09 June, 2011

Sara Hidup... ???

Assalamualaikum...

Alhamdullilah semuanya agak berjalan lancar bersama segmen 'Sri Kandi' yang ditugaskan kepada saya...selepas ini bermula lagi satu episod baru pada Jumaat ini.... saya dan beberapa team segmen yang lain ditugaskan untuk membuat liputan ke atas segmen baru yang diberi tajuk "Sara Hidup"...

'Sara Hidup' akan merungkai pelbagai masalah yang berkait rapat dengan rakyat ekoran beberapa tekanan dikenakan sejak akhir-akhir ini ke atas harga barang naik...

Insyaallah kami akan merantau ke mana-mana daerah bagi tujuan mengupas permasalahan yang semakin menjelikkan rakyat...

Baru hari ni rakyat dikejutkan lagi dengan kenaikan harga roti...semua ini berlaku berkemungkinan besar sejak kerajaan menaikkan harga bayaran untuk penggunaan tarif elektrik...


Kerajaan memgumumkan pelarasan kadar tarif elektrik sebanyak tujuh peratus atau 2.23 sen/kwj berkuatkuasa 1 Jun lepas...

Ini menjadikan kadar tarif elektrik baru ialah 33.54 sen/kwj berbanding 31.31 sen/kwj yang dinikmati rakyat sebelum ini...

Alasan yang diberikan pelarasan itu perlu dibuat adalah kesan daripada dua komponen iaitu pelarasan harga gas kepada RM13.70/MMBtu daripada RM10.70MMBtu...

Secara tidak langsung, impak kenaikan tarif elektrik ini mungkin menyebabkan banyak pengusaha kilang apa jua barangan selepas ini mengambil keputusan yang sama untuk menaikkan harga barang biarpun bermula dengan kadar kenaikan harga barang sebanyak sepuluh sen...

Jika dalam masa seminggu untuk bulan ini, kenaikan harga barang melonjak tinggi, maka yang menjadi mangsa adalah rakyat...

Rakyat masih dibelit dengan desakan mekanisme subsidi yang tidak dirancang secara baik dan diimplimentasikan kepada rakyat...kesannya pastilah sangat besar kepada rakyat sendiri itu jua...

Semalam sahaja, saya telah membuat beberapa survey secara peribadi melalui laman sesawang sosial berhubung kenaikan harga barang...

Ada rakan-rakan yang sudah mula merungut apabila terdapat beberapa peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga makanan dan minuman...

Dalam konteks ini, siapakah harus dipersalahkan sebenarnya???

Peniaga itu sendiri atau siapa sebenarnya???

Komen ini diambil secara rambang melalui tinjauan yang dibuat ke atas laman sosial facebook:

Komen pertama datang dari seorang rakan yang berada di Taiping, Perak:

1: ader...gerai mkn kt ngan stesen bas xpress kamunting....hari sabtu hr tu pi mkn....ns goreng ayam 1...mee hailam 1....ns goreng kampung 2...air...teh ais 2...milo ais 1...kopi ais 1...carrot susu gelas biase...tembikai gelas biase...tambah yong tau fu RM46.00...

ternganga nk bayar...die kate yong tau fu tu rm13...isi dlm nye...sayur kangkung seikat...fishkeet 1...fish ball 2...pastu ader fishkit yg leper tu....tu jer...heran sampai rm13

Komen kedua datang pula daripada seorang rakan yang bekerja di Ipoh:

1. roti gardenia...sume naik harga..

Daripada tinjauan yang dibuat, saya mendapati rakyat mula sudah terasa sedikit terbeban dengan pelbagai pelaksanaan subsidi yang ditarik semula oleh kerajaan...

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dengan kadar inflasi yang sentiasa membimbangkan rakyat Malaysia, pastinyalah sedikit sebanyak ia mampu memberi pelbagai tekanan kepada rakyat.

Pada penghujung tahun 2010, Consumerkini, Fomca menjelaskan kadar inflasi di Malaysia naik kepada 2.2 peratus, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan...

Kenaikan kadar inflasi itu dikatakan berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010...

Seandainya sejarah mencatatkan kadar kenaikan ini sudah membimbangkan, bagaimanapun ia dilihat masih dipandang sepi oleh kerajaan sendiri...seolah-olah tiada pendekatan yang ikhlas untuk mengurangkan bebanan rakyat ekoran dengan kenaikan banyak harga barang baru-baru ini...

Seperti biasa alasan yang diberikan oleh pihak kerajaan adalah ekoran harga pasaran antarabangsa naik...skrip-skrip seperti ini seolah-olah sudah biasa lekat di bibir pimpinan utama yang tidak mempedulikan nasib yang bakal diselubungi rakyat...

Jadi...apakah peranan kita sebagai rakyat? sebagai pengguna? sebagai orang yang mempunyai hak ke atas hasil-hasil pribumi itu sendiri???

Segmen "Sara Hidup" ini akan merungkai permasalahan rakyat tidak lama lagi..saksikan di www.tvsnews.net"...nantikan siarannya...

best regard,
sharifah :)

No comments:

Post a Comment