Showing posts with label reminder. Show all posts
Showing posts with label reminder. Show all posts

08 January, 2013

Reminder Before Died... : (

Things To Do


Bismillahirrahmanirrahim…
Things to do…( self note )
First of all, I must remind myself to read Al- Quran, then need to read the translation and clear commentary…even if only for 2-10 pages per a day.
I must force myself to obey to Him..to think of what Allah is saying to me…Please O Allah, give me a strength to do it…amin ya rabb…
Loves,
sha

Pintu Taubat Selalu Terbuka

http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&v=TCPpAbz5whk&NR=1

25 September, 2011

Class...Learning...Long Process....

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum...

Alhamdullilah berjaya jua akhirnya menghadirkan diri untuk kelas for this semester...first class yang sangat bermakna buat saya...

Berjumpa kawan-kawan dan pensyarah-pensyarah UITM yang sentiasa komited dengan tanggungjawap masing-masing....alhamdullilah....

Semester ini saya ambil 5 subjek...Writing for PR, Psychology,Persuasive n Strategic Communication, Marketing Communication and Ethnic Relations....kesemuanya 16 kredit hours dengan yuran belajar RM1,646.00...

Alhamdullilah dengan duit simpanan yang ada, untuk degree, saya tidak membuat pinjaman PTPTN....kalau boleh saya pun tidak mahu buat pinjaman pelajaran nanti hendak bayar semula mungkin susah...setakat buat masa ini, saya guna duit simpanan dulu untuk bayar yuran belajar dan beli semua buku2 rujukan....

Kelas Pertama = Pensyarah Pn.Roy (Writing for PR)

Puan Roy adalah seorang pensyarah part time...beliau bekerja di PNB...saya seronok belajar dengan Pn.Roy...Pn.Roy seorang yang saya boleh klasifikasikan sebagai seorang pensyarah yang penuh dedikasi ketika mengajar....

Beliau agak funny orangnya...dan beliau paling tidak suka kalau pelajar dalam kelas senyap diam seribu bahasa...beliau mahukan kami semua sentiasa ada 2ways communication...

Itulah Pn.Roy.. :)
------------------

Kelas kedua = Pn. Amelia (Psychology)

Seorang anak Melayu yang further her studies di US dulu...

Agak funny but quite straight...

Dalam kelas suka membincangkan isu-isu semasa yang berkaitrapat dengan subjeknya...

Contoh: obesiti, stress dll...

Bila mengajar suka mengaitkan apa yang ada di program tv dengan keadaan situasi yang berlaku sekarang pada anak-anak kecil...

Itulah Pn. Amelia :)
--------------------

Kelas Ketiga = Pn. Hasnita (Persuasive and Strategic Communication)

Pn.Hasnita seorang pensyarah yang agak serius dan particular dengan assignment...

Beliau daripada awal sudah pesan tidak suka kalau students buat main-main...

"Kalau dengan full time students, saya memang straight sangat, dengan part time ni, saya beri sedikit kelonggaran, tetapi saya harap awak faham kelonggaran ini tidak bermakna saya tidak straight dengan apa yang saya mahukan"....

Itulah Pn.Hasnita :)
--------------------

Kelas Keempat = En. Ahmad (Marketing Communication)

Muka macam chinese look rupa-rupanya orang kampung saya juga...orang K.Kangsar...

Agak serius apabila membincangkan tentang apa yang diajarnya...

Seorang yang suka memberi contoh apabila mengajar dan mengaitkannya dengan industri semasa dan pengalaman kerja rakan-rakan....

Lebih suka 2 ways communication dengan students....

Pensyarah yang saya kira mempunyai pengalaman luas dalam marketing...

Itulah Encik Ahmad :)
--------------------

Kelas kelima = Dr. Huzaimah (Hubungan Etnik)

Seorang pensyarah yang sempoi ...

Asyik gelak je dalam kelas bila dengar beliau mengajar...

Suka minta pendapat students mengenai perbincangan yang lebih mendalam...

Sambil mengajar, beliau seorang yang saya kira suka ingat-memperingati antara satu sama lain especially hal-hal agama...

Kami banyak berbincang mengenai Allah dan Nabi Muhammad ...alhamdullilah...saya suka sangat Dr. Huzaimah sebab kata-katanya sentiasa mendorong saya untuk melihat perspektif kejadian dunia ini hanyalah bersifat sementara...

Jadi itulah Dr. Huzaimah :)
---------------------------

Overall setakat kelas yang saya hadir ni semuanya best-best....harap for this semester saya lebih fokus dan boleh score yang terbaik...mudah-mudahan...amin...

Ya Allah, berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk meneruskan kelas-kelas seterusnya dan permudahkanlah urusanku Ya Allah...amin Ya Rab...

# Perlu rajin study untuk future...kesiankan anak-anak nanti dan suami...harap dapat lakukan yang terbaik untuk mereka...harap

loves,
sha

23 September, 2011

Sucikan Hati

SUCIKAN HATI
petikan : http://syifamardiyyah.blogspot.com/2011/04/aduhai-hati.html

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana akhlaqnya.

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa. Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga. Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta. Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...

~ tulang rusuk yang bengkok -

loves,
sha