Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdullilah segala puji bagi Allah, Tuhan yang menjadikan kehidupan ini sebagai jalan untuk para hambaNya mencapai kebahagiaan. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat dan seluruh umat yang mengikut jalan Baginda SAW menuju kebahagiaan...
Amma ba'du...
Alhamdullilah saya masih diberi kesempatan untuk menghirup udaranya...selepas meniti perjalanan hidup selama 28 tahun ini, saya berasa banyak perubahan yang berlaku dalam tiga tahun ini..segala-galanya bermula apabila masuk ke alam pekerjaan...
Saya tidak ingin untuk mengulas lanjut mengenai pengalaman kerja di sini..cukup saya lalui pengalaman yang agak bermakna buat saya untuk saya jadikan pengajaran di sini...kadang-kadang hidup ini apa yang direncanakan tidak seperti apa yang diharapkan...kita hanya merancang, Allah menentukan segala-galanya...semuanya saya terima dengan pasrah walaupun ada beberapa perkara yang saya sendiri tidak dapat tunaikan ...
28 TAHUN HIDUP:
Saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih pada emak dan abah yang membesarkan saya dengan susah...saya tahu, banyak keputusan sejak beberapa tahun ini, saya buat tanpa mengambilkira perbincangan dengan orang tua saya...ada banyak perkara yang saya sedih sebenarnya, tetapi perkara tersebut sudah berlaku pun...jadi buat masa ini, saya rasa tidak perlu untuk memikirkannya sangat...apa yang penting bagi saya buat masa ini ialah memperbaiki kelemahan yang ada pada diri saya...
Antara kelemahan saya ialah:
1: Kurangkan bersedih dengan menyibukkan diri membuat pelbagai kerja (skill ni saya rasa sesuai untuk saya alihkan kesedihan saya)
2: Perlu banyak perbincangan sebelum membuat sesuatu keputusan (ramai yang menasihat, life is sharing sharifah, jadi saya sedang cuba belajar share my problems, kalau tidak, selalunya saya menyelesaikan masalah saya seorang diri)
3: Saya perlu kurangkan ambil makanan pedas (hendak jaga usus dll)..
Saya berasa sejak akhir-akhir ini, saya sudah banyak belajar menerima keadaan di sekeliling saya. Semoga saya menjadi lebih tabah dan sabar...be strong Sharifah..be strong dear..
HADIAH HARI JADI
Tahun ini tidak ada apa-apa yang istimewa sangat berlaku pada hari jadi saya, seperti biasa, setakat sambutan keci;-kecil itu mungkin ada, tetapi apabila umur sudah meningkat, saya berasa semakin segan hendak menyambut hari kelahiran ini...
Menyambut hari kelahiran ini mengingatkan saya yang umur saya semakin lama semakin dekat dengan kematian...entah esok lusa, saya sudah tiada di dunia ni...
Saya pun tidak pasti sama ada saya sempat mendirikan rumah tangga sebelum meninggalkan dunia ini...perkahwinan adalah satu perkara yang diidam-idamkan oleh semua manusia di muka bumi ini...saya yakin dan pasti, orang kurang upaya, orang gila sama sekali pun mahu berkahwin, semua yang bernafsu mahu berkahwin...tetapi itulah, antara sempat atau tidak sempat...semuanya Allah tentukan..saya pasrah..
Cuma satu perkara yang saya fikir ada kelainan selepas berumur 28 tahun, saya mimpi bertemu dengan Rasulullah di Mekah...
Dalam mimpi itu ada kakak sulung saya dan saya...Kami berdua hendak pergi berjumpa Rasulullah di Mekah..kami berdua dalam pakaian telekung ...Muka kakak paling berseri-seri, tidak pernah saya melihat kakak berseri-seri itu dan saya turut berseri senyum manis tak sabar berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW di sana...
Sebaik sampai di Mekah, ada satu lelaki bercahaya sedang memandang kami daripada jauh...saya tidak dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas, tetapi saya rasa itulah Rasullullah...tiba-tiba saya terjaga daripada mimpi, tengok jam ketika itu sudah jam 5.49pagi...saya berselawat banyak...di dalam hati, mimpi apakah ini? banyak kali juga selepas terjaga daripada tidur itu, saya menyoal diri saya, benarkan aku bermimpi Rasulullah, benarkah lelaki bercahaya itu Rasulullah ??? ...
Semuanya berlaku dengan pantas...apa pun mimpi ini, saya berfikiran positif...mungkin saya sampai termimpi perkara ini kerana sejak akhir-akhir ini panggilan hendak menunaikan umrah banyak kali bermain di fikiran dan hati saya...memang saya hendak pergi ke sana buat Umrah, tetapi rezeki tiada lagi...jadi saya pendamkan sahaja semua hasrat ini...
Kadang-kala saya terfikir juga, bermimpi dengan Rasulullah ini adakah sebenarnya Allah hendak berikan hadiah pada hari kelahiran saya yang ke 28 ini? Bukan apa, selepas bermimpi Rasulullah, saya rasakan banyak perkara yang berubah pada diri saya...Hati saya akan cepat gundah kalau saya melewatkan solat...ini yang paling ketara buat masa ini...
Malah apa yang terlintas di fikiran saya, pasti perkara itu akan berlaku...Sebagai contoh saya terfikir salah seorang kawan saya di pejabat, Sany akan accident selepas ini, perkara itu terjadi dalam masa seminit selepas itu, saya juga terfikir tayar kereta saya akan pancit sat lagi biarpun keempat-empat tayar baru ganti, selepas beberapa jam, perkara itu benar-benar berlaku sehinggakan Sany suruh saya jangan fikir yang bukan-bukan sudah...beliau takut perkara itu akan menjadi kenyataan, sampai Sany sebut "Fikiran kak pah masin, jgn fikiran lagi sudah"...tergelak juga saya dibuat dengan kata-kata Sany tu..hmmm entahlah..(sambungan esok)
-maaf,saya berasa mengantuk yang teramat..hari ini demam panas selepas terkena hujan petang tadi...perlu masuk tidur sudah...assalamualaikum.. 12.48am
Bersyukurlah...
ReplyDelete