21 August, 2011

PeRsiApAn Raya...RaYa-RaYa

Assalamualaikum...

Raya tahun ni walaupun sederhana tetapi ada beberapa perkara yang mencuit hati saya..Pertamanya mengenai tema warna baju raya tahun ini..Sudah pasti, setiap tahun bagi mana-mana keluarga pun selalunya ada tema tertentu..

Tak salah saya seminggu lepas ketika menelefon abah, saya sempat bertanya abah tema tahun ni warna apa?

Abah jawap: "KUNING" sambil gelak2..
Saya tanya abah lagi : "Betul ke Kuning abah? Nape Kuning? haha saya pun turut gelak sebab mungkin apa yang terlintas di pemikiran kami waktu itu ialah "KUNING = BERSIH"...

Haha saya pun cakap kat abah, nampaknya dis raya, tak pasal2 nanti cho jadi bahan utk family n sedara mara gelak sbb Kuning...

Abah pun sama turut gelak...abah kemudian kata, "Kuning Cair" pun takper...

Sy cakap ok :)...Semalam saya pergi membeli baju raya, pergi beberapa buah shopping complexs akhirnya jumpalah juga baju yang berkenaan...tapi xderlah kuning sangat baju kurung tu pun..

Tapi bolehlah dikatakan memenuhi tema tahun ini walaupun tak berapa nak kuning sangat baju saya tu...


Saya membeli dua pasang baju kurung sudah siap...

Satu lagi warna putih..yang putih dahlah kawan saya kata macam baju pengantin pula...Sy suka putih sbb putih suci.. :)

Cuma untuk persiapan raya kali ni, setakat ini barang yang belum dicari ialah kasut, purse dan handbag...kasut raya rasa macam tak nak beli..sbb byk lg kasut yg lepas masih elok...purse pula, memang wajib beli sebab dah koyak rabak...dan handbag pun belum tentu nak beli sbb banyak lg handbag yg elok boleh dipakai...

Sat lagi pas habis kerja nk pergi cari purse jap.. :) wheeew.. bajet saya tiada lah mahal sangat untuk purse, bawah seratus pun dah kira ok kot...purse jenama apa masih tak difikirkan lagi...sampai kat shopping complex sat lagi, mana ok saya beli je tapi yang penting tak terlalu mahal tapi ada kualiti...

Heheh doakan saya jumpa purse yg okay2 yeay..Ok tk care as well..n selamat berbuka puasa...

loves,
sha





08 August, 2011

Selamat Hendak Semuanya...Ramadan Karim...

Bismillahirrahmanirrahim...in the name of Allah i start..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca budiman sekalian...
Pertamanya saya ingin memohon kemaafan kerana sudah tidak lama mengemaskini sesawang ini..

Kerana terlalu sibuk dengan banyak hal yang perlu diuruskan dalam bulan Julai dan Ogos ini...

Pertamanya menguruskan pelbagai hal kematian yang membabitkan nenek kesayangan saya...

"Epah, Al-Fatihah..cho janji cho cuba sedaya upaya tidak akan lupa pesanan epah berkait dengan solat dan zikir...cho sayang epah so much...loves.." - cho -

Bulan Julai juga adalah bulan yang megundang banyak berita yang saya sendiri tidak tertahan lagi untuk menahan sebak dan tangisan di hati ini...

Saya kehilangan dua orang boss yang saya sangat sayang..

"Tn.Hj. Yunus dan Mr. Jasbant Singh."

Kedua-dua mereka ini adalah inspirasi saya...Mereka berdua banyak membantu kakitangan TV Selangor tanpa kira masa, penat lelah dan kadang-kala mereka terpaksa berdepan dengan 1001 ragam anak2 buah di pejabat...

"Tn.Hj Yunus dan Mr. Jasbant, saya tidak akan lupa jasa Tuan Haji dan Mr.Jasbant...terima kasih kerana banyak memanusiakan saya... :'(

"Saya sedih kehilangan boss-boss yang sangat baik...semoga kita semua dapat bekerja di bawah satu syarikat lagi pada masa akan datang, insyaallah..saya sentiasa mendoakan kesejahteraan Tn.Haji Yunus dan Mr.Jasbant @ Wira Arjuna." .. amin..

Bulan Ogos:

Kiranya hari ini sudah lapan hari umat Islam menunaikan ibadah puasa..selamat datang Ramadan...semoga bulan ini dapat kita menunaikan kewajipan kepadaNya dengan penuh insaf...

Ramadan hanya datang sekali setahun..entah tahun hadapan, saya tidak bertemu Ramadan lagi, pastilah sangat sedih...

Terlalu banyak kekerdilan pada diri ini untuk berjumpaNya di usia muda...

Saya takut dan saya bimbang berdepan denganNya...Dalam satu keadaan, saya juga risau jika ditakdirkan hidup lama mana pun, amal ibadat yang dilakukan memang tidak cukup..tetap akan membimbangkan saya...

"Ya Allah, aku pohon padaMu..jika Engkau hendak ambil nyawaku, matikanlah aku dalam iman...amin ..." :'(

Lagi tiga minggu, insyaallah Syawal akan tiba...persediaan raya kali ini agak biasa sahaja...

Nenek dah tiada...auntie kesayangan pun tiada..boss-boss kesayangan pun sudah tiada...jadi saya tidak berasa terlalu seronok hendak meraikan syawal kali ini...

Bukan terbawa-bawa dengan perasaan, tetapi inilah yang saya rasakan untuk tahun ini...

Tidak semudah rupanya perjuangan ini...

Bulan Syawal ini juga...cukup sudah setahun saya bersama baby kedua saya .. "4457"...

Baby ini saya beli hasil titik peluh bekerja di TVSelangor...saya sangat sayang TVSelangor...

TVSelangor itu sangat sinonim dengan kematangan saya mengharungi segala onak dan duri sepanjang bekerja sebagai journalist..wartawan..pembaca berita dan penyampai program...

Di TVSelangor saya banyak pelajar ilmu-ilmu penyiaran dan lain-lain ilmu daripada tunjuk ajar kedua-dua boss saya ini...

Terima kasih sekali lagi Tn.Hj Yunus dan Mr. Jasbant Singh @Wira Arjuna ...

Tanpa kalian berdua...siapalah saya...saya hanya wartawan yang biasa-biasa sahaja sebelum dididik dengan sabar oleh kalian berdua...saya terharu dan sebak*...hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik Tuan berdua...

"Lagi diuji lagi dekat denganNya...semoga kita semua akan mendapat kemenangan ini biarpun lambat.." amin...

Before i pen off here...saya memohon kemaafan jika sepanjang dua bulan ini agak kurang mengerahkan rasa apa yang patut di sini...

Maafkan saya...

-salam ukhwah-

#sharifah azmawati

15 June, 2011

Ya Allah.. :'(

Ya Allah...hatiku berdebar-debar td...
Sewaktu menunaikan solat zohor...
Tidak pernah ku merasa debaran ini...
Jantungku berdegup laju....ku rasakan seperti ajal mahu mendekatiku...
YA Allah ...aku takut....
Aku hanya hambaMu yang sering melakukan dosa...
Aku hambaMu yang lalai Ya Allah...
Aku takder apa-apa yang istimewa Ya Allah... :'(
Aku hanyalah aku...
Ampunkan aku Ya Allah seandainya beberapa hari ini aku banyak lalai...
Ampunkan aku Ya Allah...
Ampunkan aku....ampunkan aku...
Aku menulis warkah ini dengan hati yang bimbang Ya Allah...
Setiap hari yang ku lalui penuh dengan ujianMu..
Kadang-kadang aku tewas...
Aku akan menangis...menangis dan menangis...
Bila aku berjaya pun..aku akan menangis....
Aku resah tanpaMu Ya Allah...
Ampunilah aku Ya Allah...
Jauhkanlah aku daripada perkara yang melalaikan...
Sibukkanlah aku dengan urusanMu...
Agar aku mendekatiMu Ya Allah...
Agar aku sentiasa berasa selamat dengan peringatan-peringatanMu...
Agar...agar aku ada Kamu bila aku hendak mengadu masalahku...
Ya Allah...pegang hatiku kuat-kuat...:'(
Amin Ya Robbal Alamin... :'(

10 June, 2011

Derhaka Kepada Ibu Bapa???

Derhaka kepada ibu bapa? Perkara kedua yang Allah haramkan ialah menderhakai ibu bapa.….berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa….(Al-An’am : 151

Ayat ini membawa maksud bahawa ibu dan bapa perlu dilayan denga baik semasa mereka tua…mengapa semasa tua? Jawapannya kerana semasa mereka masih muda, anak-anak masih kecil dan tidak mampu menjaga dan melayan mereka.

Tetapi selepas anak-anak menjadi dewasa dan sudah berdikari sementara ibu bapa pula sudah tua, ketika itulah mereka dapat dijaga dan dilayan dengan baik kerana penjagaan dan layanan yang baik itu memerlukan pengorbanan dari sudut kewangan dan sebagainya. Oleh yang demikian berbuat baik dengan ibu bapa hanya dituntut semasa ibu bapa sudah tua. Mengapa anak-anak dituntut berbuat baik dengan ibu bapa? Kerana ibu dan bapalah yang menyebabkan anak-anak lahir ke dunia…mereka berdualah yang memelihara anak semasa kecil…berjaga malam apabila anak sakit…maka sepatutnyalah jasa ibu bapa dibalas apabila mereka berada di penghujung usia…Rasul S.A.W bersabda di dalam sebuah hadis :

“Syurga di bawah tapak kaki ibu”

Jika kita mahu Allah S.W.T memberikan kita balasan yang baik, kita hendaklah memelihara diri dari melakukan perkara yang boleh menimbulkan kemarahan ibubapa. Ada satu peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W, kisah seorang pemuda yang bernama Alqamah. Dia seorang pemuda yang sangat bersungguh sungguh dalam mentaati Allah dengan banyak melakukan solat sunat, puasa sunat dan banyak bersedekah. Suatu hari dia telah jatuh sakit yang teruk lalu isterinya pergi berjumpa dengan Nabi S.A.W dan menceritakan kepada Baginda bahawa suaminya Alqamah sedang nazak.

Nabi pun menghantar beberapa orang sahabat iaitu Ammar, Suhaib dan Bilal untuk mengajarkan kepada Alqamah ucapan syahadah. Apabila sahabat Nabi tadi mengajarkan kalimah syahadah kepada Alqamah, lidahnya kelu tidak dapat menyebut apa yang diajarkan kepadanya. Sahabat-sahabat tadi pun menceritakan keadaan itu kepada Nabi lalu Baginda pun bertanya adakah Alqamah masih ada ibu atau bapa. Kemudian Baginda diberitahu bahawa ibu Alqamah masih hidup dan dia sudah tua lalu Nabi pun mengutus seseorang kepada ibu Alqamah untuk meminta dia datang bertemu Nabi S.A.W sekiranya mampu. Jika tidak mampu, Baginda sendiri akan pergi bertemu dengannya. Setelah pesanan Baginda itu disampaikan kepada ibu Alqamah, dia pun memilih untuk datang bertemu Nabi kerana kedudukan Baginda yang lebih tinggi.

Lalu Ibu Alqamah pun memaut pada tongkatnya lalu berjalan dengan tongkat tersebut untuk bertemu Nabi S.A.W. Apabila sampai dia pun memberi salam kepada nabi dan Baginda pun menjawab salamnya. Nabi pun bersabda kepada ibu Alqamah : “Wahai ibu Alqamah! Bercakap benarlah denganku. Jika kamu berdusta, wahyu Allah memberitahuku kisah sebenar. Bagaimanakah keadaan Alqamah sebelum ini?” Dia pun menjawab : “Alqamah adalah seorang yang banyak solat, banyak puasa dan banyak bersedekah”. Nabi S.A.W bertanya lagi : “Apa pula halnya dengan diri kamu?” Ibu Alqamah menjawab : “Aku marah kepadanya” Nabi bertanya lagi : “Mengapa kamu memarahi dia?” Dia menjawab : “Alqamah telah melebihkan isterinya berbanding aku dan dia menderhakaiku” Nabi pun bersabda : “Sesungguhnya kemarahan ibu Alqamah telah membuatkan lidahnya kelu dari menyebut kalimah syahadah”.

Kemudian Nabi pun bersabda lagi : “Wahai Bilal! Engkau pergi kumpulkan kayu api yang banyak dan bawakan kepadaku”. Arahan Baginda membuatkan ibu Alqamah bertanya kehairanan : “Apa yang hendak Engkau lakukan wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Aku akan membakar Alqamah di hadapanmu” Ibu Alqamah pun berkata :”Aku tidak sanggup melihat Engkau membakar anakku di hadapanku” Nabi berkata kepada Ibu Alqamah: “Wahai Ibu Alqamah! Azab Allah lebih dahsyat dan kekal. Untuk menyelamatkan Alqamah, engkau pohonlah keampunan Allah untuknya dan berilah keredhaan kepadanya. Demi jiwaku ditanganNya…Tidak akan bermanfaatlah segala solat, puasa dan sedekahnya selagi kamu masih memarahinya”.

Ibu Alqamah pun berkata : “Dengan disaksikan Allah S.W.T, para malaikatNya dan semua orang islam yang ada di sini, sesungguhnya aku telah meredhai anakku Alqamah“. Nabi pun menyuruh Bilal pergi melihat keadaan Alqamah adakah dia sudah boleh mengucap syahadah atau tidak. Harapan Baginda moga-moga ibu Alqamah meredhai anaknya dengan kata-kata dan juga hati, bukannya pada mulut sahaja. Apabila Bilal sampai di rumah Alqamah dia mendengar Alqamah sudah boleh menyebut kalimah syahadah.

Alqamah meninggal pada hari itu juga dan Nabi dating menziarahi jenazahnya lalu baginda menyuruh dia dimandi dan dikafankan kemudian Nabi melaksanakan solat jenazah ke atasnya. Baginda juga mengiringi jenazahnya ke perkuburan kemudian Nabi pun berdiri di atas kuburnya dan bersabda :

“Wahai sekalian kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang melebihkan isterinya berbanding ibunya, dia akan mendapat laknat Allah, MalaikatNya dan manusia seluruhnya. Allah tidak akan menerima amal kebajikan yang dilakukannya melainkan dia bertaubat kepada Allah Azza Wajalla. Hendaklah dia berbuat baik kepada ibunya dan mencari keredhaannya. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu begitu juga dengan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu”

Begitulah kita lihat betapa besarnya kedudukan ibubapa di sisi Allah S.W.T. Sesungguhnya menderhaka dan mengundang kemarahan ibubapa merupakan sebahagian daripada dosa-dosa besar yang sepatutnya dielakan oleh orang islam. Demikian adalah untuk mengenang jasa ibubapa dan juga demi keredhaan Allah S.W.T yang menyuruh berbuat baik kepada mereka.

Sambungan…

Perkara ketiga yang Allah haramkan selepas syirik dan menderhakai ibu bapa ialah membunuh anak. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

…dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu Kerana kemiskinan, kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka…(Al-An’am : 151)

Ayat ini disebut dua kali di dalam Al-Quran. Pertama di dalam surah Al-An’am seperti di atas dan kedua di dalam surah Al-Isra’ ayat ke 31 yang bermaksud :

Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu Kerana takut kemiskinan. kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar. (Al-Isra’ : 31)

Sebahagian ahli ilmu mengatakan bahawa kedua-dua ayat tadi bersamaan antara satu sama lain. Tetapi yang sebenarnya adalah tidak sama antara satu sama lain. Ayat di dalam surah Al-An’am berbunyi ….kerana kemiskinan… yang membawa makna kemiskinan itu telah ada. Dalam ayat ini seorang bapa itu sudah miskin dan dengan kedatangan anak baru dia takut kemiskinannya akan bertambah lalu Allah menenangkan hatinya dengan memberi jaminan bahawa rezekinya tidak akan berkurangan sedikit pun dan rezeki anaknya sudah tersedia.

Sementara ayat di dalam surah Al-Isra’ pula berbunyi …kerana takut kemiskinan…. Yang memberi makna kemiskinan itu belum ada lagi. Seorang bapa takut dengan kedatangan anaknya akan menyebabkan kehidupannya yang senang berubah kepada miskin. Akan tetapi ketakutan itu dijawab oleh Allah bahawa janganlah dia takut kerana rezekinya dan anaknya telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan terjamin.

Pengharaman membunuh anak samalah pengharamannya dengan membunuh jiwa yang tidak berdosa. Allah yang menjadikan sang anak dan Allah lah yang menghendaki anak itu hidup di dunia ini. Oleh yang demikian rezekinya sudah terjamin seperti difirmankan Allah di dalam surah Huud ayat 6 yang bermaksud :

Dan tidak ada suatu binatang melata di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya

Mengapa hendak mengkufuri pemberian Allah dengan membunuh anak…Allah sudah menjamin rezeki seorang bapa dan anaknya itu?!

Seterusnya perkara yang Allah haramkan ialah perkara-perkara keji.Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

…dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi… (Al-An’am : 151)
Derhaka Ibu Bapa

Keji bermaksud melampau contohnya zina adalah satu perbuatan melampau begitu juga dengan meminum arak sehinggalah kepada perkara-perkara lain yang termasuk dalam kategori dosa-dosa besar. Dalam ayat ini Allah haramkan perkara yang nampak terlebih dahulu, mengapa? Jawabnya kerana Allah tidak mahu dosa-dosa itu berlaku secara terang terangan sehingga ianya bermaharajalela dan menjadi ikutan di dalam masyarakat….sehingga hilangnya rasa malu. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :

Setiap umatku diampunkan dosanya kecuali orang yang melakukan dosa secara terang terangan...

Kredit to: http://www.mahyuddinwasoh.com/renungan/allah-yang-meletakan-peraturan-hidup-untuk-kita-siri-3-kemaskini/

Pagi Jumaat yang sangat indah....alhamdullilah

Baru dapat msg daripada kawan sepejabat, meeting jam 3.30 petang ni...ada task baru perlu dipikul..hopefully can do the best...mudah-mudahan Allah permudahkan segala niat yang baik hendaknya...amin...

Pagi ni datang pejabat awal...x tahu nak buat apa, buat sedikit research sambil dengar ayat2 suci Al-Quran...rasa tenang sangat bila dengar ayat-ayat suci ni...dalam hati rasa nak menangis sebab memikirkan ajal maut yang datang...semoga pemergianku dalam iman yang terjaga hendaknya...

Sambil-sambil cuba menghafal surah yang panjang sambil kerja ni, rasa sedikit kekurangan...kalau dulu boleh hafal surah yassin dalam masa sekejap je, sekarang saya dah tiada kekuatan tu...memori ingatan semakin lama semakin lemah bila umur sudah meningkat...

Ya Allah Ya Tuhanku...perliharalahku dari segala yang tidak baik...berikanlah aku kekuatan untuk menyelami ayat-ayat suciMu...berikanlah aku ingatan yang kuat...dan permudahkanlah segala urusan yang baik ini Ya Allah...amin...

love you so much... <3 ...="..." br="br">
Daripada hambaMu yang kerdil...

09 June, 2011

Bihun Singapore :D pheww utk sayang nanti

Hai sayang..

I tak tahu siapa bakal jodoh i...sebab Allah pun tak bagi apa2 lagi petunjuk untuk menjodohkan kita...

Tapi sayang...dinda di sini tengah sibuk belajar memasak..haha dinda tak berapa terror masak but willing nak belajar seadanya...

Beberapa minggu yang lepas bila balik kampung...mak ada ajar macam mana nak goreng bihun singapore..insyaallah satu hari nanti kalau kita ada jodoh...kanda akan merasa masakan dinda...


Cara-cara nak masak bihun Singapore:

1. bihun secukup rasa nak makan...rendamkan bihun kasi lembut skit...
2. sedikit udang .. sama ada nak pakai udang apa pun terserah...tapi abah kata kat saya masa tengah masak2 hari tu, lebih sedap kalau pakai udang kering...

3. sedikit carrot..
4. sedikit squid..dalam 200gram pun cukup kot..bergantung pada anda sendiri nk macamne masak..
5. minyak masak dalam 3 sudu besar..
6. sedikit garam secukup rasa..
7. sedikit air...

Kemudian bahan2 utk minced:

1.sedikit lada hitam
2.sedikit shallot
4.sedikit garlic..

Kemudian bahan-bahan untuk garnish:

1. telur ommellete n u need to slice thinly ya sayang..hehek :P
2. cili potong sliced it juga ya sayang...

Cara nak masaknya sayang:

1. panaskan minyak dan masukkan minced ingredients tadi..
2. masukkan udang n squid them..
3. masukkan sedikit garam dan air
3. masukkan bihun yang dah direndam tadi n gaul gaul skit..
4. bila dah macam sebati digaul semua bahan tadi...biarkan sekejap bihun tu then boleh angkat dah...
5. nk hias cantik skit, omelette dgn cili potong yang dihiris cantik2 boleh letak atas bihun untuk dihidangkan...haha tapi yang ni dah x cantiklah sebab dah dimakan oleh me la sayang...

Nantilah sayang, kalau dah kahwin nanti...rajin2 kita sama2 membantu di dapur tolong apa yang patut..masak bersama2 lg romantik kot sayang.. :) semoga kita cepat dipertemukan jodoh bersama...amin..