Assalamualaikum
Rasanya hampir setahun juga saya tidak mengemaskini blog yang sudah bersawang ini.
Saya tidak sempat kerana terlalu sibuk dengan beberapa hal dalam setahun ini.
Pertamanya sibuk dengan bapa saya yang baharu saja buat bypass beberapa bulan yang lalu. Saya terpaksa memberi fokus kepada kesihatan bapa saya. Alhamdullilah kesihatan abah bertambah baik. Syukur kepadaMu Ya Allah.
Keduanya saya sibuk dengan urusan kerja. Alhamdullilah walaupun agak berliku dalam setahun ini tetapi akhirnya atas nasihat emak dan abah, saya berjaya juga mengharungi beberapa cabaran yang membelit saya. Alhamdullilah now i have better quality of life. Ada masa lebih untuk buat aktiviti sendiri dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta.
Ketiganya hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi kita akan mengorak langkah ketahun baharu 2015. Saya tidak memasang azam terlalu tinggi, hanya memenuhi beberapa perkara yang masih tidak selesai. Apa pun saya serahkan kepada Allah swt untuk mengatur hidup saya.
Selalu apa yang saya rancangkan tidak menjadi, mungkin Allah lebih mengetahui yang lebih baik buat saya. Wallahualam.
Ok till we meet again. Take care (:
Loves,
Sha
No comments:
Post a Comment