09 June, 2011

Meh Masak Bersama-sama..

Belek2 album lama..terjumpa masakan lain yang pernah dimasak oleh saya sendiri...

Kuang-kuang rasa nak tergelak pun ada bila tengok masakan ni...saya memasak daging masak kicap dan beberapa lagi lauk-pauk yang lain...

Yang pasti, kakak sulung dan kembar saya melahap makanan ini dengan penuh riang-ria...haha ayat x tahan betul...kerana apa riang-ria? sebab mereka ada maid di dapur tolong masakan untuk mereka dan yang lain-lain...tidak lain tidak bukan..maidnya adalah saya sendiri...haha...kuang kuang kuang... :P

Daging masak kicap ala maid yang diimport khas dari Shah Alam..jeng jeng jeng...

Mula-mula:

hiris apa yang patut...(bawang besar, bawang putih, cabai masak,ubi kentang dan apa2 yg rasa nak dihiris)...haha

pastikan kalau nak sedap..lada hitam jangan diblender..kasi tumbuk dengan lesung anak batu skit...haha ayat x boleh blah...kuangkuangkuang ayat memang x boleh jadi profesional chef sebenarya..huahuahua :P...

Selepas itu, daging yang sudah dihiris mengikut urat2 daging, masukkan ke dalam kuali ... goreng daging sekejap biar sampai daging2 tu semua empuk skit...jangan terlalu banyak taruh minyak sebab daging itu sendiri setelah digoreng pun akan mengeluarkan sedikit minyak...kalau tak percaya boleh test sendiri kepada siapa-siapa yang tak pernah masak..haha :P...

Selepas dah goreng daging tu..asingkan sekejap..then tumis semua barang asas yang dihiris tadi...masuk sedikit kicap pekat, garam sedikit dan siapa yang nak pedas lagi, boleh masukkan cili padi yang dihiris halus2...

Dah macam sebati je sumua bahan asas itu, masukkan daging yang dah digoreng tadi...gaul gaul gaul gaul sampai sebati bersama bahan asas yang dah ditumis tadi...biarkan lama sedikit atas dapur...

Taraaa pas tu boleh hidangkan kepada makcik2 dan pakcik2 yang memang dah lapar kat rumah...haha..deme akan bedal je apa yang kita masak walaupun tak sedap...haha seban deme2 sume tengah lapar..dan deme harus bersyukur sebab ada maid tengah rajin nak masak ketika itu...


Kalau ada suami yang nak marah-marah sebab masak tak sedap ke ape ke..boleh selepas ni suruh mereka masak sendiri pula di dapur...buat sistem barter...haha tengok pula camne suami masak..kalau dia masak sedap, alhamdullilah..kalau dia masak 2x5 dgn kita je...cakap kat dia bersyukurlah ada orang nk masak daripada langsung asyik membeli je kat luar..langsung x merasa air tangan isteri kalau byk sgt membebel...haha sebab kadang-kala lelaki ni terlalu banyak complaint....

No comments:

Post a Comment