
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...alhamdullilah
pembukaan tirai 2013 baru saja berlalu beberapa hari yang lepas...aku tak memasang apa-apa
azam tahun ini cukup aku katakan aku serahkan segala-galanya yang berlaku tahun
ini kepadaNya untuk menentukan kehidupan aku yang seterusnya....
2012 adalah tahun yang sangat
mencabar buat aku...aku dihimpit dengan pelbagai dugaan tapi aku jarang
sama sekali meluahkan masalah aku pada orang...aku jarang cerita masalah aku
pada mak abah mahupun adik beradik aku sendiri...sebab aku tak mahu mereka tahu
aku sedang bersedih dan di dalam kesusahan ditimpa ujianMu Ya Allah...aku cuba
harung segalanya seorang diri...soal kerja, soal kawan mahupun soal jodoh Ya
Allah... :’( aku tak mahu orang tahu aku sedang bersedih ketika itu...cukuplah
sekadar aku dan diriMu saja yang tahu Ya Allah...cukuplah...cukuplah aku
menyerahkan segala-galanya pada Engkau Ya Allah untuk membuka jalan kepada
penyelesaian permasalahan aku...

Ya Allah...aku mohon padaMu,
Engkau pertemukanlah jodohku yang sebenarnya...sebelum mak abah pergi,
izinkanlah mereka melihat bakal menantu mereka yang terakhir...sebelum apa-apa
terjadi pada kedua-dua orang tuaku Ya Allah...aku pohon padaMu agar Engkau
hentikanlah aku dengan ujian jodoh ini...aku risau Ya Allah...aku risau dan aku
gusar akan hati mak abah....aku tak mahu mereka risau kerana aku hidup
keseorangan dan berdikari tanpa di sisi seorang suami....aku tak mahu mereka
gusar Ya Allah...tolong Ya Allah
makbulkan doa ini untuk mak abah aku...cukuplah kalau Engkau dapat bahagiakan
kedua ibu-bapaku...aku redha Ya Allah dan aku sanggup berkorban apa saja
keranaMu Ya Allah...

Semoga aku lebih istiqamah Ya
Allah di atas kesilapan-kesilapan aku yang lalu...ampunkanku Ya Allah, jadikanlah
aku seorang wanita solehah...yang berpakaian dan menjaga aurat untukMu dan
bakal suamiku Ya Allah...i’m trying my best to dress for you
Allah...istiqamahkanlah aku dalam menjaga auratku ini Ya Allah...dan semoga
pintu rezekiku lebih meluas pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang Ya
Allah...amin ya rabbal alamin...
Loves,
sha
No comments:
Post a Comment