
Sebagai journalist, izinkan saya membuat beberapa catatan sedikit sebanyak mengenai pengalaman saya dalam membuat liputan berita-berita politik sepanjang tempoh beberapa tahun ini...
Saya pernah bekerja di dua-dua bahagian..maksud saya bukan bekerja dengan bahagian UMNO-BN mahupun PR sebagai puteri UMNO atau seri kandi PKR mahupun PAS... tetapi kerja saya ialah membuat liputan untuk kedua-dua bahagian parti baik kerajaan mahupun pembangkang...secara ringkas bekerja sebagai media perso

Bagaimanapun perlu diingat, apa pun polisi yang ditawarkan kepada rakyat, ia seharusnya seiring berjalan dengan janji yang ditawarkan...tidak hanya menawarkan janji populis kepada rakyat semata-mata hanya mahu meraih undi dan selepas PRU13, segala macam janji tetapi tidak ditunaikan...
Sehingga hari ini saya perhatikan politik tanah air memang panas, luar biasa tegangnya dari semangat kedua-dua parti untuk mempertahankan kuasa dan satu pihak untuk mendapatkan kuasa...baik BN mahupun PR, sama-sama memperhebatkan polisi masing-masing....
Jujurnya pada pendapat saya, di akhirnya apa jua yang dibuat oleh parti-parti politik ini, rakyat menilai...rakyat menilai dan terus menilai....
Rakyat menilai rekod sepenggal janji ditunaikan mahupun tidak?...
Pada saya, rakyat mengharapkan sangat ahli-ahli politik semakin memahami apa yang baik untuk negara dan apa yang perlu mereka lakukan...
Dan paling penting par
ti-parti politik tidak boleh mengecam dengan tuduhan-tuduhan yang tidak perlu, biarlah ada persaingan polisilah daripada persaingan personaliti !!
Jadi saya berharap bagi mereka yang boleh mengundi di PRU13 kali ini, pilihlah yang terbaik...selamat mengundi !
Loves,
Sha
Peningkan..hurmmmm
ReplyDelete