29 November, 2010

Kembali Semula :)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua saudara-saudaraku yang sudah lama menunggu entry post terbaru...
Sebenarnya sudah lama saya tidak menulis, saya mengambil masa tempoh bertenang dalam dua bulan ini kerana terdapat beberapa perkara yang saya sendiri perlukan masa untuk selesai segala masalah yang datang tidak henti-henti.

Dua bulan ini saya lalui dengan penuh sabar...kadang-kala saya menangis sewaktu saya sedang memandu dek taktala tidak dapat menahan ujianNya..bukan senang hendak menjadi Sharifah yang dulu..Sharifah yang dulu penuh semangat tetapi Sharifah yang ada sekarang ini pada diriku penuh dengan ujianNya...

Kadang-kala Sharifah ini sudah berputus-asa meneruskan sisa-sisa hidupnya, menyoal diri sepanjang masa, apakah yang telah dilakukan sehinggakan Allah menguji Sharifah ini tidak henti-henti dalam tempoh dua bulan ini? Masih adakah ruang untuk Sharifah ini bernafas di dalam lautan sama sekali pun?

Masih adakah Sharifah ini untuk meredah apa jua di hadapan? Pernah seketika terdetik kenapakah Sharifah ini yang Allah pilih untuk diletakkan pelbagai jenis ujianNya?

Sedih memang sedih...tetapi dalam dua bulan ini jugalah Sharifah ini mempelajari banyak perkara...hati yang resah bertambah resah sekiranya tidak cuba bertenang...

Maka Sharifah ini pun mencari punca mengapa diuji sedemikian rupa? Beberapa analisis dibuat dan biarlah Sharifah ini sahaja yang tahu apa dan kelemahan yang digalas sepanjang bergelar seorang wartawan mahupun penulis...

hmmm.... Tetapi sejak beberapa hari ini Sharifah ini bangkit semula...bangkit untuk tidak meneruskan kehidupan dalam sisa-sisa orang yang tidak berpedoman...banyak teguran dijadikan guru seumur hidup..biarlah yang sudah berlepas, lepaskan..perlu ada matlamat yang jelas mengapa hidup ini perlu diteruskan tanpa menyoal lebih banyak tentang ketentuanNya...

----

Maka bermulai hari ini, setiap sekali sebelum memulakan kerja...saya akan cuba membaca doa di bawah ini...mungkin kelalaian membaca doa kerja menjadikan beberapa perkara tersasar jauh dari diriku dalam beberapa bulan ini..

Tidak mahu berputus asa dah..

Doa sebelum memulakan kerja setiap hari..

( Permulaan doa dimulakan dengan Al-Fatihah dan selawat ke atas baginda Rasulullah ) Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.

Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.

Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu.

Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah .

Ya Allah ! Ya Rahman! Ya Rahim! Engkau satukanlah hati-hati kami, agar kami dapat bekerja dengan jiwa yang bersatu-padu, hormat menghormati serta percaya mempercayai, berikanlah kami kekuatan tenaga dan akal fikiran juga kesabaran dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan, pimpinkanlah kami agar kami tahu mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami, juga pimpinkanlah kami ke atas melakukan perbuatan-perbuatan baik dan usaha-usaha yang murni yang Engkau redai serta masukkanlah kami ke dalam lingkungan hamba-hambaMu yang solihin iaitu dengan rahmatMu jua Ya Allah!

Ya Allah Ya Robbul Alamin ! Perkenankanlah kami untuk menuju ke arah petunjuk Engkau dan peliharalah kami daripada perkara-perkara yang menyebabkan kebodohan dan kerosakan diri kami sendiri, selamatkanlah kami daripada sifat-sifat keburukan hawa nafsu kerana ia adalah sejahat-jahat musuh.

Lindungilah kami daripada kesesatan hati , kelalaian, kepapaan , kehinaan, kemalasan, beban hutang, kemiskinan dan segala sifat-sifat yang tidak Engkau redai seperti sifat lara yang sia-sia dan membuang masa. Ya Allah!, Engkau perbaikilah kami di atas urusan agama kami yang menjadi sandaran segala urusan kami, engkau perbaikilah dunia kami yang menjadi tempat penghidupan kami, perbaikilah akhirat kami di mana kami akan dikembalikan.

Ya Allah!, jadikanlah kehidupan kami sebagai tambatan setiap kebaikan untuk kami. ( diakhiri dengan Penutup doa )