Showing posts with label parents. Show all posts
Showing posts with label parents. Show all posts

10 June, 2011

Derhaka Kepada Ibu Bapa???

Derhaka kepada ibu bapa? Perkara kedua yang Allah haramkan ialah menderhakai ibu bapa.….berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa….(Al-An’am : 151

Ayat ini membawa maksud bahawa ibu dan bapa perlu dilayan denga baik semasa mereka tua…mengapa semasa tua? Jawapannya kerana semasa mereka masih muda, anak-anak masih kecil dan tidak mampu menjaga dan melayan mereka.

Tetapi selepas anak-anak menjadi dewasa dan sudah berdikari sementara ibu bapa pula sudah tua, ketika itulah mereka dapat dijaga dan dilayan dengan baik kerana penjagaan dan layanan yang baik itu memerlukan pengorbanan dari sudut kewangan dan sebagainya. Oleh yang demikian berbuat baik dengan ibu bapa hanya dituntut semasa ibu bapa sudah tua. Mengapa anak-anak dituntut berbuat baik dengan ibu bapa? Kerana ibu dan bapalah yang menyebabkan anak-anak lahir ke dunia…mereka berdualah yang memelihara anak semasa kecil…berjaga malam apabila anak sakit…maka sepatutnyalah jasa ibu bapa dibalas apabila mereka berada di penghujung usia…Rasul S.A.W bersabda di dalam sebuah hadis :

“Syurga di bawah tapak kaki ibu”

Jika kita mahu Allah S.W.T memberikan kita balasan yang baik, kita hendaklah memelihara diri dari melakukan perkara yang boleh menimbulkan kemarahan ibubapa. Ada satu peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W, kisah seorang pemuda yang bernama Alqamah. Dia seorang pemuda yang sangat bersungguh sungguh dalam mentaati Allah dengan banyak melakukan solat sunat, puasa sunat dan banyak bersedekah. Suatu hari dia telah jatuh sakit yang teruk lalu isterinya pergi berjumpa dengan Nabi S.A.W dan menceritakan kepada Baginda bahawa suaminya Alqamah sedang nazak.

Nabi pun menghantar beberapa orang sahabat iaitu Ammar, Suhaib dan Bilal untuk mengajarkan kepada Alqamah ucapan syahadah. Apabila sahabat Nabi tadi mengajarkan kalimah syahadah kepada Alqamah, lidahnya kelu tidak dapat menyebut apa yang diajarkan kepadanya. Sahabat-sahabat tadi pun menceritakan keadaan itu kepada Nabi lalu Baginda pun bertanya adakah Alqamah masih ada ibu atau bapa. Kemudian Baginda diberitahu bahawa ibu Alqamah masih hidup dan dia sudah tua lalu Nabi pun mengutus seseorang kepada ibu Alqamah untuk meminta dia datang bertemu Nabi S.A.W sekiranya mampu. Jika tidak mampu, Baginda sendiri akan pergi bertemu dengannya. Setelah pesanan Baginda itu disampaikan kepada ibu Alqamah, dia pun memilih untuk datang bertemu Nabi kerana kedudukan Baginda yang lebih tinggi.

Lalu Ibu Alqamah pun memaut pada tongkatnya lalu berjalan dengan tongkat tersebut untuk bertemu Nabi S.A.W. Apabila sampai dia pun memberi salam kepada nabi dan Baginda pun menjawab salamnya. Nabi pun bersabda kepada ibu Alqamah : “Wahai ibu Alqamah! Bercakap benarlah denganku. Jika kamu berdusta, wahyu Allah memberitahuku kisah sebenar. Bagaimanakah keadaan Alqamah sebelum ini?” Dia pun menjawab : “Alqamah adalah seorang yang banyak solat, banyak puasa dan banyak bersedekah”. Nabi S.A.W bertanya lagi : “Apa pula halnya dengan diri kamu?” Ibu Alqamah menjawab : “Aku marah kepadanya” Nabi bertanya lagi : “Mengapa kamu memarahi dia?” Dia menjawab : “Alqamah telah melebihkan isterinya berbanding aku dan dia menderhakaiku” Nabi pun bersabda : “Sesungguhnya kemarahan ibu Alqamah telah membuatkan lidahnya kelu dari menyebut kalimah syahadah”.

Kemudian Nabi pun bersabda lagi : “Wahai Bilal! Engkau pergi kumpulkan kayu api yang banyak dan bawakan kepadaku”. Arahan Baginda membuatkan ibu Alqamah bertanya kehairanan : “Apa yang hendak Engkau lakukan wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Aku akan membakar Alqamah di hadapanmu” Ibu Alqamah pun berkata :”Aku tidak sanggup melihat Engkau membakar anakku di hadapanku” Nabi berkata kepada Ibu Alqamah: “Wahai Ibu Alqamah! Azab Allah lebih dahsyat dan kekal. Untuk menyelamatkan Alqamah, engkau pohonlah keampunan Allah untuknya dan berilah keredhaan kepadanya. Demi jiwaku ditanganNya…Tidak akan bermanfaatlah segala solat, puasa dan sedekahnya selagi kamu masih memarahinya”.

Ibu Alqamah pun berkata : “Dengan disaksikan Allah S.W.T, para malaikatNya dan semua orang islam yang ada di sini, sesungguhnya aku telah meredhai anakku Alqamah“. Nabi pun menyuruh Bilal pergi melihat keadaan Alqamah adakah dia sudah boleh mengucap syahadah atau tidak. Harapan Baginda moga-moga ibu Alqamah meredhai anaknya dengan kata-kata dan juga hati, bukannya pada mulut sahaja. Apabila Bilal sampai di rumah Alqamah dia mendengar Alqamah sudah boleh menyebut kalimah syahadah.

Alqamah meninggal pada hari itu juga dan Nabi dating menziarahi jenazahnya lalu baginda menyuruh dia dimandi dan dikafankan kemudian Nabi melaksanakan solat jenazah ke atasnya. Baginda juga mengiringi jenazahnya ke perkuburan kemudian Nabi pun berdiri di atas kuburnya dan bersabda :

“Wahai sekalian kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang melebihkan isterinya berbanding ibunya, dia akan mendapat laknat Allah, MalaikatNya dan manusia seluruhnya. Allah tidak akan menerima amal kebajikan yang dilakukannya melainkan dia bertaubat kepada Allah Azza Wajalla. Hendaklah dia berbuat baik kepada ibunya dan mencari keredhaannya. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu begitu juga dengan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu”

Begitulah kita lihat betapa besarnya kedudukan ibubapa di sisi Allah S.W.T. Sesungguhnya menderhaka dan mengundang kemarahan ibubapa merupakan sebahagian daripada dosa-dosa besar yang sepatutnya dielakan oleh orang islam. Demikian adalah untuk mengenang jasa ibubapa dan juga demi keredhaan Allah S.W.T yang menyuruh berbuat baik kepada mereka.

Sambungan…

Perkara ketiga yang Allah haramkan selepas syirik dan menderhakai ibu bapa ialah membunuh anak. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

…dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu Kerana kemiskinan, kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka…(Al-An’am : 151)

Ayat ini disebut dua kali di dalam Al-Quran. Pertama di dalam surah Al-An’am seperti di atas dan kedua di dalam surah Al-Isra’ ayat ke 31 yang bermaksud :

Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu Kerana takut kemiskinan. kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar. (Al-Isra’ : 31)

Sebahagian ahli ilmu mengatakan bahawa kedua-dua ayat tadi bersamaan antara satu sama lain. Tetapi yang sebenarnya adalah tidak sama antara satu sama lain. Ayat di dalam surah Al-An’am berbunyi ….kerana kemiskinan… yang membawa makna kemiskinan itu telah ada. Dalam ayat ini seorang bapa itu sudah miskin dan dengan kedatangan anak baru dia takut kemiskinannya akan bertambah lalu Allah menenangkan hatinya dengan memberi jaminan bahawa rezekinya tidak akan berkurangan sedikit pun dan rezeki anaknya sudah tersedia.

Sementara ayat di dalam surah Al-Isra’ pula berbunyi …kerana takut kemiskinan…. Yang memberi makna kemiskinan itu belum ada lagi. Seorang bapa takut dengan kedatangan anaknya akan menyebabkan kehidupannya yang senang berubah kepada miskin. Akan tetapi ketakutan itu dijawab oleh Allah bahawa janganlah dia takut kerana rezekinya dan anaknya telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan terjamin.

Pengharaman membunuh anak samalah pengharamannya dengan membunuh jiwa yang tidak berdosa. Allah yang menjadikan sang anak dan Allah lah yang menghendaki anak itu hidup di dunia ini. Oleh yang demikian rezekinya sudah terjamin seperti difirmankan Allah di dalam surah Huud ayat 6 yang bermaksud :

Dan tidak ada suatu binatang melata di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya

Mengapa hendak mengkufuri pemberian Allah dengan membunuh anak…Allah sudah menjamin rezeki seorang bapa dan anaknya itu?!

Seterusnya perkara yang Allah haramkan ialah perkara-perkara keji.Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

…dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi… (Al-An’am : 151)
Derhaka Ibu Bapa

Keji bermaksud melampau contohnya zina adalah satu perbuatan melampau begitu juga dengan meminum arak sehinggalah kepada perkara-perkara lain yang termasuk dalam kategori dosa-dosa besar. Dalam ayat ini Allah haramkan perkara yang nampak terlebih dahulu, mengapa? Jawabnya kerana Allah tidak mahu dosa-dosa itu berlaku secara terang terangan sehingga ianya bermaharajalela dan menjadi ikutan di dalam masyarakat….sehingga hilangnya rasa malu. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :

Setiap umatku diampunkan dosanya kecuali orang yang melakukan dosa secara terang terangan...

Kredit to: http://www.mahyuddinwasoh.com/renungan/allah-yang-meletakan-peraturan-hidup-untuk-kita-siri-3-kemaskini/

23 May, 2011

Abah...Get Well Soon Yer..Loveu..

Semoga urusan abah di kampung semua dipermudahkan...
Ya Allah berikanlah abah dan mak kesihatan yg baik...
Cairkanlah darah abah..aku risau Ya Allah abah dapat stroke...
Sembuhkanlah cepat kaki kiri abah...amin...

Abah..cho syg sgt abah...words mb couldnt enough to describe how much i love u abah...but trust me, dat my love for u is forever n ever...semoga abah cpt sembuh...muahh untuk abah..cho dah lama sampai opis hr ni jam 8 pagi td...doakan anak abah ni berjaya dunia dan akhirat hendaknya...amin...

Doakan anak abah cekal hatinyaye abah..ok..dah settlekan semua kerja ..tgh mencari contact baru untuk dis week abah...doakan anak abah selalu dapat contact yg bagus2 untuk settlekan segala skrip ini abah...abah doakan anak abah ini semakin matang dalam hal urusan kerja..doakan anak abah boleh jadi cool macam abah yer yer yer???


::MIss Babah n Mak So Much::

19 May, 2011

Morning Walk, Abah, Jodoh, dan Hartanah...errrr :P

Hari ni sy bangun kira awal juga..selepas memunaikan solat subuh..berzikir jap..tiba2 rasa nk pg morning walk...

Jam 7 lbh sy pergi morning walk sambil bawa purse n kunci umah..

Sy morning walk di taman perumahan dan selepastu sy pg kedai mamak pekene roti canai sekeping dan teh ais...haha tanpa teh ais mmg x sah...mamak tu pun dah tahu air kesukaan sy... :P

Sy rasa rinduu sgt nak morning walk sama abah...abah suka morning walk dgn cucu2...danish plg slalu ikut abah morning walk...danish pun mmg suka main dengan abah...wlpn br berusia 4thn, danish dan abah suka play hide n seek...

Kalau dalam rumah pun jadi...minggu lepas balik kampung, bila danish datang umah..abah cepat2 nyorok tepi katil...haha danish kecoh cari abah x jumpa n asked me so many times mana atok? "Wan Cho mana atok?" errrr sy gelak2 je tgk gelagat danish cari abah sampai 15 minit juga baru jumpa...

Itupun jumpa selepas danish ternampak tangan abah..hehe ...


Sy bersyukur dapat abah yg sgt sygkan kami dan cucu2 semua...abah sgt caring...sy berharap dapat jumpa bakal suami yg macam abah...


Ciri-ciri yg ada pada abah byk mempengaruhi sy sebenarnya...

1:Abah seorang yang rajin
2:Abah penyayang..jujur..bertimbang rasa...
3:Abah tak kedekut bab2 makanan...kalau kami berada di kampung, pagi2 lagi abah dan rajin ajak saya keluar cari kuih-muih n macam2 lagi di pasar....
4:Abah humble orangnya...
abah suka menolong orang...
selalu dulu kawan2 abah datang ke rumah pinjam duit dengan abah sebab mereka dah takde duit nak beli susu anak2...

Byk lg ttg abah yg mempengaruhi hidup sy...sekurang2nya jika suatu hari sy ditemukan jodoh...sy berharap jodoh sy mempunyai byk ciri2 macam abah...tak byk pun, sikit pun jadi...

Sy risau jika sy dpt jodoh yg berkira...yg kurang prihatin dgn keadaan sekeliling..yg malas bangun pagi...yg malas menguruskan hal rumah, balik kerja terus buat hal sendiri ke...errr sy harap sy x ditemukan jodoh macamtu...sy harap bertemu jodoh yg respect each other...tolerate each other..gv n take...serta jodoh yg boleh bimbing sy dunia dan akhirat insyaallah...

Tp kalau dh dpt jodoh yg x senonoh pangainya...itu namanya takdir, qada dan qadar..sy harus menerimanya dgn hati yg sabar selagi boleh tahan...mudah-mudahan x dipertemukan jodoh yg malas..yg kedekut...yg berkira...yg selfish dll yg yg yg x elok..errr menyeramkan perkahwinan ni...wlpn perkahwinan adalah sunnah tp...perkahwinan juga membuatkan kebanyakan wanita dihantui pelbagai trauma selepas berkahwin gara2....fikirlah sendiri...

Hmm..oklah nk buat research skit pasal hartanah..ptgni nk interview sri kandi yg jual2 hartanah ni...errr never go through about dis seriously but today hv too...

Harap2 semua shooting berjalan lancar hari ni wlpn terpaksa balik lewat skit malam ini...errrr doing skit research skang... help help hehe :P