14 February, 2013

UjianNya



8 Februari 2013
Aku mula merasakan sakit di perut...tapi aku rasa sakit di bahagian perut ini mungkin kerana period pain...aku beli panadol mestrual macam bulan-bulan biasa untuk melegakan sakit itu...aku beli sepapan panadol mestrual , kemudian aku makan dua biji dulu....

Aku rasa sakit ni macam x juga berubah....so aku buat macam biasa, pergi kerja dan sewaktu kerja, sakit ini menyerang aku setiap lima minit...sakitni macam dia datang sekejap dan kemudian dia pergi...dia datang dan kemudian dia pergi...aku masih bertahan, buat seolah-olah macam takda sakit apa-apa...makin lama aku rasa perut aku ni macam kene ditusuk dengan sebilah pisau rambo....

Tuhan saja tahu bertapa aku sakit waktu ni...tapi aku bertahan juga, aku buat macam seolah-olah aku tak sakit bila berada di waktu kerja walaupun setiap lima minit sakit ini mencengkam perut aku....Aduhhh Tuhan saja tahu aku rasa macam dah tak bermaya sebenarnya tapi aku kuatkan semangat dan cekalkan hati aku....supaya bertahan dan terus bertahan denga ujian sakit ini...

9 Februari 2013
Bila aku terjaga dari sakit ni, aku bangun dan aku bersandar di dinding katil aku...rasa seperti macam separuh nyawa aku mahu melayang menahan kesakitan ini...aku kuatkan semangat capai tuala dan terus meluru ke bilik air mandi....di bilik air, aku cuma muntah biasa yang penuh dengan air liur...rasa macam asid dari perut ni dah keluar...air liur ni rasa pahit semacam...rasa macam asid....

Kemudian aku pergi kerja ... di tempat kerja aku rasa macam again sakit ni tak henti-henti serang aku setiap lima minit...dalam hati aku mula rasa macam-macam...ni bukan period pain ni...kalau period pain selalunya bila aku dah makan menstrual pil, selalunya dah ok cepat je sembuh tapi sakit ni masih lagi terasa-rasa...kebetulan hari ni aku ditugaskan bekerja di Ijok, Tuhan saja tahu bertapa aku menahan kesakitan ni...aku mengadu pada camera man ‘ Afzal ‘ rakan sekerja aku...aku tiada selera makan...bila Afzal tanya kenapa? Aku cuma cakap aku period pain....

Lepas balik dari assignment, masa tengah menyiapkan berita, aku rasa macam nak mati menahan sakit...aku merekut badan aku kat meja aku menahan sakit....nasib hari itu ada Mr Jasbant bantu aku siapkan berita....terasa sedikit lega...aku nak cerita pada boss aku tengah sakit yang amat ketika itu tapi  aku tak sampai hati nak cerita, mungkin Tuhan kesiankan aku....masa tengah siapkan berita dari Ijok, tetiba Mr Jasbant datang ke meja aku dan cuba membantu aku walaupun aku tak cakap pada Mr Jasbant aku tengah rasa macam nak setengah nyawa harini bekerja...terima kasih  Ya Allah batu aku....

Malam di rumah aku tidur dalam keadaan sakit, setakat hari ni saja aku dah makan 4 biji panadol tapi aku rasa sakit ni macam tak mahu juga pergi....malamtu aku tidak boleh tidur.. dalam keadaan menahan sakit...badan aku merekut menahan perut yang teramat sakit ni....sampai ke pagi aku menahan sakit....

10 Februari 2013

Aku ditugaskan hari ini ke assignment sambutan Chinese New Year di Cheras bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak...aku terpaksa bertugas dalam meredah lebih kurang 10 ribu warga penduduk yang berkunjung ke majlis sambutan CNY...aku rasa macam nak pengsan...

Aku sekejap duduk kat kerusi menahan kesakitan di bahagian perut ni...selepas habis persembahan tarian naga dan nyanyian, aku perlu bertanya kepada beberapa pimpinan tertinggi pemimpin BN yang hadir pada sambutan CNY tersebut mengenai Majlis Syura Ulama PAS menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, jadi haritu aku dapatlah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberikan komen beliau....masa selepas dah tanya tu, aku tetiba rasa macam sakit ni serang semula perut aku....aku pesan kat perut aku...jangan buat hal pula depan orang ramai...aku taj mahu pengsan depan Tun Mahathir pula, kang tak pasal-pasal jadi kes satu Malaysia pula....

Kemudian selepas selesai kerja flash berita CNY, aku pulang ke office, buat beberapa follow up dan kemudian buat analisis PRU13, masatu pun Tuhan saja tahu aku masih menahan kesakitan ini....sekngali lagi aku rasa aku macam nak mati....habis kerja aku terus speed drive ke Hospital Putrajaya...

Sempat bagi tahu kawan aku berada di Hospital Putrajaya:

Malam tu aku sempat text kawan aku di bbm cakap aku masuk ward...nama dia "Wan" ...entah kenapa aku hanya meluahkan pada dia...pada asalnya aku tak mahu luahkan tapi akhirnya aku berterus terang pada dia aku drive dan sekarang berada di ward Hospital Putrajaya...

Aku pergi ke bahagian wad kecemasan, aku cakap kat Doktor aku sakit perut yang amat...dua Doktor perempuan terus scan aku di situ dan mereka nampak ada cyst di sebelah kanan dan kiri ovari aku....kemudian aku dihantar pula ke labour room, jumpa pula doktor pakar sakit wanita di sana, mereka scan tapi nampak macam appendic di bahagian sebelah kanan aku...

Kemudian turun 2 orang lagi doktor pakar sakit perempuan, mereka pula scan nampak macam aku ada dua-dua sakit iaitu cyst dan appendic...kemudian aku dihantar pula ke bilik x ray....dari bilik x ray, aku tak tahu apakah keputusannya sebab selepas x-ray, aku admit ke ward untuk ditahan di sana....jam 12malam aku minum susu, dan aku rasa perut aku seperti ditusuk pisau rambo sekali lagi....aku panggil nurse, dan beritahu nurse perkara ni...nurse jumpa doktor di luar dan bila kembali, nurse kata stop makan dan minum, jangan minum apa-apa dah, awak perlu berpuasa ...mungkin esok awak akan di bedah, kata nurse itu....aku pun tak minum dan makan apa-apa dah....malamtu saja nurse masukkan air...

11 Februari 2013

Pagi 6 lebih aku dah siap mandi sebab aku memang jenis bangun awal...perut masih sakit tapi aku berpuasa....mak abah aku semua dah sampai dari kampung ke putrajaya....mereka menempat di rumah kembar aku....pukul 9 pagi, sepasukan doktor pakar datang mengelilingi aku di katil dan check semula perut aku...mereka pegang perut aku tanya sakit tak?
Jawapan aku: “Sakit yang amat doktor”...

Mereka tekan-tekan perut aku dan kemudian lepaskan...mereka tanya semula di bahagian mana sakit....aku cakap ada dua bahagian aku sakit...sebelah kanan dan kiri....

Kemudian doktor suruh aku buat operate cepat....doktor terangkan sedikit sebanyak mengenai appendic dan cyst...mereka tak beri jaminan sakit mana yang aku tengah alami sebenarnya lebih serius selagi tidak dibuat operate...aku diam je sebab aku sendiri pun tak pasti nak kene operate atau tak sebab aku fikir Pilihan Raya Umum ke 13 dah nak dekat...kalau aku operate apa akan jadi pula lepastu? Sempat ke aku bekerja hari yang Perdana Menteri nak umumkan tarikh bubar parlimen...macam-macam aku fikir pasal kerja...aku masih tak buat keputusan hendak operate atau tidak....

Tengah hari jam 11 pagi datang lagi seorang Doktor pakar, nama dia Dr Nor Hisham menasihatkan aku operate segera, kalau aku setuju, mereka hendak book labour room dah...untuk bedah aku segera....

Kemudian datang lagi satu doktor jumpa aku pula, ada siapa waris tak di sini? Aku cakap emak abah dan kembar semua dah sampai tapi mereka tidak dibenarkan masuk lagi kerana sekarang bukan masuk waktu melawat....kemudian doktor tu suruh aku cepat-cepat waris naik ke atas nak bagi penerangan mengenai sakit aku dan meminta kebenaran agar operation dibuat...akhirnya selepas berbincang dalam 10 minit, mak dan kembar aku suruh juga doktor operate walaupun di riak wajah muka aku, aku masih belum bersedia untuk di bedah...aku risaukan PRU13....haish...macam-macam aku fikir waktu tu....tapi sebab mak dan kembar aku dah suruh juga, maka aku pun merelakan diri aku dibedah....

Pukul 2 pm:

Nurse datang dan bagi aku baju persalinan untuk pakai masa operation dilakukan...aku ditolak masuk ke bilik bedah...sampai di bilik bedah, pakar bius, Dr. Naim datang jumpa aku dan menerangkan peranannya pada aku...aku cakap ok...semua surat tu aku tandatatangan sendiri untuk benarkan aku dibedah hari ini...

Lepastu aku diberikan bantuan pernafasan dan tak sampai seminit, aku terus tak sedar apa yang terjadi pada aku....

Pukul 7 pm:

Pukul  7malam, seorang doktor pakar kejutkan aku Cik Sharifah...cik Sharifah...bangun operation done and alhamdullilah appendic dah dibuang...

Aku dalam separuh sedar, aku tanya pada doktor tu, mana appendic tu?  

Kemudian doktor tu tunjuk pada aku dalam satu bekas sambil menyatakan appendic ini akan dihantar ke lab untuk diuji...

Kemudian aku terus ditolak ke ward aku balik...sampai di sana aku nampak wajah emak dan kembarku...kemudian nampak wajah abah....aku senyum walaupun dalam kesakitan...aku tak mahu mak abah menangis sebab tengok aku tengah sakit....aku nampak abah menitiskan air mata...aku senyum lagi....aku tak mahu orang kesayangan aku sedih sebab tengok aku sakit...itulah aku..dari kecil aku suka merahsiakan apa yang aku rasa tidak selesa untuk dikongsi bersama sebab aku takut aku akan membuatkan mereka bersedih....

Kemudian datang Dr Nor Hisham dan terangkan cyst dalam perut aku dah pecah sebelah kiri..berlaku bleeding....ada dua cyst sebelah kanan dan kiri, ada fibroid bersaiz 5cm serta normal appendic...appendic dah dibuang sekarng cuma tinggal beberapa cyst lagi yang tak dibuang...katanya lagi aku perlu berjumpa doktor pakar selepas ini untuk melihat semula ujian lab aku dan sakit di bahagian perut aku dalam 2 bulan lagi..

 Next follow up :
1        Tarikh berjumpa doktor pakar surgical 12 April 2013 jam 8.40 am di Hosptal Putrajaya...
2     Tarikh berjumpa gynae pula 22 Mei 2013 , 11 am...

Aku ditahan di ward lagi malamtu...doktor kata boleh sesiapa temankan aku malamtu tapi aku tak mahu...aku suruh semua balik...aku nak belajar berdikari ketika tengah sakit....aku kena cekal, bisik kecil hatiku....

Aku cakap pada diri aku, ramai di luar sana yang sakitnya lebih teruk daripada aku..aku kena kuat...aku tak mahu keluargaku sedih bila tengok aku dalam keadaan tidak bermaya...aku paksa mereka semua balik dan jangan sorang pun temankan aku di katil malamtu sementara nak tunggu dishcarge ward esok harinya....

12 Februari 2013
Aku bangun pagi awal tu....aku kemaskan diri aku...aku capai towel dan mandi dalam keadaan perut aku di operate pada 4 bahagian kiri, kanan, atas dan bawah....

Aku menitis air mata sekejap, nampaknya lepas ni aku tak boleh buat aktiviti lasak sangatlah...dahlah aku suka menjahit...racing....bersukan dan bagai...nampaknya aku terpaksa lupakan aktiviti ini sehingga keadaan kesihatan aku mengizinkan....

Aku cuci muka aku...aku berselawat 3 kali...mohon agar Allah berikan cahaya pada muka aku yang tengah tak bermaya ni....aku pandang cermin di dalam bilik air...aku cakap pada diri aku...aku kena positif...keluar saja dari bilik air ini aku mesti terus bisikkan di hatiku agar sentiasa positif....jangan bersedih dan pastinya semua ini ada hikmah yang besar....

Pukul 8 pagi sekumpulan doktor pakar datang melawat aku...mereka pegang perut aku...tanya macam mana keadaan aku selepas sehari operation...aku cakap alhamdullilah cuma pukul 7 pagi tadi ada nurse bagi ponstan aku minta....tahan sakit....

Pukul 11.34am

Aku telefon boss aku memaklumkan apa yang terjadi ada aku...sepanjang perbualan telefon tu aku cuba nyorokkan rasa sedih...aku fikirkan pilihan raya yang semakin hampir dan keadaan office...aku cuma berharap aku cepat sembuh dan dapat membantu apa yang patut di office....tambah lagi PRU13 akan diadakan bila-bila masa saja...

Boss nasihatkan aku berehat dan jangan risau urusan kerja....aku jenis tak sampai hati tengok Boss...Boss banyak membantu mematangkan aku dalam mendepani cabaran hidupni....

Pukul 1 tegah hari
 
Doktor terangkan lagi pada aku mengenai penyakit yang aku alami ini...aku angguk menandakan faham...kemudian doktor kata pada aku nak discharge aku keesokkan harinya....alamak....tetiba aku rasa macam nak pengsan semula...aku dahlah cepat bosan duduk dalam ward ni...ward kelas pertama memang membosankan....bagi aku...lagi aku bergaul dengan kelas bawahan, lagi banyak ragam aku observe people dan kerenah orang....kemudian aku cakap kat Doktor Nor Hisham...Doktor, boleh tak saya nak keluar hari ni juga dari ward ni?

Doktor Nor Hisham kata ok tapi dengan syarat aku kena datang jumpa dia sekali lagi nanti bulan 5 ni untuk next follow up...

Aku cakap ok sambil senyum... 

Pukul 1.19pm

Kawan dari office, Zack telefon tanya khabar aku...aku ceritakan pada beliau sedikit keadaan aku di sini...kami bersembang dalam 5minit...aku beritahu Zack, aku diberi mc 10 hari...agak lama juga bagi aku mc ni...rasa dah macam cuti berpantang...aku dengan zack gelak sekejap di phone...

Aku cakap kat Zack, aku tak boleh gelak, sakit perut dibuatnya sebab kat perut aku ni ada 4 tempat doktor tembok atas, bawah, kiri dan kanan...so aku tinggalkan pesanan pada Zack, kene arrange semula jadual...sebab Mr Jasbant suruh aku ingatkan Zack bendatu...aku ucapkan terima kasih kepada Zack dan Newsdesk...Zack suruh aku jaga diri bebaik...aku cakap in sha allah...kami akhiri panggilan telefon selepas itu....

Pukul 2pm

Aku discharged dari ward... balik sekejap ke rumah packing baju bawa balik ke kampung...semua pakaian aku dikemaskan oleh kembar aku...aku tak bawa banyak baju pun... cuma aku bawa balik laptop aku sebab aku fikir kalau aku bosan...mungkin perkara yang aku mampu buat dalam sakitni hanya mengarang beberapa cerita dalam beberapa hari aku cuti ini....

Pukul 4.00-4.20pm

Aku terima panggilan dari London...auntie Deda di London suruh aku jaga diri aku bebaik, aku cerita sedikit sebanyak keadaan aku di sini...aku sayang auntie Deda sebab masa kecil-kecil dulu, aku agak close dengan auntie Deda juga...Auntie Deda tinggalkan pesanan kepada aku agar jaga diri bebaik...
Kemudian Auntie Bainun adik abah pula telefon nak datang ke hospital melawat aku...aku cakap pada auntie “Azma dah discharged ward ni auntie” dah nak gerak balik ke kuale...emak abah takut jalan jem sebab orang semua dah habis cuti CNY...aku sayang juga auntie Bainun, selalu beri semangat pada aku....ya aku orang yang jenis sukakan kasih sayang...sayang semuanya....aku sayang  pakcik dan makcik-makcik aku seikhlas hatiku walaupun kami jarang berjumpa... 

Bagi aku ikatan kasih sayang adalah segala-galanya...thanks auntie...Azma sayang auntie Bainun juga... loves...

Pukul 5pm – 11 pm

Kami gerak balik ke kuala...sekali bila tayar kereta terhentak sedikit di atas jalan, aku terasa sakitnya perut ini...sampai di kuala dalam pukul 11malam....jalan jem sedikit...

Aku sampai rumah terus aku baring di atas katil....sakit di perut ni datang balik...mungkin ubat tahan sakit operation ni dah hilang, jadi sakit tu datang semula...aku makan ponstan untuk tahan sakit....

Sampai di rumah, kakak datang melawat...kakak tengok tempat luka di perut...kakak tanya sakit ke? 

Aku senyum saja... :)

Kemudian datang pula saudara mara dari Taiping besan adik aku turut melawat aku...terima kasih semua yang datang melawat...doakan saya cepat sembuh...

13 Februari 2013

6 am
Aku terjaga dari tidur...dan mengucapkan alhamdullilah kerana masih dipanjangkan umur...terasa dalam beberapa hari ini sangat Tuhan menyayangi aku...diberi ujian seakan-akan ujian maut...aku sedar ujian ini semua adalah supaya aku lebih kuat dan matang menempuhnya...

7am
Aku dah siap mandi dan sarapan pagi bersama emak abah di rumah....aku terfikir beberapa minggu sebelumtu aku asyik cakap “Rindu kat mak abah, teringin nak sarapan pagi bersama mak abah”...mungkin ini hadiah terbaik Allah berikan...Cuma kadang-kala sedar atau tidak sedar, Allah memberikan masa untuk aku bersama keluarga tercinta...aku bersyukur kerana atas limpah kasih sayangNya, aku masih sempat bersarapan dengan mak abah....

1pm
Aku terima banyak tetamu datang ke rumah...rumah tak henti-henti didatangi tetamu...mereka terkejut tengok aku dah boleh duduk...aku senyum je..hehe mereka tak tahu ada yang lebih daripada itu aku buat...aku nyorok2 kat dapur minum air gas...kikiki :D tapi benda ni mak tak tahu...kalau mak tahu habislah aku...

Acik Yus datang...along datang...anjang datang dan ramai lagi...terima kasih semua yang datang...aku bersyukur dikelilingi keluarga yang penyayang...alhamdullilah..tq Allah for your loves...Cik Haz, Ayah Cik dan ramai lagi...kawan-kawan abah...aku tak tahu macam mana nak describe perasaan ni..cukupla sekadar aku katakan terasa bahagia dikelilingi orang-orang yang penyayang...

14 Februari 2013
Aku terasa sedikit kebosanan duduk di rumah...aku harapkan siapa-siapa ada datang bawakan aku mac d fillet o fish ke...aku tak lalu nak makan makanan orang berpantang...rasa macam nak pengsan...aku ke dapur jap then buka ice box, aku nampak ice cream...aku makan ice cream sorok-sorok dari mak...kikiki :D lega....

Kemudian aku update status aku di facebook dengan mengharapkan kakak aku akan ambil aku dan bawa aku jalan-jalan keluar sambil menghirup udara segar dari luar walaupun hanya terpaksa duduk di dalam kereta...aku terasa bosan sangat sebab aku ni jarang duduk rumah...sekali kena macam ni, aduh...buntu...tak tahu nak buat apa...mulalah aku fikir kalau aku jadi suri rumah, harus kehidupan akulah paling membosankan tambah lagi kalau tiada apa-apa aktiviti di rumah...

9pm

Malamni aku terima kunjungan dari Cik Zah dan adik Munirah, thanks for visiting me.... :) terima kasih bawakan buah-buahan... 

Sampai di sini dulu...esok aku sambung lagi ceritaku sepanjang tempoh ber mc ni...harap-harap aku cepat sihat, takda luka atau nanah pula dalam perut macam orang lain...

-ends

No comments:

Post a Comment