
Assalamualaikum .... saya sebenarnya tak tahu nak story pasal apa...cuma kali ni mungkin nak story pasal gatehring dgn kawan2 kolej dulu ...
Dah hampir 4 tahun kami tak bertemu...empat tahun punya janji nak jumpa daripada dulu, akhirnya semalam kami berjumpa...
Kami makan di Pece Lele Kampung Pandan ...
Masa berlalu dengan pantasnya...selepas empat tahun meninggalkan kolej, masing-masing sibuk dengan kerjaya...dan dalam masa 4 tahun ni jugalah masing melalui pengalaman suka dan duka dalam mengejar apa yang diburu ....
Mula-mula sampai, macam biasa kami bercakap mengenai pengalaman masa di kolej sedikit, pasal pensyarah dah ada banyak anak, kawan-kawan yang dah kahwin, pasal kerja ...
Kemudian masuk ke fasa dua, cakap mengenai jodoh...hi2 jodoh lagi...tu lah nak cuba lari daripada topikni, tapi mesti x dapat nak elakkan...masing-masing menceritakan pengalaman cinta masing2....alhamdullilah ada di antara kawan-kawan saya ni yang bakal mendirikan masjid pada penghujung akhir tahun ni dan ada awal tahun depan....saya doakan kalian semua....cuma tinggal saya dan seorang lagi kawan yang tak buat keputusan lagi apa-apa pasal kahwinni...
Lepastu kami pergi ke Dataran Merdeka ambil gambar sebagai kenangan sikit-sikit...masa di Pece Lele punyalah malu nak ambil gambar masa tengah makan...haha takut orang keliling tengok...so decided ambil gambar di Dataran Merdeka...

Loves.. -sha-
No comments:
Post a Comment