31 March, 2013

Kerja plus lemau :( mahu Umrah ...

Assalamualaikum...hari ni aku  rasa lemau sangat walaupun off day...

Pagi tadi baru sampai dari Balok, Kuantan, ada sedikit tugasan di sana...aku settle kan kerja habis dalam kul 11 pagi ni jugalah...penatnya...

Bilalah hendak PRU13 kan? 

Aku rasa badan dan otak penat yang amat fikir politik negara yang tak pernah habis...


Aku rasa dah tak sabar nak PRU13...nak cepat semuanya berlalu...rasanya rata-rata rakyat pun dah muak dengan politik tanah air...hendak semuanya cepat berlalu dan mengundi...

Aku nak dengar sangat PM bubar Parlimen...aku nak planning apa yang patut dah... especially pergi menunaikan Umrah... cepatlah PM umumkan tarikh...harap planning kali ini menjadi...tak sabar rasanya nak pergi ke kota suci Madinah...rinduku pada Mu Ya Rasulullah semakin menebal... :'( rinduunya ....

Walaupun kita hanya pernah jumpa sekali sahaja di dalam mimpi ketika Allah hadiahkanku bermimpi dengan Mu Ya Rasullulah pada hari kelahiranku yang ke 28 dulu...

" Tq Allah  for the best gift i ever received from you O Allah... :'( "

Masih aku ingat wajah Mu Ya Rasulullah yang penuh terpancar dengan cahaya...

Engkau berdiri di satu tiang di Kota Madinah berhampiran dengan sebuah masjid...aku dan kakakku dari jauh dapat melihat Mu Ya Rasulullah...kakakku paling happy, wajah kami penuh dengan kesyukuran kerana dapat berjumpa dengan Mu Ya Rasulullah...

Aku faham mimpi ini menyeru agar aku cepat menunaikan ibadah Umrah... Ya Allah, berikanlah kesempatan pada aku tahun ini untuk melawat Ya Rasulullah di Kota Suci Mekah, aku teringin sekali pergi ke makam-makam nabi yang ada di sana...permudahkanlah Ya Allah urusanku...amin...

Harap cepat sangat PRU13 berlalu...amin...

Loves,
Sha



Dato' Siti Nurhaliza & Tan Sri Dato' S.M. Salim - Bergending Dang Gong (...


Pandang-pandang Jeling-jeling - Tan Sri Dato' S.M. Salim & Dato' Siti Nu...

I love this song so much... :)


30 March, 2013

Follow your dream day by day...


What I want in my life?

1. To find my own dream:
  • 10 big dreams
  • then 40 important dreams
  • finally 50 small dreams.

10 big dreams:
  •  to be a good servant to Allah
  • to be successful business woman
  • to be richer, then easy help all Muslims
  • to be nice person
  • have a great job
  • have a great husband
  • have a great family
  • have a great friends
  • have company
  • have a good environment
Loves,
Sha

29 March, 2013

Tawaf Wada’


Tawaf Wada’
 
Tawaf Wada’ ialah tawaf ‘selamat tinggal’  yang wajib dikerjakan - bukan sahaja oleh setiap orang yang mengerjakan haji dan umrah tetapi juga oleh orang yang hendak meninggalkan Kota Makkah untuk bermusafir sejauh dua marhalah atau lebih kerana menghormati dan memuliakan Baitullah. Berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya dan dikenakan Dam.
 
Syarat Tawaf Wada’
 
Sama seperti tawaf umrah dan tawaf ifadhah. Tetapi sebelum memulakan  Tawaf Wada’ seseorang itu perlu berniat.
 
 
Pengecualian (tidak berdosa dan tidak dikenakan Dam)
 
- Perempuan yang kedatangan haid atau nifas.
- Perempuan yang didatangi darah istihadhah( darah penyakit) pada lazimnya dia haid.
- Orang luka yang mengeluarkan banyak darah.
- Orang yang tidak mendapat air atau tanah untuk mengangkat hadas besar.
- Orang yang takut terancam nyawa, kehormatan diri atau harta bendanya.
- Orang yang takut ditinggalkan kawan.
- Orang yang berpenyakit salisalbaul (sering keluar air kencing) atau yang seumpamanya.
- Orang yang dipaksa meninggalkan tawaf.
- Orang yang takut kepada peminta hutang dalam keadaan dia benar-benar tidak berupaya membayar hutangnya.
- Orang tua yang terpaksa dipimpin atau diusung kerana uzur.
 
Perhatian:
- Tawaf Wada’ dikerjakan hanya setelah segala-galanya siap untuk berangkat meninggalkan Kota Makkah.
 
- Setelah mengerjakan Tawaf Wada’ seseorang itu tidak lagi dibolehkan balik ke bilik penginapan kecuali untuk tujuan sembahyang fardhu, membuang air kecil atau besar, mengambil barang, makan atau minum dengan syarat masa yang diambil tidak terlalu lama.
 
- Jemaah yang terpaksa berangkat keluar dari Makkah dengan segera sedangkan dia belum lagi mengerjakan Tawaf Ifadhah dan Tawaf Wada’ memadailah baginya mengerjakan Tawaf Ifadhah sahaja.
 
- Perempuan yang haid tidak dibolehkan melakukan tawaf wada’. Sebagai ganti bolehlah berdiri di hadapan pintu Masjidil Haram dan berdoa
 
- Orang yang tidak melakukan Tawaf Wada’ kerana jahil atau terlupa tidak dikecualikan dari membayar Dam. Dam yang dikenakan ialah Dam Taqdir dan Tertib.
 
Credit to http://www.jawhar.gov.my/i-umrah/index.php/persediaan-para-jemaah/52-tawaf-wada

Larangan Ihram


Larangan Ihram
Mulai dari saat melafazkan niat hinggalah sempurna semua Rukun Umrah, jemaah hendaklah berwaspada supaya tidak melanggar larangan ihram seperti berikut:
LARANGAN IHRAM
Mengugurkan rambut atau bulu di badan  (sama ada dengan cara menggunting, mencukur,menggosok, mencabut, mengesat, menganyah,mengelap dan sebagainya)
Memakai minyak rambut pada kepala (dan janggut, bagi lelaki)
Menggunakan bau-bauan pada badan, pakaian,makanan atau minuman
Memakai sarung tangan
Mengerat kuku
Memburu atau membunuh binatang yang halal dimakan sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal
Menebang, memotong, mencabut atau merosakkan pokok atau tumbuhan di Tanah Haram (sahaja)
Berakad nikah sama ada berijab atau qabul untuk diri sendiri atau bertindak bagi pihak orang lain
Bercumbuan
Melakukan persetubuhan
LARANGAN IHRAM
JEMAAH LELAKI
JEMAAH WANITA
memakai pakaian yang bersarung (sama ada berjahit atau pun tidak) yang disarungkan ke badan termasuk seluar dalam, baju dalam, sarung kaki, songkok dan sebagainya

menutup muka

menutup kepala atau sebahagian daripadanya.

memakai kasut yang menutup tumit dan jari kaki.


Ihram Kanak-Kanak
- Kanak-kanak yang sudah baligh yang mengerjakan umrah bertanggungjawab membayar Damnya sendiri jika dia melanggar larangan ihram.
- Bagi kanak-kanak yang belum baligh tetapi sudah mumayyiz (dapat membezakan antara bersih dan kotor) menjadi tanggungjawab ibubapa atau penjaganya membayar Dam kerana melanggar larangan ihram.
- Kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak dikenakan apa-apa Dam bagi kesalahan melanggar larangan ihram.

Credit to http://www.jawhar.gov.my/i-umrah/index.php/persediaan-para-jemaah/51-larangan-ihram

Persiapan Diri Menunaikan Umrah


Persiapan Diri Menunaikan Umrah
 
Memperbetul tujuan semata-mata kerana Allah S.W.T.
 
Sesuatu pekerjaan itu hanya menjadi ibadah dan mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T. apabila:

- diniatkan semata-mata untuk mematuhi perintah Allah S.W.T.;
- caranya menepati syariat yang ditetapkan;
- tidak berlaku sebarang penyelewengan; dan
- ibadah wajib seperti sembahyang, berpuasa, berzakat dan lain-lain tidak ditinggalkan.
 
Oleh itu, elakkan diri dari mengerjakan haji dan umrah kerana sebab-sebab sosial, ekonomi, politik atau tujuan-tujuan lain.
 
Mendapatkan ilmu yang cukup
 
Setiap ibadah termasuk umrah yang dikerjakan tanpa ilmu adalah sia-sia. Ini kerana kerja-kerja ibadah tidak boleh dibuat secara ikut-ikutan sahaja. Selok belok pelaksanaan ibadah umrah perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dengan sempurna sewaktu di Tanah Suci tanpa bergantung kepada orang lain.
 
Menggunakan sumber wang yang halal
 
Ibadah umrah adalah merupakan salah satu persembahan kepada Allah S.W.T. Sama ada diterima atau sebaliknya, ia bergantung kepada sejauh mana sempurnanya ibadat itu dilaksanakan dan sebersih mana pula wang ringgit yang digunakan.
 
Pastikan wang ringgit yang digunakan  untuk menunaikan umrah (tambang menambang, makan minum, penginapan dan lain-lain) malah yang digunakan untuk kehidupan seharian adalah dari sumber yang halal lagi bersih dari sebarang penyelewengan atau penindasan. Mata pencarian yang haram, selain dari berdosa, boleh menyebabkan  hilangnya keberkatan dalam kehidupan.
 
Menjaga kesihatan jasmani dan rohani
 
Pelaksanaan ibadah umrah memerlukan kesihatan fizikal dan mental serta kestabilan emosi. Bakal jemaah hendaklah menjaga kesihatan menerusi pemakanan yang baik dan seimbang serta memperbanyak aktiviti riadah. Selain itu, jemaah hendaklah melatih diri supaya bersikap positif dan bijak mengawal perasaan.
 
Menyempurnakan semua rukun Islam yang lain
 
Ibadah haji adalah rukun yang kelima dan terakhir selepas mengucap dua kalimah syahadah mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengeluarkan zakat.
 
Bakal-bakal jemaah umrah perlu terlebih dahulu mempunyai kefahaman yang sempurna bersabit tuntutan Syahadah, sembahyang, puasa dan zakat serta melaksanakannya.
 
Memperbanyakkan amalan sedekah
 
 
Sesuatu yang boleh meringankan bebanan orang lain (termasuk suami, isteri, ibubapa, saudara mara, sahabat handai, faqir miskin, anak yatim dan sebagainya) sama ada dalam bentuk wang ringgit, tenaga hatta senyuman atau perwatakan ceria adalah sedekah. Amalan sedekah membantu menambah pahala, mengurangkan dosa dan membantu hubungan sesama manusia.
 
Bakal jemaah digalakkan memperbanyakkan sedekah sewaktu di Tanah Air dan juga di Tanah Suci nanti. Ia membahagiakan pihak yang menerima dan turut membahagiakan pihak yang memberi. Sewaktu berada di Tanah Suci pula, para jemaah hendaklah menggunakan sebaik-baiknya kesempatan untuk memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan.
 
Menunaikan sembahyang berjemaah
 
Matlamat menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci Makkah antara lain ialah untuk memanfaatkan masa yang ada sebaik mungkin untuk beribadah terutamanya di Masjidil Haram. Peluang berada di Tanah Suci Makkah hendaklah digunakan sebaiknya untuk beribadah sebaik mungkin seperti menunaikan solat berjemaah.
 
Menjauhi amalan-amalan syirik
 
Menyengutukan Allah adalah merupakan salah satu dosa besar. Tidak selayaknya orang yang hendak menjadi tetamu Allah membuat kerja-kerja syirik seperti beramal dengan ilmu sihir, bergantung hidup kepada tangkal azimat dan sebagainya.
 
Selain itu, bakal-bakal jemaah hendaklah menghindari sifat suka mengejar kebendaan dan kesenangan hidup sehingga meremehkan soal halal dan haram, dosa dan pahala serta syurga dan neraka.
 
Memperbaiki akhlak dan menghindari sifat-sifat mazmumah (tercela)
 
Tanah Suci Makkah adalah tempat orang memperlihatkan peribadinya yang sebenar. Orang yang hendak menjadi tetamu Allah S.W.T. hendaklah mempunyai adab yang baik sama ada dari segi perbuatan, percakapan malah niat di hati.
 
Sifat-sifat buruk seperti hasad dengki, sombong, takabbur, panas baran, suka mendedahkan aurat, suka bermegah-megah dan lain-lain hendaklah dijauhi. Menurut maksud hadith, hasad dengki menghapuskan amal kebaikan seseorang sepertimana api membakar hangus kayu api.
 
Tanah Suci Makkah juga adalah tempat pertembungan umat Islam dari segenap pelusuk dunia. Sifat-sifat murni seperti sabar, ikhlas, syukur, tolong-menolong, ramah dan sebagainya akan dapat memudahkan interaksi sesama jemaah.
 
Membersihkan diri dari dosa
 
Sebelum berangkat ke Tanah suci bakal jemaah hendaklah bertaubat dengan:
 
- meninggalkan serta merta perbuatan yang telah menimbulkan dosa;
- berazam dengan sepenuh hati tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi;
- merasa kesal yang amat sangat di atas perbuatan dosa itu; dan
- jika dosa itu ada kaitan dengan manusia, perlu mendapatkan kemaafan dan pernyataan halal bagi kesalahan yang dilakukan dan hak yang  diambil dari manusia tersebut.
 
Berdoa dan bertawakkal
 
Perancangan Allah S.W.T. mengatasi segala perancangan makhluk-Nya. Segala persiapan yang telah dibuat tidak dapat menjamin ibadah umrah dapat dilakukan dengan sempurna. Justeru, para jemaah perlu banyak berdoa kepada Allah S.W.T., memohon keampunan dan pertolongan-Nya.
 
Para jemaah juga sebaiknya memperbanyakkan sembahyang sunat Tahajjud, Tasbih, Taubat dan Hajat menjelang keberangkatan dan juga sepanjang berada di Tanah Suci.
 
Credit to http://www.jawhar.gov.my/i-umrah/index.php/persediaan-para-jemaah/48-persiapan-diri