Maksiat, ‘Best’ Sangat Ke?
Maksiat Membuatkan Diri Kita Dibenci
Kenapa
bila orang buat baik, dia berani buat terang-terangan? Kenapa bila
orang buat maksiat, dia tak berani buat depan orang? Fitrah! Manusia
senang dengan kebaikan. Benci dengan maksiat.
Ada juga orang yang
berani buat maksiat terang-terangan. Orang lain senang dengannya? Tidak!
Allahpun lebih-lebih lagi tidak senang dengannya.
Berkata Imam Syafie, “Kamu sekalian hendaklah menghindari kebencian kaum
muslimin.” “Bagaimana ia boleh berlaku?” tanya yang lain. “Seseorang
yang melakukan maksiat, Allah akan menumbuhkan rasa benci muslim yang
lain terhadapnya.”
Maksiat Menghalang Masuknya Ilmu Pengatahuan
Imam Malik memberi nasihat yang layak ditulis dengan tinta emas kepada Imam Syafie. Katanya, “Allah telah mencerahkanmu dengan ilmu pengetahuan. Oleh itu, jangan sekali-kali memadamnya dengan kemaksiatan.”
Imam Syafie pernah mengadu kepada gurunya Waki’ tentang sukarnya hafazannya kali ini. Lalu berkata Waki’, “Ilmu itu cahaya dan cahaya tidak menembusi hati yang sedang berbuat maksiat.”
Imam Malik memberi nasihat yang layak ditulis dengan tinta emas kepada Imam Syafie. Katanya, “Allah telah mencerahkanmu dengan ilmu pengetahuan. Oleh itu, jangan sekali-kali memadamnya dengan kemaksiatan.”
Imam Syafie pernah mengadu kepada gurunya Waki’ tentang sukarnya hafazannya kali ini. Lalu berkata Waki’, “Ilmu itu cahaya dan cahaya tidak menembusi hati yang sedang berbuat maksiat.”
Maksiat Menggelapkan Hati dan Wajah
Ibnu Abbas berkata, “ Maksiat menyebabkan kegelapan di wajah dan di hati. Wujud kebencian orang lain terhadap kita, tahap kesihatan badan merosot dan menghadapi kesulitan daripada aspek ekonomi.”
“Sebaliknya, kebajikan akan mencerahkan wajah, menjernihkan hati, akan dikasihi orang lain, ekonomi meningkat dan dimurahkan rezeki.”
Ibnu Abbas berkata, “ Maksiat menyebabkan kegelapan di wajah dan di hati. Wujud kebencian orang lain terhadap kita, tahap kesihatan badan merosot dan menghadapi kesulitan daripada aspek ekonomi.”
“Sebaliknya, kebajikan akan mencerahkan wajah, menjernihkan hati, akan dikasihi orang lain, ekonomi meningkat dan dimurahkan rezeki.”
Allah SWT mengingatkan, “(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah
mematerikan hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan
mereka ada penutupnya, dan bagi mereka pula disediakan azab seksaan yang
amat besar.” (Surah al-Baqarah: 7).
Maksiat Punca Kebinasaan
Mari kita belajar daripada sejarah. Maksiat menjadi punca kebinasaan umat terdahulu.
Iblis diusir dari syurga kerana maksiat.
Kaum Nabi Nuh ditenggelamkan banjir kerana maksiat.
Firaun dan tenteranya dilemaskan ke dalam lautan kerana maksiat.
Kaum Sadom diterbalikkan bumi kerana maksiat homoseksnya.
Kaum Ad dilenyapkan rebut kerana maksiat.
Kaum Bani Israel dimurkai Allah kerana maksiat.
Nabi Muhammad SAW
mengingatkan, “Apabila terjadi maksiat di kalangan umatku, maka Allah
akan memberi azab-Nya untuk semua.” (HR Ahmad).
Allah zalim? Tidak! Kita yang zalim.
“Dan Kami tidak menganiaya mereka, tetapi menganiaya diri sendiri.” (Surah Hud: 101).
Allah yang Maha Adil hanya menjalankan keadilan-Nya. Meletakkan sesuatu
kena pada tempatnya. Yang cintakan maksiat diberikan pembalasan dan
azab.
“Telah
timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut
disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. Moga-moga
mereka kembali.” (Surah al-Rum: 41).
Lazatkah Maksiat?
Habis tu, di mana lazatnya maksiat hingga ramai orang tertambat?
Lupa tentang akhirat!
Itulah penyebab. Berkata Ibnul Qayyim al-Jauziah, “Anda akan mendapat
murka Allah SWT sebab berbangga dengan maksiat dan sambil lewa terhadap
malaikat yang menyaksikan dan mencatat kelakuan buruk anda.”
Kita semua tidak maksum.
Tidak terlepas daripada melakukan maksiat atau derhaka kepada Allah.
Samada besar atau kecil. Dosa-dosa kecil yang kita biasakan boleh
membesar menjadi maksiat yang sangat dimurkai. Ia boleh membinasakan.
Di sekeliling, terlalu
banyak potensi maksiat yang berkemungkinan telah kita lakukan. Firman
Allah SWT, “Semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu
dengan lidah kamu, dan mengatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang
kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah tentangnya, dan kamu pula
menyangka itu hanya perkara kecil, padahal di sisi hukum Allah, ianya
adalah perkara yang besar dosanya.” (Surah al-Nur: 15).
Astargfirullahal azhim.
Apa yang terdaya, jadikan munajat dan ‘istighfar’ itu satu ulam harian
yang wajib diamalkan. Sudikah Allah menerima taubat kita? Hmm, kalau
kita fikir Allah tidak sudi mengampuni, bukankah fikiran itu hanya akan
membebani diri? Yakinlah, Dia Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat.
Carilah Kemuliaan dengan Taat, Bukan dengan Maksiat
Mungkin
masih ada di kalangan kita yang sengaja menambat dirinya dengan maksiat
kerana mahu diterima oleh kumpulannya yang sekepala. Diterima oleh ahli
kumpulan bagaikan satu tujuan dan satu kemuliaan. Setakat manalah
mulianya penerimaan manusia? Tak ke mana-manapun.
Jika hajatkan kemuliaan, di sisi Allah ada segala kemuliaan.
“Sesiapa
yang mahukan kemuliaan, (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan
mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jugalah (Pemilik) segala
kemuliaan.” (Surah Fathir: 10).
Allah Tahu Meskipun Kita Sembunyikan
Nabi mendedahkan, “Terdapat di kalangan umatku pada hari kiamat kelak,
mereka mempunyai bekal kebajikan yang banyak sebesar gunung Tihamah,
tetapi Allah menjadikan semua pahala kebajikan itu seumpama debu-debu
yang berterbangan.”
Thauban bertanya,
“Adakah seperti kami kerana kami tidak tahu?” Rasulullah SAW bersabda
lagi, “Mereka ialah saudara-saudara kamu sekalian. Mereka melakukan
solat malam seperti kamu semua, tetapi apabila mereka bersendirian,
mereka melakukan larangan-larangan Allah.” (HR Ibnu Majah).
Tidak perlu kita lakukan
maksiat di kala sembunyi atau terang. Sebabnya, kita sentiasa terkepung
oleh CCTV Allah di mana-mana sahaja.
Credit to my allahlovesus@googlegroups.com ... kak Farwina Faroque dan lain-lain...love u all...
Loves,
Sha
No comments:
Post a Comment