"Although they plan...Allah also plans...and Allah is the best of planners" ~ Surat Al-Anfal: 30
25 February, 2011
18 February, 2011
15 February, 2011
02 February, 2011
Doa yang saya takkan lepaskan ... insyaallah ... :'(
"Sesiapa yang membaca Surah Al-Qadr (Inna anzalnahu fi lailatil qadr) kepada bayi yang baru lahir, nescaya bayi itu tidak akan melakukan zina semasa hayatnya" Maksud Hadits.
"“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”dan juga dari Surah Al-Anbiya ayat 89 yang bermaksud“ Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat, dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.”
thanks Abg Faisal...tersentuh hati sy bila baca mengenai doa ini..menitis air mata sy.. :'(
01 February, 2011
Mengemas..
Bismillahirrahamanirrahim...
Assalamualaikum...
Hari ni cuti Wilayah...kepada rakan-rakan yang dapat menyambut cuti wilayah hari ni...alhamdullilah...kepada rakan-rakan yang terpaksa kerja...selamat bekerja dengan hati yang redha :) ....
Hari ini saya duduk di rumah dan mengemas apa yang patut...sudah agak lama tidak mengemas...bila sesekali dapat mengemas...habis semua saya kemaskan dan buang apa yang patut...
Ada banyak juga barang yang sudah tidak diperlukan...antaranya kertas2 yang bertimbun banyaknya di dalam bilik... kebanyakan kertas ini adalah berkaitan dengan assignments di tempat kerja dan homeworks yang perlu saya buat....
Akhirnya kertas-kertas ini semua dibuang...sayang memang sayang tetapi terpaksa juga buang...hopefully ilmu-ilmu yang ada bersama kertas ini still can stick in my memory...tak banyak, sedikit pun cukup walaupun dua semester sudah berlepas dengan baiknya...
Sudah lama tak mengemas ni satu hal...tak tahu nak mulakan dari mana dahulu...akhirnya saya mengambil keputusan, untuk mencuci segala baju dahulu...lepas tu saya mengemas di bahagian buku-buku..kemudian, mengemas can melipat baju-baju yang sudah dicuci...kemudian mencuci toilet dan akhirnya mengemas katil...katil ni paling simple...haha sebab tidak perlu buat macam mengemas barang lain...dalam masa lima minit sudah siap mengemas katil...
Emak selalu pesan pada saya dahulu, kalau sudah kahwin...pastikan bilik selalu kemas...
Emak pesan lagi, at least kalau sudah malas sangat, seminggu sekali mesti tukar cadar katil tu...
Mesti lap cermin tingkap selalu...banyak habuk melekat tanpa disedari...boleh bawak penyakit tb..bahaya sudah...itu pesan emak :)
Emak ajar banyak perkara...saya masih ingat bagaimana emak mengajar saya melipat kain baju...kalau lipat seluar pun ada caranya...
EMak juga yang ajarkan saya bagaimana hendak iron baju...bermula dari mana iron pun ada caranya...
Emak juga mengajar saya bagaimana hendak memasak...kalau hendak potong sayur atau sia ikan pun ada caranya...potong daging pun begitu...
Itulah Emak...yang sentiasa risaukan anak-anak perempuannya...Bagi saya, mana-mana Emak pun mahu melihat anaknya dapat lakukan aktiviti kerja harian sebaik mungkin biarpun sibuk menjadi seorang wanita bekerjaya disamping menjadi isteri, ibu disamping perlu menghabiskan belajar 'PJJ' ...
Emak juga selalu ajar saya bagaimana hendak tanam pokok bunga...setiap hari Sabtu dan Ahad, sekiranya saya pulang ke kampung di Kuala Kangsar, sudah pasti saya membantu Emak bercucuk tanam juga...Emak dan Abah share same hobbies... Satu Family suka menanam pokok bunga, pokok buah-buahan, sayur-sayuran dan bermacam-macam lagi pokok...
Abah suka menebas...teringat pula saya membantu Abah menghidupkan enjin mesin penebas rumput tu...kadang-kadang saya rasa nak tergelak pun ada, nak hidupkan enjin penebas mesin rumput ni bukan senang rupanya...perlukan kederat yg cukup, kata orang Perak .. :)
Hampir 2 jam mengemas...akhirnya semua settle... hari ni 2 jam mengemas membuatkan saya imbas kembali kenangan mengemas bersama orang-orang tua saya...
Bila dididik dari kecil mengemas...insyaallah sudah besar ni pun tiada susah sangat hendak mengemas...
Mengemas ini juga sebenarnya baik ... Bila mengemas, insyaallah kita pun akan jadi kemas orangnya automaticallly...kemudian dalam Islam pun ada kata, "Kebersihan itu sebahagian daripada iman" ... mudah-mudahan amalan mengemas ini dapat dilakukan selalu....amin..
-best regards-
#sheyfah
Subscribe to:
Posts (Atom)