28 December, 2010

Berita-berita semasa kerja di The Malaysian Insider

Akaun Facebook kes bunuh Sosilawati makin bertambah

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz
September 15, 2010

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Pembunuhan kejam usahawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain bukan sahaja mendapat tempat meluas dalam media tradisional dan perbualan hangat khalayak ramai, turut memikat perhatian peminat-peminat beliau di alam siber.

Setakat petang tadi, didapati enam laman sesawang sosial Facebook telah diwujudkan oleh peminat-peminat Sosilawati.

Akaun-akaun Facebook didaftarkan bagi menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan pada masa yang sama bagi menuntut keadilan dengan hukuman berat dikenakan ke atas mereka yang meragut nyawa mereka.

Salah satu akaun didaftarkan atas nama “Hukum Mati Ke Atas Pembunuh Datuk Sosilawati is on Facebook” – mendapat perhatian meluas dengan mempunyai 13,469 orang yang menanti perkembangan kes ini.

Akaun itu membawa mesej “page ini dibina untuk memberi sokongan ke atas keluarga arwah Datuk Sosilawati dan tiga sahabatnya dengan menyeru PDRM dan Peguam Negara menjatuhkan hukuman mati ke atas semua pembunuh. Pembunuhan yg tidak berhati perut. Mati dibalas dgn mati. Sila Sebarkan!!”

Malah akaun facebook tersebut mendapat komen yang terbanyak apabila baru beberapa jam mengeposkan gambar suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan itu.

Sebanyak 455 komen dicatatkan dalam masa lapan jam setelah gambar semua suspek disebarkan di akaun facebook tersebut.

Seorang pengunjung akaun facebook yang bernama Danny turut memberi komen terhadap gambar yang diposkan meminta semua orang bersabar ekoran siasatan polis sedang dijalankan.

“Sabar sabar semua orang. Malaysia ialah sebuah negara yang bertamadun, terpaksa ikut undang undang persekutuan, itulah mesti gunakan prosedur untuk menjatuhkan hukuman mati pada mereka tetapi percayalah mereka kali ini tidak dapat melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, sehingga pukul 6 petang tadi dijangkakan terdapat lebih banyak lagi akaun facebook jutawan Sosilawati bersama tiga lelaki yang dibunuh kejam akan dibuka oleh orang awam bagi menzahirkan ucapan takziah dan tuntutan keadilan.

Setakat ini, tinjauan The Malaysian Insider ke atas laman sesawang www.google.com memuatkan pencarian enam akaun facecook yang baru dibuka.

Empat daripadanya ialah Facebook Datuk K Pathmanebhan Nalliannen Suspek Pembunuh Sosilawati, Datuk K Pembunuh Kejam Sosilawati, Wajah Pembunuh Datuk Sosilawati dan 3 Mangsa Lain dan Photos of “Brothers” Who Murdered Millionaire Businesswoman Datuk Sosilawati Lawiya.

Malah tidak hanya ucapan takziah kepada mangsa, ucapan tahniah kepada polis turut dimajukan di laman akaun facebook lain yang dibuka atas nama “Datuk Sosilawati Waliya”.

Beberapa pengunjung yang kagum dengan kecekapan polis kali ini menzahirkan rasa syukur mereka terhadap kecekapan pihak polis dalam menyelesaikan kes jenayah pembunuhan kejam ini.
Akaun facebook ini meletakkan gambar profil Sosilawati yang memakai jubah dan selendang hitam ini mendapat perhatian sebanyak 4,916 pengunjung pelbagai peringkat umur dan bangsa.

Terdapat dua album gambar suspek dan waris mangsa diposkan ke dalam akaun tersebut bagi tatapan umum terhadap kes pembunuhan kejam yang sedang hangat diperkatakan di negara ini.
Malah terdapat juga nota-nota ucapan takziah daripada pempimpin utama negara yang turut sama dikongsi bersama dipos oleh pengunjung ke dalam akaun facebook ini.

Antaranya nota ringkas ucapan takziah daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang baru sahaja diposkan hari ini.

No comments:

Post a Comment