16 May, 2011

Cinta...


Hai rasanya sudah lama tidak menulis tentang cinta...

19 Mei ni jika x salah sy..sudah genap 2 tahun kami putus...dan dia sudah pun berumah tangga pada tahun lepas..alhamdullilah...semoga awak jadi anak yg soleh, suami yg soleh ... sy kalau boleh x mahu dh tgk awak menyakitkan hati mak awak dah...awak ank sulong...ank sulong ni harus menjadi contoh yg baik kpd adik2...semoga awak sukses dlm apa yg diceburi....sy sentiasa mendoakan kejayaan awak dr jauh...


Seorang kawan bertanya pada saya bilakah akan sy mengakhiri zaman bujang ni? memandangkan kawan-kawan di opis selepas sorang-sorang kahwin...

Sy tersenyum lebar dan hanya mampu menjawap ini kerja Allah...sy dh usaha banyak dah...cuma buat masani mungkin Allah tahu apa yang terbaik buat saya....

Setiap kali selepas solat dan bila tgh memandu... x henti2 mulut ni terkumat-kamit berdoa agar dipertemukan jodoh yg sekufu hendaknya...

Bimbang jika mendapat bakal suami yg amik mudah ttg hidup ini...seorang suami atau seorang insan yg waras di dunia ini mesti tahu matlamat yg jelas kenapa dia hidup ...



Wanita...

Seorang pemuda bertanyakan pada penulis kolum Mustafa Amin :-

“Wanita bagaimanakah yang harus dikawini? Adakah dia harus berkahwin dengan perempuan berpelajaran, yang menguasai banyak bahasa asing, agar dia dapat menemani melancong ke Eropah atau Amerika? Atau wanita cantik dan menarik yang akan mendampinginya dalam pesta pertemuaan yang disinari berbagai lampu? atau wanita yang bekerja sehingga memahami makna kerja dan mengambil berat kepayahan, kesukaran serta hanyut dalam kerjanya? Atau wanita yang dapat menjadikan rumahnya syurga, tempat berehat dari kesengsaraaa daripada bekerja terus menerus?”


Mustafa Amin menjawab :-

“Kamu perlu berkahwin dengan seorang wanita yang memiliki beberapa sifat. Wanita yang kamu kahwini haruslah bagaikan tongkat yang dapat kamu gunakan ketika kamu mendaki gunung. Ataupun, bagai payung yang dapat kamu gunakan untuk melindungi kepalamu dari hujan dalam bahtera kehidupan.”

“Kamu memerlukan lampu yang dapat menerangimu ketika berjalan dalam gelap, kompas yang dapat kamu jadikan pedoman arah kebingungan, Dia adalah umpama almari yang selalu bersedia menyimpan rahsiamu, enjin yang dapat mengendalikan perjalananmu sehingga bersemangat membara dan kuat keika menghadapi serangan lawan, ubat kepala ketika kamu pening, suara merdu yang dapat mendodoikanmu agar matamu dapat terpejam ketika hendak tidur, sapu tangan untuk mengusap air matamu dan mengeringkan keringatmu ketika kamu penat, pembalut yang dapat merawat lukamu, penawar yang dapat menghalang sampainya hiruk pikuk ke telingamu. Dia adalah teman berunding dalam merundingkan masalah yang kamu hadapi. Jika kamu mencari orang bijak untuk menyelesaikan masalahmu, kamu dapati dia dalam pelukkanmu. Jika kamu memerlukan teman , dia adalah sahabat setiamu. Dan jika kamu kehilangan ibu, kamu dapati pada isterimu kasih sayang yang melimpah ruah seperti kasih sayang ibumu. Serta, dia rela berkorban dan berjuang bersamamu.”

“Lelaki biasa hanya memerlukan wanita yang biasa. Tetapi lelaki yang bertuah, bermakna lelaki yang luar biasa sehingga memerlukan wanita yang luar biasa juga. Dia sanggup memikul beban melebihi wnaita biasa, yang lebih sabar daripada Nabi Ayub a.s, yang tegar bak gunung, yang menjadi tiang penyokong lelaki yang fakir hati dan akalnya.”

“Dia yang dapat mengembalikan harapanmu ketika kamu sedang berputus asa. Dia yang dapat membangkitkan semangat dan kemantapan hatimu ketika kamu sednag bergolak. Dia yang dapat membuatmu tersenyum ketika kamu tidak tersenyum. Dia yang penyantun ketika kamu terhimpit. Dia yang dapat bergaul sesama manusia dengan baik, sedangkan dia sedang berkuasa bagai ratu dn menahan diri dari membazirkan harta. Sewaktu reputasi tinggi, dia semakin tawaduk. Sewaktu kedudukan meningkat , dihulurkan tangannya untuk mencapai orang yan jatuh di atas tanah. Jika suaminya mempunyai kedudukan yang tinggi, ditariknya supaya merendahkan diri. Jika suaminya muflis, dia melayannya seperti orang yang paling kaya dimuka bumi.”

Pemuda itu berkata ” Mustahil aku mendapat isteri seperti itu!”


Mustafa Amin menjawab :-

“Setiap Wanita yang benar-benar mencintaimu dapat bersikap seperti isteri ideal seperti apa yang kamu inginkan, jika dia benar-benar mencintaimu!”

Demikian paparan Mustafa Amin. Sesungguhnya, beliau ingin meyakinkan pada pemuda itu bahawa dia boleh mendapatkan isteri yang ideal, apabila isteri itu mencintainya. Ini kerana orang yang cintanya sejati, pada hakikatnya , tidak akan derhaka pada kekasih yang dicintainya. Dia akan selalu melaksanakan apa yang diinginkan kekasihnya. Jika dia mengaku mencintainya tetapi sifat, dan perilakunya sering kali membuatkan hati orang yang dicintainya sedih, maka sesungguhnya dia tidak mencintainya. Dia mencintai kekasihnya hanya pada mulutnya sahaja , bukan mencintai secara tulus.


Muhammad Iqbal, pujangga sufi dan ahli falsafah Islam , bersyair :-

Apabila diri menjadi kuat dengan cinta

Kuasanya Menguasai seluruh dunia

Langit yang menghiasi angkasa dengan bintang

Mencantas putik ini dari dahan diri

Tanganya menjadi tangan Tuhan

Bulan terbelah dengan jari-jemarinya

Dialah penimbang tara pada semua sengketa dunia


Itulah rahsia cinta. Cinta menjadikan yang jauh menjadi dekat, yang berat menjadi ringan dan yang pahit menjadi manis. Sebaliknya, Kebencian menjadikan yang dekat menjadi jauh, yang ringan menjadi berat dan yang manis menjadi pahit.

14 May, 2011

Mengemas Rumah..fuuhh penatnye.. :D



Salam....huh penatnya...

Pagini sy berada di Kuala Kangsar...smlm pulang bersama pakcik di Sungai Buloh...

Pagi ni bangun, kemas2 dapur di rumah mak di Lubuk Merbau...cuci dapur..moping dll...penatnya...berpeluh2 sy...dh lm x buat kerja mengemas dapur...huhu mmg benarlah kata org jadi suri rumah lbh penat sebenarnya...

Pastu pergi umah mak di sebelah masjid Talang...mengemas pula umah....mengemas taman, pasu2 bunga dan buang sume dahan-dahan kering...fuuuhhhh penatnya yg teramat...lbh penat drpd jogging...berpeluh2 angkat bata dan pasu2 bunga....rasa mcm dh buruh binaan jap..haha :p whatever ...

Cuti 2 hari di kampung ni akan dimanfaatkan sepenuhnya...harus spend dis quality time dgn aktiviti yg berfaedah...fuuuhhh...

Tgh hari nk pg ke Taiping jap..ke pasar TAiping nk beli ikan, ayam dan sayur di sn...Taiping ni best juga sbb dia punya pasar macam kat Chow Kit Road...

Murah2 dan fresh2 semuanya...

Okalah till then...nk mandi jap slps penat mengemas taman2 bunga...

:)

11 May, 2011

Zeeraa oh zeeera


Hari ni first time hantar Zeeraa pergi ke nursery...

Umienye x leh hantar Zeera pg ke nursery sbb pukul 6dh nk bertolak drpd Putrajaya pergi kerja ke Hospital Ampang...

Sementara walidnya pula kene oustation sampai Jumaat ni...

Yahoo yeay merasa sekejap jadi ibu hantar anak2 ke nursery...

Hopefully masa saya akan ada juga utk bertemu dgn jodoh yg baik..mudah-mudahan..amin...

::Suka budak2 n suka tgk mereka membesar di dpn mata::

Semoga Zeera menjadi anak yg solehah..amin...

Muahhh sayang...

10 May, 2011

During My Twin Kawin..



Masa ni berat cuma dalam 43-45kg..kalau x salah, 43kg rasanya..haha skang dah berganda2..macam mana ni mak...takutnya bila berat badan naik mendadak..takmo takmo takmo camtu ye Shhefahh...

Persiapan Kenduri Aqiqah Utk Anak2 Sedare.. :)

0



Tiada apa yang boleh dilakukan hanya menolong apa yang patut... :) dh lama tiada kenduri di Kuala... penatnye...

Realized so many things sejak akhir-akhir ini..



Tak semua yg kita ada akan menjadi hak milik kita...

Btw since kerja banyak perkara sy cuba related kan dengan pesanan orang di sekeliling...

Ada banyak perkara yg terjadi pada sy dalam 3 thn ni sgt related dgn kehidupan sy sendiri...

Cth..

1: Kejayaan yg kita ada hr ni x semestinya kekal kalau kita malas...

2: Harta-harta kita yang kita miliki hari ni x semestinya akan sentiasa ada...cth, pergi kerja tetiba accident, kereta totally lost, dah x boleh pakai...naik moto jerlah pastu pg kerja...(haha yg ni hanya imaginasi but hopefully x jd betul la)

3: Sahabat-sahabat yang ada hari ni..mungkin esok lusa hilang entah ke mana...ada yg pergi selama-lamanya mengadap Illahi...

4: Kesihatan pun begitu...hari ni mungkin kita boleh berbangga kerana mempunyai kesihatan yg baik...bercakap besar..ego dll...tp sekali Allah tarik nikmat tu, dah duduk atas wheel chair...

5: (sambung sendiri) ... hehe malas nk nulis sebenarnya...

Fikirlah mn yg terbaik...kalau kita hidup asyik nk membanggakan diri...apa yg kita ada...apa yg kita boleh buat dll....atau kita pandai ke blajar sampai ada master n phd..tp kalau idup ni nk menyakitkan hati org lain...x perlulah sampai macamtu sekali...

Apa faedahnya mengherdik orang? seolah-olah dia saja yg betul...

Apa faedahnya kita buat orang menangis? bila dia diaibkan dihadapan orang ramai...

Apa faedahnya kita riak dengan apa yang kita ada? sedangkan bila tidur malam, kita asyik fikir jalan macam mana hendak settle hutang di sekeliling pinggang...

Apa faedahnya? Apa faedahnya? Apa faedahnya kita membesarkan diri untuk post di blog menceritakan segala-gala rahsia rumah tangga kononnya rumah tangga berasa aman sedangkan rumah tangga sebenarnya seperti air yang berkocak-kocak di dalam kolah...

Haha spesis ni ramai ada pada kalangan wanita bekerjaya...rasa diri dia je betul....haha sy sendiri perasan perkara ni berlaku kepada kawan2 yg suka menunjuk2 rumah dia besar..dapat itu dapat ini daripada husband, mak mertua dll..haha walhal umah tangga berkocak2...(grggg dengar sajalah bila org bercakap besarni, nyampuk skit pun idak)...

haihaihai umah tangga berkocak2 ? peribahasa mana saya petik ni..haha whatever...membayangkan semua ini adalah palsu ekoran saya kerap kali ditipu oleh org sekeliling....hati-hatilah apabila nak menipu ada umah besar sama sekali pun...sbb sy journalist yg jenis menyiasat...

Malu sgt kah mengaku yg sebenarnya ada umah kecik je? jatuh ke maruah ngaku yg kita ni hanya ada kete kecik je? x faham org2 yg camni yg idup suka menipu je kejenya...peribahasa ada mengatakn sekali kamu menipu...Kamu akan terus menipu...cukup-cukuplah menipu tu....

Sy x perlu pandang kemewahan harta benda yg ada pd kamu...sy hanya perlu pandang pd jiwa yg besar yg suka membantu org di sekeliling dan x membanggakan diri .. huhu whateverlah... malas nk layan org yg suke ckp besar.. :p bye2 makcik2 sume yg suke membanggakan diri..haha kesian..