Larangan Ihram
Mulai
dari saat melafazkan niat hinggalah sempurna semua Rukun Umrah, jemaah
hendaklah berwaspada supaya tidak melanggar larangan ihram seperti
berikut:
LARANGAN IHRAM
|
Mengugurkan
rambut atau bulu di badan (sama ada dengan cara menggunting,
mencukur,menggosok, mencabut, mengesat, menganyah,mengelap dan
sebagainya)
|
Memakai minyak rambut pada kepala (dan janggut, bagi lelaki)
|
Menggunakan bau-bauan pada badan, pakaian,makanan atau minuman
|
Memakai sarung tangan
|
Mengerat kuku
|
Memburu atau membunuh binatang yang halal dimakan sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal
|
Menebang, memotong, mencabut atau merosakkan pokok atau tumbuhan di Tanah Haram (sahaja)
|
Berakad nikah sama ada berijab atau qabul untuk diri sendiri atau bertindak bagi pihak orang lain
|
Bercumbuan
|
Melakukan persetubuhan
|
LARANGAN IHRAM
|
|
JEMAAH LELAKI
|
JEMAAH WANITA
|
memakai
pakaian yang bersarung (sama ada berjahit atau pun tidak) yang
disarungkan ke badan termasuk seluar dalam, baju dalam, sarung kaki,
songkok dan sebagainya
|
menutup muka
|
menutup kepala atau sebahagian daripadanya.
|
|
memakai kasut yang menutup tumit dan jari kaki.
|
Ihram Kanak-Kanak
-
Kanak-kanak yang sudah baligh yang mengerjakan umrah bertanggungjawab
membayar Damnya sendiri jika dia melanggar larangan ihram.
- Bagi kanak-kanak yang belum baligh tetapi sudah mumayyiz (dapat
membezakan antara bersih dan kotor) menjadi tanggungjawab ibubapa atau
penjaganya membayar Dam kerana melanggar larangan ihram.
- Kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak dikenakan apa-apa Dam bagi kesalahan melanggar larangan ihram.
Credit to http://www.jawhar.gov.my/i-umrah/index.php/persediaan-para-jemaah/51-larangan-ihram
Credit to http://www.jawhar.gov.my/i-umrah/index.php/persediaan-para-jemaah/51-larangan-ihram
No comments:
Post a Comment