28 December, 2010

Berita-berita semasa kerja di The Malaysian Insider

Kes Sosilawati: Saya tidak hina polis, kata ketua AMK

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul AzizSeptember 16, 2010

KUALA LUMPUR, 16 Sept – Ketua Angkatan Muda Keadilan pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin bersedia memberi kerjasama kepada pihak polis berhubung kenyataan beliau mengaitkan pasukan keselamatan itu dengan pembunuhan kejam jutawan komestik Datuk Sosilawati Lawiya tempoh hari.

Tegas beliau, kenyataannya baru-baru ini tidak bermaksud menghina kecekapan polis dalam menjalankan tanggungjawap, sebaliknya berharap pasukan keselamatan lebih efisyen menyelesaikan sesuatu tugasan siasatan dalam kes jenayah yang semakin berleluasa.

“Saya bersedia bekerjasama jika kononnya kertas siasatan berhubung dakwaan saya merepek itu akan dibuka,” kata beliau pada sidang media mengumumkan pendirian mahu bertanding kerusi naib presiden PKR.

Shamsul Iskandar (gambar) menegaskan, keselamatan di negara ini perlu dipandang serius dan dipertingkatkan.

“Respons saya pada wartawan tanya mengenai kes Datuk Sosilawati, saya merakamkan ucapan takziah ke atasnya dan tiga lagi rakannya.

“Saya mengambil sikap memuji kecekapan pihak polis dan ketiga saya minta pihak polis tumpukan kerja dan kurangkan jaga orang politik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membaca banyak laporan media yang mengaitkan suspek pembunuh yang bergelar Datuk itu dikaitkan dengan empat kes yang sama pada tahun lepas.

“Kalau pihak keselamatan menyiasat kes-kes jenayah sebelum ini, saya yakin kes Sosilawati ini tidak akan terjadi pada jutawan Datuk Sosilawati, ini jawapan saya kepada wartawan yang mereka tanya... jadi tiada apa-apa tuduhan yang dilemparkan,” katanya.

Polis sebelum ini digesa supaya menahan dan menyoal siasat Ketua Angkatan Muda itu ekoran dakwaan bekas naib ketua AMK Mohd Zaid Md Arip bahawa Shamsul Iskandar telah melemparkan tuduhan tidak berasas itu terhadap pasukan polis.

Malah Zaid turut mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengadu-domba kes pembunuhan ini.

Bagaimanapun Shamsul Iskandar hari ini menafikan dan berkata kenyataannya sebelum ini tidak mengancam mana-mana keselamatan sebaliknya menzahirkan rasa simpati ke atas apa yang berlaku kepada semua waris keluarga dan meminta polis menjalankan tugas mereka dengan lebih cekap.

“Saya rakamkan perasaan geram, memuji polis saya minta polis tumpukan kerja bukan jaga ahli politik,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba memperkudakan isu ini dan berniat jahat terhadapnya.

“Saya tidak akan berhenti menegakkan kebenaran, saya mahukan pasukan polis bekerja keras,” kata beliau lagi.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata akan memanggil Shamsul Iskandar bagi bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua tuduhan yang dilemparkan kepada pasukan keselamatan itu.

Khalid memberi amaran jika beliau Shamsul Iskandar gagal mengemukakan bukti, tindakan undang-undang bakal dikenakan ke atasnya.

Dalam pada itu, ketika kes kehilangan dan pembunuhan kejam Sosilawati masuk hari ke-17 hari ini, orang ramai terus mengharapkan keadilan terus terbela untuk kesemua waris mangsa tambahan lagi pihak polis mahu mengemukakan kes tersebut dijangka minggu depan.

Tinjauan The Malaysian Insider seawal pukul 9.55 pagi tadi ke lokasi kediaman jutawan itu di Lot 9933 Taman Harmonis Gombak mendapati perwakilan Dewan Muslimat PAS dan pertubuhan wanita mengadakan majlis tahlil bersama penduduk kawasan setempat.

The Malaysian Insider cuba mendapatkan anak sulong jutawan tersebut untuk diwawancara namun gagal setelah jurucakapnya tidak membenarkan.

Bagaimanapun salah seorang daripada pelawat yang sudah menetap lebih 22 tahun di kawasan rumah tersebut berharap pihak polis dapat menjalankan tugas dengan cekap bagi mengelak lebih banyak lagi kes serupa berlaku.

“Polis perlu cekap dan mereka sudah buktikan, kalau yang salah tetap salah hukum saja mereka,” katanya dengan riak wajah yang geram.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Selangor, Wan Harina Wan Hassan ketika ditemui berharap hasil siasatan forensik tidak menjumpai DNA yang sama terhadap semua mangsa.

“Kita harap DNA bukan dia, begitu juga anak-anak kesemua mangsa harapkan tetapi kita tidak menolak takdir kalau itulah mereka jua,” katanya.

Pihak berkuasa dijangka menghadapkan kesemua suspek pembunuhan di mahkamah minggu hadapan.

Polis dan Jabatan Peguam Negara sedang dalam proses menyiapkan kertas pertuduhan terhadap kesemua suspek.

Berita-berita semasa kerja di The Malaysian Insider

Akaun Facebook kes bunuh Sosilawati makin bertambah

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz
September 15, 2010

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Pembunuhan kejam usahawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain bukan sahaja mendapat tempat meluas dalam media tradisional dan perbualan hangat khalayak ramai, turut memikat perhatian peminat-peminat beliau di alam siber.

Setakat petang tadi, didapati enam laman sesawang sosial Facebook telah diwujudkan oleh peminat-peminat Sosilawati.

Akaun-akaun Facebook didaftarkan bagi menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan pada masa yang sama bagi menuntut keadilan dengan hukuman berat dikenakan ke atas mereka yang meragut nyawa mereka.

Salah satu akaun didaftarkan atas nama “Hukum Mati Ke Atas Pembunuh Datuk Sosilawati is on Facebook” – mendapat perhatian meluas dengan mempunyai 13,469 orang yang menanti perkembangan kes ini.

Akaun itu membawa mesej “page ini dibina untuk memberi sokongan ke atas keluarga arwah Datuk Sosilawati dan tiga sahabatnya dengan menyeru PDRM dan Peguam Negara menjatuhkan hukuman mati ke atas semua pembunuh. Pembunuhan yg tidak berhati perut. Mati dibalas dgn mati. Sila Sebarkan!!”

Malah akaun facebook tersebut mendapat komen yang terbanyak apabila baru beberapa jam mengeposkan gambar suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan itu.

Sebanyak 455 komen dicatatkan dalam masa lapan jam setelah gambar semua suspek disebarkan di akaun facebook tersebut.

Seorang pengunjung akaun facebook yang bernama Danny turut memberi komen terhadap gambar yang diposkan meminta semua orang bersabar ekoran siasatan polis sedang dijalankan.

“Sabar sabar semua orang. Malaysia ialah sebuah negara yang bertamadun, terpaksa ikut undang undang persekutuan, itulah mesti gunakan prosedur untuk menjatuhkan hukuman mati pada mereka tetapi percayalah mereka kali ini tidak dapat melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, sehingga pukul 6 petang tadi dijangkakan terdapat lebih banyak lagi akaun facebook jutawan Sosilawati bersama tiga lelaki yang dibunuh kejam akan dibuka oleh orang awam bagi menzahirkan ucapan takziah dan tuntutan keadilan.

Setakat ini, tinjauan The Malaysian Insider ke atas laman sesawang www.google.com memuatkan pencarian enam akaun facecook yang baru dibuka.

Empat daripadanya ialah Facebook Datuk K Pathmanebhan Nalliannen Suspek Pembunuh Sosilawati, Datuk K Pembunuh Kejam Sosilawati, Wajah Pembunuh Datuk Sosilawati dan 3 Mangsa Lain dan Photos of “Brothers” Who Murdered Millionaire Businesswoman Datuk Sosilawati Lawiya.

Malah tidak hanya ucapan takziah kepada mangsa, ucapan tahniah kepada polis turut dimajukan di laman akaun facebook lain yang dibuka atas nama “Datuk Sosilawati Waliya”.

Beberapa pengunjung yang kagum dengan kecekapan polis kali ini menzahirkan rasa syukur mereka terhadap kecekapan pihak polis dalam menyelesaikan kes jenayah pembunuhan kejam ini.
Akaun facebook ini meletakkan gambar profil Sosilawati yang memakai jubah dan selendang hitam ini mendapat perhatian sebanyak 4,916 pengunjung pelbagai peringkat umur dan bangsa.

Terdapat dua album gambar suspek dan waris mangsa diposkan ke dalam akaun tersebut bagi tatapan umum terhadap kes pembunuhan kejam yang sedang hangat diperkatakan di negara ini.
Malah terdapat juga nota-nota ucapan takziah daripada pempimpin utama negara yang turut sama dikongsi bersama dipos oleh pengunjung ke dalam akaun facebook ini.

Antaranya nota ringkas ucapan takziah daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang baru sahaja diposkan hari ini.

Berita-berita semasa kerja di The Malaysian Insider




Sekolah Harapan mula operasi tanpa pelajar, cuma ada tiga panggilan

TERKINI @ 06:35:44 PM 17-09-2010

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

Sekolah Harapan untuk menempatkan pelajar-pelajar mengandung anak luar nikah dibuka secara rasmi pagi tadi walaupun tiada kemasukan pelajar pada hari pertama hari ini.

Pengerusi Lembaga Sekolah Harapan Rumah Harapan Datuk Ab. Rahman Ab. Karim berkata sekolah itu tetap akan memulakan operasinya bagi melindungi pelajar yang mengandung luar nikah dari terus tersesat jauh.

“Sekolah ini walaupun tiada pelajar pada hari pertama ini tetapi ia akan tetap beroperasi.

“Setakat ini kami sudah terima tiga panggilan dan satu mesej bertanyakan permohonan kemasukan pelajar ke sekolah ini, ini perkembagan yang baik,” kata beliau pada sidang media khas di sini.

Beliau berkata setakat ini panggilan telefon yang diterima pihaknya adalah pelajar dari negeri Johor dan Negeri Sembilan.


Pengerusi Lembaga Sekolah Harapan Datuk Ab Rahman Ab Karim merasmikan operasi sekolah tersebut pagi tadi. — Gambar Choo Choy May
Malah katanya salah satu panggilan daripadanya bertanyakan adakah mereka yang sudah berumur 30 tahun ke atas boleh ditempatkan bersama pelajar mengandung anak luar nikah tersebut biarpun umur sudah semakin meningkat.

Beliau bagaimanapun berkata proses pemilihan akan dibuat secara lebih teliti sebelum benar-benar menerima sebarangan pelajar.


Sekolah khas itu menerima bantuan kerajaan negeri sepenuhnya dengan peruntukan sebanyak RM500,000 disalurkan bagi menanggung segala bentuk keperluan pelajar di sekolah dan asrama.

“Kerajaan negeri salurkan RM500,000 untuk pelajar dan peruntukan ini termasuk peruntukan sepanjang mereka mengandung dan selepas mereka lahirkan anak.

“Ia termasuk perbelanjaan bagi kos perubatan mereka,” kata beliau lagi.

Selain itu, kata beliau, kerajaan negeri turut menyediakan empat kelas bagi pelajar tingkatan 2, 3, 4 dan 5 bagi melangsungkan pembelajaran mereka menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia.

Malah pelajar turut disediakan satu makmal komputer untuk mereka menikmati kemudahan Internet mengikuti perkembangan semasa dan tidak ketinggalan daripada arus siber.

Dalam pada itu, Rahaman berkata sekolah khas itu akan diletakkan di bawah pemantauan sepenuhnya Jabatan Agama Islam Melaka dan pada masa sama akan menjalin kerjasama mendaftarkan pelajar bersama Jabatan Pendidikan Negeri untuk peperiksaan yang bakal diduduki.

Rahaman turut berkata, jabatan itu akan meneliti pemilihan pelajar dengan lebih terperinci bagi mengelak tiada sebarang kesempatan diambil atas niat murni kerajaan negeri menubuhkan sekolah tersebut.

“Terdapat proses-proses tertentu perlu dilalui, antaranya ialah proses permohonan, proses mewawancara mangsa rogol dan terlanjur, proses kaunseling keluarga dan akhirnya baru pemilihan dibuat,” katanya lagi.

Beliau berkatam seraya penubuhan sekolah ini berniat baik dan berharap ia diterima oleh masyarakat walaupun lambat laung.

“Setakat ini kami juga menerima banyak surat sokongan daripada golongan cendikiawan yang turut sama menyatakan sokongan mereka kepada penubuhan sekolah ini, saya yakin sekolah ini akan terbela dan diterima rakyat kelak,” kata beliau.

Tinjauan The Malaysian Insider ke asrama pula mendapati dua bilik tidur khas diasingkan bagi menempatkan pelajar yang sedang mengandung dan juga selepas melahirkan anak.

Sebanyak lapan katil disediakan buat masa ini dengan kemudahan peralatan lain seperti almari baju, mesin cuci pakaian dan dapur yang terkemas rapi serta ruang tamu yang selesa.

Selain kemudahan asas itu, kerajaan negeri juga tidak akan melupakan tanggungjawapnya dalam menyediakan kursus yang berkaitan dengan pelajar selain modul pembelajaran peperiksaan.

“Kami turut sediakan kursus kemahiran keibubapaan dan kursus memasak kepada mereka bahkan berharap melalui kursus ini dapat memberi keyakinan kepada mereka menempuh cabaran di luar sana selepas mereka keluar dari sekolah ini nanti,” katanya.

Sekolah khas itu mempunyai empat kakitangan yang menempatkan seorang pengetua, kerani, pembantu dan pemandu manakala asrama pula akan menempatkan lima pekerja termasuk penyelaras, tiga pembantu dan seorang pemandu.

The Malaysian Insider turut sempat mewawancara salah seorang Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Nurlizawati Abdullah yang akan membantu pengurusan di sekolah khas itu.

Beliau berkata kesemua kakitangan dilengkapkan dengan kursus khas bagi menjaga pelajar mengandung ini.

“Kursus tatacara penghuni, pentadbiran telah diikuti dan kami akan pergi mengikuti kursus di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat seminggu di Air Lereh dan dua minggu di Pejabat Tunas Bakti,” katanya yang teruja dengan tanggungjawap baru yang digalasnya sekarang.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Pengarah Penguatkuasaan JAIM Rahimin Bani dan beberapa pegawai Kebajikan Masyarakat.

Bagaimanapun Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dijangkakan akan merasmikan pembukaan sekolah ini tidak dapat hadir ekoran beliau masih berada di Sabah.

dapat 65 recommended di fb..thanks guys :)

Berita-berita semasa kerja di The Malaysian Insider

Kematian tragis Sosilawati ulangi kes Mona Fandey 17 tahun lalu

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Jutawan produk komestik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pengiringnya dilaporkan dibunuh dan dibakar oleh pekerja-pekerja suspek utama — menyingkap kembali kes pembunuhan membabitkan pasangan Mona Fandey 17 tahun lalu.

Berdasarkan laporan media hari ini, keempat-empat mangsa kemungkinan dibunuh oleh sekurang-kurangnya tiga pekerja atas arahan suspek-suspek utama.

The Star melaporkan suspek-suspek utama mengarahkan tiga pekerja lelaki membunuh mereka di ladang kelapa sawit di Sungai Gadung.

Dipercayai ladang itu dimiliki oleh peguam adik-beradik yang ditahan.

Pembunuhan itu dipercayai berlaku selepas Sosilawati pergi menemui suspek berkenaan untuk mendapatkan wang pendahuluan berhubung urus niaga tanah bernilai RM25 juta.

Keempat-empat mangsa dikatakan dipukul dan dibunuh sebelum dibakar.

Bagaimanapun sehingga kini polis belum dapat mengenal pasti identiti mangsa yang didapati dibunuh dan dibakar, yang abu mereka dibuang ke dalam sungai.

Polis mengesahkan kematian mereka setakat ini berdasarkan pengakuan suspek-suspek utama.

Pada Julai 1993, negara dikejutkan dengan modus operandi yang digunakan dalam kes menyayat hati.

Sekali imbas ia mirip kepada modus operandi yang digunakan oleh pasangan bomoh Maznah Ismail, Mohd Affendy Abdul Rahman serta pembantu Juraimi Hussin dalam kes bunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Talam, Datuk Idros.

Wakil rakyat itu dibunuh antara pukul 11 malam 2 Julai 1993 dan 12 tengah 12 tengah malam 8 Julai 1993.

Misteri pembunuhan Sosilawati terungkai selepas polis menahan lapan individu berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita sejak Jumaat lalu.

Kesemua suspek disyaki membunuh Sosilawati, 47 bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32 dan pegawai CIMB, Noorhisham Mohamad, 38 yang telah dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Penemuan beberapa barang bukti mangsa di Sungai Kanchong Laut, Tanjung Sepat yang dijumpai oleh Pasukan Penyelam Gerakan Marin semalam mengukuhkan lagi bukti kesemua mangsa dipercayai dibunuh dengan kejam.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia melaporkan beberapa barang bukti yang dijumpai ialah besi, sebatang kayu dengan kesan terbakar, pisah bilah berbentuk sabit, dan barangan milik peribadi milik mangsa yang didakwa sebelum ini dipakai oleh mangsa iaitu jam tangan berjenama Rolex.

Malah terdapat bukti baru yang mengaitkan pembunuhan kejam itu dengan penemuan enam keping zink yang dipercayai digunakan untuk melapik badan-badan mangsa sebelum dibakar.

Maklumat mengenai pembunuhan tidak berperikemanusiaan ini didedahkan sendiri oleh salah seorang daripada tiga suspek lelaki yang ditahan polis.

Bahan bukti yang dijumpai dapat mengukuhkan lagi pembabitan kesemua suspek dengan kes pembunuhan tersebut.

Misteri kehilangan mangsa terjawap apabila polis menzahirkan kecekapan mereka apabila berjaya menahan suspek yang akhirnya membantu siasatan dan membawa kepada penemuan barang bukti dalam pembunuhan kejam ini.

Kes Sosilawati bermula dengan laporan kehilangannya apabila gagal dihubungi oleh ahli keluarganya pada 30 Ogos lalu iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam bergelar Datuk untuk urusan jual beli tanah.

Kesemua mangsa dipercayai dibunuh dengan kejam terlebih dahulu sebelum dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat dan dibuang abu mereka ke dalam Sungai Ladang Gadong bagi menghapuskan bukti.

Bahan bukti yang dijumpai dalam kedua-dua kes cuba dilupuskan dengan sebaik mungkin namun gagal apabila kecekapan polis dalam mengendalikan kes mengatasi segalanya.

Akhbar New Straits Times pula melaporkan penahanan suspek kes ini kemungkinan boleh membantu siasatan 17 kes pembunuhan sebelum ini.

love ! :)

26 December, 2010

Rina Rahman - Ku Ingin Bahagia

Rina Rahman - Ku Ingin Bahagia

Kamus Oxford


pagi tadi..

pagi tadi bila aku terperangkap di dalam opis...apa yg aku buat?
haha aku bukak kamus oxford yg aku dapat daripada Menteri Besar Pahang...
ntah kenapa bile aku pegang kamus tu..aku terbayang MB Pahang dan semua lecturers aku di Pahang..

byk dah jasa pensyarah2 aku sumeni..didik aku sampai jadi org berguna...alhamdullilah..aku harap aku dapat sumbangkan sesuatu utk negara pada masa dtg..

aku x mahu jadi penulis yg rosakkan imej negara dan aku x mahu jadi penulis yg byk timbulkan provokasi..dlm 3 tahun aku jadi penulis..macam2 pengalaman aku blajar..
aku harap aku x menulis yg boleh timbulkan fitnah..ntah kenapa skang ni aku lbh byk berhati2 dalam agenda mana2 pihak sama sekali pun..

aku x mahu dikambing hitamkan dan x mahu digula2kan...aku bosan jadi alat utk parti...aku hanya mahu melaporkan berita yg tepat dan sahih dan tidak suka kalau aku dijadikan alat lg...

pengalaman lepas membuatkan aku sgt2 berhati2...dalam dunia ni..kadang-kala ada yg gunakan agama utk perjuangkan parti...napa harus guna agama? sedangkan aku kenal sgt orang camni...ada ke cakap kat aku, dulu pekerja kami bg gaji RM500 pun boleh berkorban utk parti...haha aku gelak je dalam hati ni...

hai pakcik tua...sedarlah skangni gaji kalau bawah rm3 ribu pun idup di kl ni pun dah dikira miskin bandar, ni pakcik nk suruh kami sume korban gaji kami lg utk parti? aduhhh pakcik dh silap besar la pakcik...

pakcik kene ingat..kami kerja bukan utk parti...kami keja xder niat nk buruk-burukkan parti lain..mana yg betul kami laporkan tp xkan la kami nk korbankan gaji kami sume utk parti sedangkan idup kami pun di kl ni kos nya tinggi...ada pikir ke x pakcik ni? aku jadi bosan plak bile berdepan dgn org yg pandai je cakap tp x laksanakan kebajikan pekerja seadanya..cukup2la cakap besar sume tu...

aku kalau dah bosan sgt, aku amik kunci kete..terus bla kuar minum...haha malas nk layan mende cam ape ni... aku nk marah tp x reti nk tengking2 org atau berlagak dgn cakap aku..haha jalan terbaik, aku buat pangai amik kunci kete terus bla minumla...haha cukup2 la pakcik sume membanggakan diri dgn parti masing2...

kami anak muda sume dah bosan dgn permainan politik yg ada ni..cukup2la tu nk jadikan kami bahan atau alat utk propaganda parti..

hmmm...

Masuk Semester Baru


Aku berkorbar2 nk masuk semester baru ni...aku harap semester kali ni lbh byk memberikan sinar cahaya baru pd idup aku...aku harap semester kali ni aku dpt byk lg subjek yg boleh score A...hopefully la..

Dalam sedar tak sedar..dah 2 semester berlau dan aku ada 3 thn lg nk habiskan blajar ni...kadang2 aku gv up di tgh jalan....gv up ni ada macam2 sbb...aku malas nk rungkaikannya lbh dalam..biarlah aku sj yg tahu sudah memadai kot..

tp camne pun thn dpn, aku harap 2011 ni takder idup aku macam hantu kak limah dah kot..haha aku harap thn2 yg mendatang sumenyer smooth n move...aku harap aku dpt lbh bergaul dgn org yg educated di sekeliling aku...jgn serabutkan aku dah dgn pangai kebudak2kan kawan2 yg pernah aku jumpe selama ni...aku rimas...

masalah aku sendiri pun x tersettle ni nk pk kan masalah org lain....aku macam kene jadi selfish skit dah kot..haha kene keringkan hati dan x mahu amik port dah mende bodoh2 ni...

mende2 camni kalau positif ok gak ... ni x yg aku dgr pasal si anu si labu dan si labi sumenye negatif ...nape nk kaitkan aku dgn idup org sedangkan aku x pernah kacau idup org? kenapa nk sebut pasal aku lg sedangkan aku x pernah buat jahat kat org2 ni? haha macam2 dunia ni...aku malas nk pk dah n hope org2 ni sume x kacau idup aku dah..sbb aku dh bagaia dgn idup aku yg skangni..

barakallah' insyaallah..