplimentasikan kepada rakyat...kesannya pastilah sangat besar kepada rakyat sendiri itu jua...
Semalam sahaja, saya telah membuat beberapa survey secara peribadi melalui laman sesawang sosial berhubung kenaikan harga barang...
Ada rakan-rakan yang sudah mula merungut apabila terdapat beberapa peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga makanan dan minuman...
Dalam konteks ini, siapakah harus dipersalahkan sebenarnya???
Peniaga itu sendiri atau siapa sebenarnya???
Komen ini diambil secara rambang melalui tinjauan yang dibuat ke atas laman sosial facebook:
Komen pertama datang dari seorang rakan yang berada di Taiping, Perak:
1: ader...gerai mkn kt ngan stesen bas xpress kamunting....hari sabtu hr tu pi mkn....ns goreng ayam 1...mee hailam 1....ns goreng kampung 2...air...teh ais 2...milo ais 1...kopi ais 1...carrot susu gelas biase...tembikai gelas biase...tambah yong tau fu RM46.00...
ternganga nk bayar...die kate yong tau fu tu rm13...isi dlm nye...sayur kangkung seikat...fishkeet 1...fish ball 2...pastu ader fishkit yg leper tu....tu jer...heran sampai rm13
Komen kedua datang pula daripada seorang rakan yang bekerja di Ipoh:
1. roti gardenia...sume naik harga..
Daripada tinjauan yang dibuat, saya mendapati rakyat mula sudah terasa sedikit terbeban dengan pelbagai pelaksanaan subsidi yang ditarik semula oleh kerajaan...
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dengan kadar inflasi yang sentiasa membimbangkan rakyat Malaysia, pastinyalah sedikit sebanyak ia mampu memberi pelbagai tekanan kepada rakyat.
Pada penghujung tahun 2010, Consumerkini, Fomca menjelaskan kadar inflasi di Malaysia naik kepada 2.2 peratus, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan...
Kenaikan kadar inflasi itu dikatakan berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010...
Seandainya sejarah mencatatkan kadar kenaikan ini sudah membimbangkan, bagaimanapun ia dilihat masih dipandang sepi oleh kerajaan sendiri...seolah-olah tiada pendekatan yang ikhlas untuk mengurangkan bebanan rakyat ekoran dengan kenaikan banyak harga barang baru-baru ini...
Seperti biasa alasan yang diberikan oleh pihak kerajaan adalah ekoran harga pasaran antarabangsa naik...skrip-skrip seperti ini seolah-olah sudah biasa lekat di bibir pimpinan utama yang tidak mempedulikan nasib yang bakal diselubungi rakyat...
Jadi...apakah peranan kita sebagai rakyat? sebagai pengguna? sebagai orang yang mempunyai hak ke atas hasil-hasil pribumi itu sendiri???
Segmen "Sara Hidup" ini akan merungkai permasalahan rakyat tidak lama lagi..saksikan di www.tvsnews.net"...nantikan siarannya...
best regard,
sharifah :)

01 June, 2011
Erghhh malas nak pikir sebenarnya tetapi terpikir2 juga..
Ntah seharian ni saya banyak fikir sebenarnya...memikirkan soal masa depan yang tak tahu penghujungnya macam mana...
Bukan hanya memikirkan masa depan dari segi kerjaya tetapi turut sama memikirkan bakal suami...
Seorang kawan bertanya kepada saya...ciri apakah yang ada pada lelaki buat you tertarik untuk teruskan hubungan dengan dia???
Ergghhh dalam hati tadi nak jawap ke tak nak...
Akhirnya keluar juga jawapan daripada mulut saya...
"Siapalah saya untuk menetapkan ciri-ciri yang ada pada lelaki itu untuk membuatkan dia memahami saya? Siapalah saya begitu bongkak dan ego mahukan lelaki yang benar-benar serius dalam perhubungan yang ingin dijalinkan dengan saya??""
ERghhh terdiam kawan saya seolah-olah dia tidak memahami apa yang saya hendak sampaikan...
"Kenapa awak tanya saya soalan ni???"...
Dia kata umur saya semakin meningkat takkan seorang pun tiada nak dijadikan teman hidup...
Erghhh saya hanya mendiamkan diri....bukan soalnya memilih tetapi takut peristiwa lama berulang lagi walaupun memang hakikatnya saya sendiri malas nak pikir...
Pernah suatu masa...saya dan rakan-rakan media yang lain membicarakan soal lelaki sewaktu makan...
Akhirnya sebulat suara berkata...
"TAK BOLEHKAH SEORANG LELAKI MENETAPKAN HATINYA PADA SEORANG WANITA SAHAJA???"...
eRGHHH....entahlah kami semua setuju sebenarnya dengan persoalan ini tetapi hakikatnya kami sebagai wanita akan bersedih juga jika lelaki menduakan cinta tanpa sebab yang kukuh...kadang-kala menjadi wanita ini..ada rapuhnya juga hati ini biarpun di hadapan lelaki cuba mengawal emosi dan perasaan terluka...
Kalau tak dapat kawal perasaan..mulalah mereka ni kata wanita suka beremosi...sedangkan...
Haishhh malas nak fikir tetapi terfikir juga... juz ikut flow...ada jodoh, adalah dengan siapa pun....asalkan dua-dua memahami kenapa hidup ini perlu ada matlamat yang jelas???
Insyaallah bila dua-dua ada matlamat yang jelas...soal pergaduhan dalam rumah tangga dapat dikurangkan...kes penceraian x kan banyak berlaku...dan mudah-mudahan dua-dua saling melengkapi kekurangan masing2 dan belajar terima seadanya...
Insyaallah...good nite..
"Ya Allah..hantarkanlah seorang jodoh yang memahami matlamat hidup sebagai hambaMu dengan jelas...jangan Engkau ujiku dengan perkara yang aku sendiri tak boleh pikul..aku lemah Ya Allah...aku x sekuat orang lain walaupun hakikatnya kadang-kala aku cuba menyorokkan perasaan 1001 macam ini...
"Ya Allah....hantarkanlah seorang jodoh kepadaku yang boleh membicarakan tentang agamaMu agar kami tidak lari daripada landasanMu Ya Allah...agar kami selalu memikirkan tentangMu Ya Allah...agar kami saling memperingati yang kesronokan di dunia ini hanyalah bersifat sementara....
"Ya Allah...hantarkanlah aku seorang jodoh yang menitikberatkan soal agama...aku takut Ya Allah diuji dengan perkara yang aku sendiri memang tak mampu pikul...aku tak tahu nak cakap macam mana Ya Allah...seperti apa yang aku faham...sesungguhnya perempuan yang baik, akan bertemu dengan lelaki yang baik...mudah-mudahan jodohku baik...amin...
"Ya Allah...banyak perkara yang ingin ku luahkan padaMu..daripada kecil lagi...kalau aku ada masalah...aku akan menulis kepadaMu...aku sampaikan warkah hati ini dengan hati yang bimbang berdepan denganMu suatu hari nanti...
"Jadikanlah aku perempuan yang baik...didiklah aku YA Allah...aku bimbang Ya Allah banyak perkara..:'(
"Biarlah ketegasan pada diriku ini dapat mendidikku dan suamiku sama-sama menjauhi perkara yang dilarang olehMu...biarlah ketagasan yang ada pada dia dapat mengawal diriku daripada melakukan perkara-perkara yang dilarangMu...amin...
"Ya Allah...semoga dua hari yang lepas..aku bermimpi 2 ekor ular itu dapat diterjemahkan dengan segera...aku dah x nak buang masa Ya Allah...jodohkan kami segera agar kami saling dapat melengkapkan satu sama lain...amin..."

Subscribe to:
Posts (Atom)