18 August, 2013

Kisah 1 -Kenapa aku diuji?

Kisah 1 -Kenapa aku diuji?

Cabaran paling besar pernah aku hadapi ketika umurku berusia 27 tahun...
Aku diuji dengan bertimpa-timpa masalah...
Pernah satu hari apabila aku tidak tahan dengan ujianNya...
Aku berhentikan kereta aku di sebuah kawasan sunyi dan aku menangis sepuas-puas hatiku...
Aku bertanya kenapa Allah menguji aku?
Kenapa tidak orang lain? Kenapa kenapa kenapa kenapa Engkau pilihku Ya Allah?
Soalan itu berulang-ulang kali bermain di fikiranku...
Sakitnya diuji...aku dan Dia sahaja yang tahu...

Padaku...
Hanya yang cekal akan ke depan...
Yang putus asa, akan berundur...mungkinkan aku yang berundur itu?
Aku sandarkan kepalaku kepada stering kereta...
Air mataku menitis sebutir demi sebutir di stering kereta...
Mataku bengkak kerana hampir sejam aku menangis tanpa henti...
Apabila aku mendongak semula kepala ku ke cermin pandang belakang kereta...
Aku nampak ada satu sinar cahaya...
Aku tidak tahu dari mana datang cahaya itu....
Tetapi aku pasti cahaya itu untuk menyinari kehidupanku...
Aku pandang belakang...teliti aku perhatikan cahaya itu yang menembusi kereta aku..
Aku tahu aku perempuan yang cekal...
Aku tidak boleh berputus asa...
Kerana aku banyak tanggungjawab yang perlu aku pikul dan selesaikan walaupun aku anak perempuan...
Entah dari mana, kekuatan itu tiba-tiba datang...
Aku perlu bangun...bangun...dan bangun...
Aku bukan orang senang...aku perlu kerja kuat...
Apa pun rintangan di hadapan aku perlu redah demi memberikan yang terbaik buat keluargaku...

Bermula saat itu...
Aku kenal ujianNya untuk menjadikan aku lebih kuat..
Apabila aku sampai ke rumah...
Aku solat sunat syukur kerana diujiNya...
Aku tahu ujianNya untuk menjadikan aku seorang wanita yang lebih cekal dan tabah bagi mendepani liku-liku kehidupan yang sememangnya mencabar padaku...
Bermula saat itu setiap kali aku ada masalah...
KepadaNya hanya tempatku mengadu segala duka lara ku...
Aku akan mencari rumah-rumah Allah untuk aku cari masa denganNya...
Selalunya aku akan solat maghrib jemaah di rumahNya...
Selepas solat...
Aku akan cerita segala maasalah yang aku lalui walaupun Dia lebih mengetahui apa yang terkandung di dalam hatiku...
Setiap kali aku mengadu kepadaNya...jiwaku berasa tenang...
Aku harap Dia sentiasa melindungi aku...merahmati aku...walaupun aku ini hanya hambanya yang biasa-biasa saja...
Tuhanku, pegang hatiku kuat-kuat untuk sabar dengan ujianMu...
Amiinn...

No comments:

Post a Comment