15 December, 2011

Semput Days

Salam...

Dah lama x upate blog ni...bz dgn keje n belajar... x sempat nk fikir banyak perkara lately..

Dah 9 hari demam termasuk semput... kene sedut gas... kene pg amik darah sampai 5 kali...kene buat x ray semuanya tu menguji kesabaran tambahan lg kalau di saat kita sdg sakit tu, ada byk perkara lain yang perlu dibuat juga....

Jarang sakit then kene duk umah, rasa cam suri rumah ... yg sebenarnya jarang ada kat umah waktu siang, sy merasa skit janggal dgn keadaan ni....terasa bertambah sunyi n sepi duk umah di siang hari...

Agaknya inilah perasaan mereka2 yg jd suri rumah selama ni.... tambahan yg xder anak dan x der aktiviti yg hendak dibuat...sy x tahu camne nk praktis supaya membiasakan perkara ni dlm hidup sy...kalau...kalau suatu hari nanti sy kene jadi suri rumah...sy dah kene plan ape nk kene buat....harap2 sumenya dipermudahkan nanti...

o'oklah sy dtg singgah jap je blogni...x der mood nk tulis juz tulis ape yg terlintas sj dan terdetik di hati ini....

loves,
sha

23 November, 2011

BZ DAYS ... ALWAYS ... :) I CAN'T MAKE TIME TO UPDATE MY BLOG... HIKS .. :D

Assalamualaikum....

Alhamdullilah bertemu kembali walaupun saya sudah lama tak sempat nak update blog ni....

Agak sedikit busy lately ni...byk perkara terjadi dlm beberapa bulan ni...maka banyak kali jugalah saya terpaksa membuat keputusan mengikut keadaan...

Bercakap mengenai kerja...banyak pengalaman baru yg saya timba...especially di parlimen...macam-macam ragam MP ada....baik dr BN mahupun PR...

Soal belajar pula...hanya tinggal tak sampai 3 minggu lagi saya akan menduduki exam...skang sibuk dgn mid term test dan assignments...lecturer semester ni best2..alhamdullilah semua memahami...cuma tak sedap hati bila ketua kordinator selalu check saya datang kelas ke tak? selalunya dia akan tanya pada kawan2 sy sharifah ada x?

Mcm minggu baru ni...ketua kordinator sampai check ke kelas sy dtg ke x...takut pula dibuatnya kalau escape satu class pun..nanti dia lapor pada mak dan abah...habislah sy...hi2..

Tak sempat nk update blog selalu..mungkin pas final sy akan update slalu insyaallah...

Dikesempatan ni sy minta maaf jika ada hari-hari kerja atau class sampai saya tak sempat nak tegur kawan2 di sekeliling saya...banyak perkara perlu sy fokus dalam satu masa...saya tak punyai banyak masa dah..jaga diri bebaik, semoga kita sentiasa dilindungiNya..insyaallah...

loves,
sha

25 September, 2011

Class...Learning...Long Process....

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum...

Alhamdullilah berjaya jua akhirnya menghadirkan diri untuk kelas for this semester...first class yang sangat bermakna buat saya...

Berjumpa kawan-kawan dan pensyarah-pensyarah UITM yang sentiasa komited dengan tanggungjawap masing-masing....alhamdullilah....

Semester ini saya ambil 5 subjek...Writing for PR, Psychology,Persuasive n Strategic Communication, Marketing Communication and Ethnic Relations....kesemuanya 16 kredit hours dengan yuran belajar RM1,646.00...

Alhamdullilah dengan duit simpanan yang ada, untuk degree, saya tidak membuat pinjaman PTPTN....kalau boleh saya pun tidak mahu buat pinjaman pelajaran nanti hendak bayar semula mungkin susah...setakat buat masa ini, saya guna duit simpanan dulu untuk bayar yuran belajar dan beli semua buku2 rujukan....

Kelas Pertama = Pensyarah Pn.Roy (Writing for PR)

Puan Roy adalah seorang pensyarah part time...beliau bekerja di PNB...saya seronok belajar dengan Pn.Roy...Pn.Roy seorang yang saya boleh klasifikasikan sebagai seorang pensyarah yang penuh dedikasi ketika mengajar....

Beliau agak funny orangnya...dan beliau paling tidak suka kalau pelajar dalam kelas senyap diam seribu bahasa...beliau mahukan kami semua sentiasa ada 2ways communication...

Itulah Pn.Roy.. :)
------------------

Kelas kedua = Pn. Amelia (Psychology)

Seorang anak Melayu yang further her studies di US dulu...

Agak funny but quite straight...

Dalam kelas suka membincangkan isu-isu semasa yang berkaitrapat dengan subjeknya...

Contoh: obesiti, stress dll...

Bila mengajar suka mengaitkan apa yang ada di program tv dengan keadaan situasi yang berlaku sekarang pada anak-anak kecil...

Itulah Pn. Amelia :)
--------------------

Kelas Ketiga = Pn. Hasnita (Persuasive and Strategic Communication)

Pn.Hasnita seorang pensyarah yang agak serius dan particular dengan assignment...

Beliau daripada awal sudah pesan tidak suka kalau students buat main-main...

"Kalau dengan full time students, saya memang straight sangat, dengan part time ni, saya beri sedikit kelonggaran, tetapi saya harap awak faham kelonggaran ini tidak bermakna saya tidak straight dengan apa yang saya mahukan"....

Itulah Pn.Hasnita :)
--------------------

Kelas Keempat = En. Ahmad (Marketing Communication)

Muka macam chinese look rupa-rupanya orang kampung saya juga...orang K.Kangsar...

Agak serius apabila membincangkan tentang apa yang diajarnya...

Seorang yang suka memberi contoh apabila mengajar dan mengaitkannya dengan industri semasa dan pengalaman kerja rakan-rakan....

Lebih suka 2 ways communication dengan students....

Pensyarah yang saya kira mempunyai pengalaman luas dalam marketing...

Itulah Encik Ahmad :)
--------------------

Kelas kelima = Dr. Huzaimah (Hubungan Etnik)

Seorang pensyarah yang sempoi ...

Asyik gelak je dalam kelas bila dengar beliau mengajar...

Suka minta pendapat students mengenai perbincangan yang lebih mendalam...

Sambil mengajar, beliau seorang yang saya kira suka ingat-memperingati antara satu sama lain especially hal-hal agama...

Kami banyak berbincang mengenai Allah dan Nabi Muhammad ...alhamdullilah...saya suka sangat Dr. Huzaimah sebab kata-katanya sentiasa mendorong saya untuk melihat perspektif kejadian dunia ini hanyalah bersifat sementara...

Jadi itulah Dr. Huzaimah :)
---------------------------

Overall setakat kelas yang saya hadir ni semuanya best-best....harap for this semester saya lebih fokus dan boleh score yang terbaik...mudah-mudahan...amin...

Ya Allah, berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk meneruskan kelas-kelas seterusnya dan permudahkanlah urusanku Ya Allah...amin Ya Rab...

# Perlu rajin study untuk future...kesiankan anak-anak nanti dan suami...harap dapat lakukan yang terbaik untuk mereka...harap

loves,
sha

24 September, 2011

To Take Decision or Make Decision..phew :( & ):

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Assalamualaikum ....

My imsonia come back...arghhhh again i can't sleep...so i decided to write a few things that happened to me a long dis week...

hmmm...ok let me first talking about "Decision Making"...

it is quite hard to make a decision...to me there's difference btw to take decision n make decision ...hmmm...usually not easy for people like me in making a decision...sometimes we make a decision by seeing what's around us but not what's good for the future...

for example...whatever decision we are making will be effected to the future dat we undertaking...well in other words make a decision suggests make your mind up rather than as it were sit on the fence....meanwhile take a decison is make your mind up and follow through...

eg: you start making a decision to further your studies in master or phd..and then d war starts, thus you have to study hard n smart in ensuring you always get d best result for ur future....my lecturer Puan Roy always gv an advice to us "alang-alang dah belajar, biarlah result gempak" ... hehe first time dgr i feel like "WOW"...but now i feel like seems everything will be impposible if u working hard on what you want...u can do it sharifah...you can do it... :D bismillah..permudahkan urusanku Ya Allah...

in dis week...i hv made d decision to bring a few changes into my life in order to become a better person...insyaallah... :) Ya Allah pegang hatiku kuat2...pls make du'a for me dat I shall continue on d path I hv chosen...amin Ya Rab..

p/s: ...
further study while working is not easy...you hv to sacrifice in many things...be strong

loves,
sha

23 September, 2011

Sucikan Hati

SUCIKAN HATI
petikan : http://syifamardiyyah.blogspot.com/2011/04/aduhai-hati.html

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana akhlaqnya.

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa. Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga. Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta. Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...

~ tulang rusuk yang bengkok -

loves,
sha

21 September, 2011

Langkah Pertama - Nukilan Mazidul Akmal Sidik

Ahad, Julai 27, 2008
Langkah Pertama

Awal pagi tadi, jam 1.03 saya tiba di Plaza Tol Bukit Lanjan, Petaling Jaya, Selangor. Pegawai dan anggota Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah menjalankan operasi pemeriksaan kenderaan.

“Bang, boleh ambil gambar?"

“Awak dari mana?,” soal saya kepada anak muda kelihatan kemas berkemeja lengan pendek itu.

“Saya Najhan dari BERNAMA, baru kerja dua minggu,” ujarnya.

Selain Najhan, Zak, Azma dan Yue, wartawan dan jurugambar suratkhabar Sinar berusia antara 23 dan 26 tahun berada di lokasi sama. Tanpa berlengah Zak merakamkan gambar menggunakan kamera berharga RM2500.

Klik! Klik!

“Aku pulak,” kata Zak meminta Najhan merakamkan gambar kami berdua.

Azma dan Yue bergegas menyelit di kiri kanan. Saya melihat ‘semangat’ pada jiwa mereka semua. Muda pada usia, baru memulakan kerjaya. Paling lama bertugas, Yue.

“Saya dah setahun setengah,” katanya sewaktu ditanya berhubung tempoh perkhidmatannya.

“Saya tak suka 360,” ujar Najhan berterus-terang kepada semua.

Spontan dia memegang dan menyapu bahu kanan saya berulang kali sambil tersenyum. Barangkali berasa bimbang kenyataannya menyentuh hati kecil saya.

“Tak apa,” balas saya ringkas.

Najhan, 26 tahun, sama usia adik bongsu saya, Mushairil Azmil kini bertugas di Pulau Langkawi, Kedah. Senyuman mereka juga lebih kurang sama, manis bak gula.

Terfikir, manis gula sekalipun, tidak semua gemarkannya. Begitu juga 360. Ada meminati, ada tidak. Tertakluk kepada citarasa individu. Jika tidak masakan ramai melontarkan permintaan berbeza sewaktu di kedai makan ..

“Teh ‘O’ ais kurang gula”, ‘Teh ‘O’ ais, manis sikit ya’, ‘Teh ‘O’ ais tak mau gula’.

Saya dan krew sekadar bekerja memastikan isu diutara pada setiap minggu memberikan ilmu sekaligus pengajaran kepada purata 2.3 juta penonton di seluruh negara. Itu matlamat jelas kami.

“Bang, apa pesanan kepada kita orang ni, baru bekerja?,” soal Zak kepada saya sewaktu jam tangan menunjukkan pukul 2.17 pagi.

Kali pertama saya berasa ‘tua’ dalam melaksanakan kerjaya sama.

“Buat kerja ni kena ada ‘soul’, kena ada jiwa. Kalau tak ada jiwa, kita akan buat kerja separuh hati,” ujar saya ringkas kepada mereka berempat.

“Tunggu bila semua kahwin nanti. Tengok cabarannya jadi semakin besar. Kalau suami, isteri, anak tak faham, payah,” sambung saya.

Maksud saya, kerjaya sebagai wartawan maupun jurugambar menuntut semua bekerja pada ‘odd hours’. Ketika orang lain tidur lena, kita bekerja. Tanggungjawb mampu menggugat hubungan keluarga.

“Kalau suami atau isteri cemburu susah la. Abang dulu macamana?” celah Azma.

Bijak dia meringkaskan intipati perbincangan sebenar. Saya ceritakan kepada mereka, sewaktu isteri mengandung anak pertama, pernah saya membawanya mengikut saya ke lokasi operasi di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur.

“Bentangkan tikar kat tepi jalan, suruh dia duduk. Lama-lama bila dah pagi, tak larat dia. Lepas tu dah tak ikut terus,” kata saya tersenyum mengimbas kenagan silam.

Perjalanan jauh bermula dengan langkah pertama. Saya sudah lama melangkah, langkah mereka baru bermula. Bagaimanapun, saya yakin mereka memiliki semangat kental dalam meneruskan kerjaya seperti semangat saya sewaktu muda belia.

-Nukilan Mazidul Akmal Sidik Jam 12:01 PM-

__________

Assalamualaikum...cerita di atas adalah hasil nukilan En. Mazidul Akmal Sidik...masa beliau menulis tentang kami semua, saya baru sahaja kerja sebagai wartawan di Sinar Harian...

Masa tu banyak perkara yang saya tanya juga kepada En. Mazidul tambahan lagi baru saja bekerja di bidang media ni...

Bukan soal pada aspek kerja sahaja tetapi soal lain juga termasuk percaturan masa hadapan yang saya sendiri pun tak tahu apa akan jadi pada saya jika sudah ada family nanti...

Kerja perlu ada jiwa..perlu ada soul... itu pesanan Mazidul...perlu kental dan kini saya sedang menghadapinya...

Saya berharap sepanjang saya bekerja sebagai wartawan ini..saya tabah menghadapi liku-liku perjalanan yang begitu rumit sekali such as manage time n stress...

Semoga nasihat-nasihat ini akan saya pegang selagi saya mampu...insyaallah...

Ya Allah..tabahkanlah aku...amin Ya Rab...

loves,
sha

18 September, 2011

Sakit Mata

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum...

Saya agak tidak berapa sihat dis week...tak tahu dapat sakit mata ni daripada siapa...in short doktor kata sakit mata ni bukan boleh buat main-main..kalau saya tak jaga mata lelok saya berkemungkinan boleh jangkit pada orang lain pula...so doktor bagi cuti 2hari...n if dakit ni masih x sembuh, doktor suruh datang semula Isnin ni...

Bukan x nak jumpa doktor...instead doktor kata akan suruh cuti lg..hmmmm...ntahlah...

Just wait n see...jika teruk lagi matani..alamatnya kene jumpe doktor lagi..n now I'm avoiding to see people...hehe sian nanti berjangkit...habislah "pecah tokang" opis dah sume dpt sakit mata berjangkit....kang nama sy juga jd sebutan pembvawa virus ini...haha macam2 ada dalam opisni..payahkan bagai..hi2...

Oklah semoga cepat sembuh sakitni...amin..

Supaya cpt dpt masuk opis semula sebelum hari2 terakhir meninggalkan apa yg patut...

:D worries 2much is not so good... Trying to face all the challanges with "senyuman dan sabar"...good luck sharifah...perjalanan selepas ini lebih mencabar...semoga Allah sentiasa melindungi saya...amin Ya Rab..

loves,
sha